~ New Songs XII ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Slipknot - Snuff
~~ Plus 44 - Lycantrope
~~ Laila Lounge - Stargazer
~~ Estelle - Shine
~~ Black Light Burn - Lie

..:: download songs & leave comments ::..

23 Februari 2009

19 Februari 2009

17 Februari 2009

~ Lagu Baru XII ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Jinbara - Patri
~~ Malique - Pilihanku
~~ Dakwie - Dua Jiwa
~~ Infinatez - Ada Masa
~~ Cili - Angan Indah

..:: download songs & visits my blog ::..

~ Video Lawak II ~

..:: click title to download video, tq ::..


~~ Kucing Yang Manja
~~ Pemimpin Korea
~~ Pak Arab Macho


..:: download video & visits my blog ::..

~ Amalan Terbalik Orang Kita X ~

Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia..

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita..Amin Ya Rabalalamin..

~ Amalan Terbalik Orang Kita IX ~

Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. Fikir-Fikirkanlah..

~ Amalan Terbalik Orang Kita VIII ~

Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa..Pelik kan pemikiran orang kita ni..

~ Amalan Terbalik Orang Kita VII ~

Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

~ Amalan Terbalik Orang Kita VI ~

Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

~ Amalan Terbalik Orang Kita V ~

Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak..

11 Februari 2009

~ Amalan Terbalik Orang Kita IV ~

Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

10 Februari 2009

~ Amalan Terbalik Orang Kita III ~

Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik..sebaiknya jika diikutkan kewarasan akal, kita perlulah berpakaian lebih cantik apabila kita ingin berjumpa dengan Tuhan yang menjadikan kita sebagai manusia di muka bumi ini..dunia sekarang dah semakin terbalik dan itu adalah tanda-tanda dunia semakin menghampiri hari kiamat..