Play Crypto Mining Game

09 Disember 2010

~ Surat Orang Sangap Kahwin ~

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

21 Jun 2010

~ Kata-Kata Hikmah ~

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu..Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu..Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun..Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..

~ Story Of Burnt Biscuit ~

Mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. That evening, mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned biscuits in front of dad. I remember waiting to see if anyone noticed. All dad did was reach for his biscuit, smiled at mom and asked me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit and ate every bite. When I got up from the table, I remember hearing mom apologize to dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: Honey, I love burned biscuits.
Later that night, I went to kiss Daddy good night and asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides - a little burnt biscuit never hurt anyone!" You know, life is full of imperfect things and imperfect people. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years is that learning to accept each others' faults - and choosing to celebrate each others differences - is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship. Because in the end, you are the master of your own life, to be happy or unhappy, to be positive or negative. We could extend this to any relationship. In fact, understanding is the base of any relationship , be it a husband-wife or parent-child or friendship. Don't put the key to your happiness in someone else's pocket - keep it in your own. So please pass me a biscuit, and yes, the burnt one will do just fine ...

~ Kenapa Nak Baca Al-Quran Sedangkan Tak Tau Makna ~

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky,US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu. Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni”.
Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya.“Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.“Tak ada gunaya” bentak si cucu sedih...Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”. Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih. Terus si Datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Moral: Bacalah Al-Quran walaupun kita tak tau maknanya kerana ia kalam Allah yang boleh membersihkan hati kita. Tapi sebaiknya, belilah tafsir Al-Quran juga. Bukan mahal mana pun.. tak syok juga apa yang dibaca tak tau makna. kan? kan? Wallahua'lam..

29 April 2010

~ Ke Mana Menghilangnya Aku II ~

Nampaknya semakin parah dan kritikal blog kesayangan aku nih..masa semakin mencemburui aku..tiada lagi lagu-lagu terkini yang dapat aku kongsikan bersama anda semua..sekadar luahan dari seorang aku yang terkilan kerana tidak dapat mengemaskini blog ini..kesibukan bekerja menghalang aku untuk mem'update'kan blog aku ni..hanya masa dan keadaaan akan menentukan semuanya selepas ini..segala lagu-lagu ada dalam simpanan, namun tidak dapat di salurkan dalam blog ini..

26 Mac 2010

~ Ke Mana Menghilangnya Aku ~

kepada mereka2 pengunjung yang sentiasa follow perkembangan blog aku, jutaan kemaafan aku ucapkan kerana kesibukan kerja dan masalah-masalah yang tidak diingini telah berlaku menyebabkan aku kurang dapat menumpukan perhatian pada blog kesayangan aku nih..ape2pun aku akan cuba untuk memasukkan kembali lagu-lagu, artikel-artikel & gambar-gambar yang menarik untuk santapan korang semua..wassalam..