Play Crypto Mining Game

21 Oktober 2011

~ Ceramah Kerjaya ~

Alhamdulillah..selesai satu sesi ceramah kerjaya yang telah dilangsungkan di kem pusako hassan basir di batu kikir, negeri sembilan..segala persiapan telah pun dibuat beberapa hari sebelum presentation tadi..saya telah mencurahkan segala yang termampu oleh saya..sekiranya ada kekurangan dan bahagian bahagian yang lemah, insyaAllah akan saya perbaiki..pada saya segala ilmu yang sedikit yang ada pada saya, akan saya curahkan untuk anak bangsa saya..

..kerana bagi saya ilmu adalah untuk dikongsikan bersama dan bukannya untuk diri kita semata mata..andai satu hari nanti sayatiada lagi didunia ini, maka saya berharap segala ilmu yang saya curahkan akan dipergunakan sebaiknya untuk generasi yang akan datang..saya manusia biasa, punya kelemahan dan kekurangan, andalah pelengkap saya..tanpa anda semua, siapalah saya..saya juga berharap anda dapat memahami mesej yang saya ingin sampaikan..kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan..

19 September 2011

~ Man. United Vs Chelsea ~

Pertembungan dua gergasi bolasepak ini dalam liga perda inggeris malam tadi menunjukkan betapa kedua-dua pasukan mahukan kemenangan..pemain pemain kedua dua pasukan tampak ghairah mahu menjaringkan gol untuk kelab masing masing. Pertembungan kedua dua pasukan ini memang sudah dijangkakan akan berlangsung sengit memandangkan kedua dua pasukan ini belum tertewas pada awal musim ini.

Namun, kira kira permainan baru berlangsung 8 minit Manchester United atau lebih sinonim dengan gelaran The Red Devil menjaringkan gol awal melalui Chris Smalling. Apepun perlawanan berlangsung sengit dan kedua dua pasukan mepamerkan aksi yang menarik dan sering berbalas serangan.

Dua watak utama bagi kedua dua pasukan ini ialah Fernando Torres dari The Blues dan Wayne Rooney dari The Red Devil. Fernando Torres mempamerkan peningkatan aksinya dalam perlawanan ini manakala Rooney masih mengekalkan tahap permainan terbaiknya pada separuh masa pertama. namun, semuanya berubah pada masa kedua, dimana Torres berjaya menjaringkan gol awal dengan jaringan yang memang cantik, namun kemudiannya mula tenggelam walaupun bermain dengan baik. Begitu juga dengan Rooney, setelah gagal menjaringkan sepakan penalti akibat tergelincir, konsistensi pemain ini juga mula turun dan tidak menampakkan sebarang peningkatan permainan selepas itu.

Apepun, The Red Devil dikemuncak liga, manakala Chelsea masih mengikuti rapat walaupun tewas pada The Red Devil. Secara keseluruhannya, kedua dua pasukan bermain baik, namun gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk menggandakan jaringan bagi kelab masing masing. Hopefully, Man. United akan membaiki permainannya..Glory Glory Man. United..

08 September 2011

~ Tips Menghadiri Temuduga I ~

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hari ni saya nak memberikan sedikit tips-tips temuduga kepada pencari kerja diluar sana yang masih tercari cari teknik dan cara yang betul sebelum  menghadiri atau menghadapi temuduga. Perkara pertama yang perlu kita tahu mengenai temuduga adalah tujuannya. Tujuan sesuatu temuduga itu dilakukan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :-

  • Kemasukan Ke Universiti
  • Program Latihan 
  • Permohonan Biasiswa
  • Permohonan Pekerjaan

Namun begitu, tumpuan utama adalah untuk tujuan permohonan pekerjaan, tidak kiralah untuk sektor awam, badan berkanun, swasta mahupun badan persendirian. Setelah mengetahui tujuan sesuatu temuduga itu dijalankan, perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah kepentingan temuduga itu sendiri. Diantara kepentingan temuduga ialah :-
  • Peluang Untuk Menonjolkan Diri
  • Penampilan Diri Yang Berkesan
  • Meyakinkan Panel Temuduga Mengenai Kelebihan Diri
  • Membuktikan Kepada Panel Kredibiliti Diri

Dalam masa kita menyiapkan diri untuk menghadiri temuduga, terdapat tatacara atau perkara perkara yang perlu diambil kira sebelum menghadiri sesuatu temuduga iaitu :-
  • Borang Permohonan Jawatan
  • Surat Permohonan Jawatan
  • Resume, Biodata Diri Atau Curricular Vitae
  • Sijil Pelajaran, Sijil Komputer & Sijil Kegiatan Luar

Kita juga harus mengetahui serba sedikit bentuk bentuk temuduga yang bakal dilaksanakan kerana setiap temuduga yang dihadiri adalah berbeza beza bergantung kepada latar belakang organisasi, penjawatan, pengisian, lokasi dan panel temuduga itu sendiri. Bentuk bentuk temuduga contohnya adalah :-
  • Temuduga Secara Lisan
  • Temuduga Secara Bertulis
  • Temuduga Bersiri
  • Temuduga Secara Perseorangan
  • Temuduga Secara Berkumpulan
  • Temuduga Program Mentor Mentee

Penumpuan seterusnya akan saya sambung pada Tips Menghadiri Temuduga II yang akan menjurus kepada bahagian persiapan diri & penampilan berpakaian, persediaan & persiapan awal temuduga, dan juga perkara perkara yang perlu dielakkan semasa menghadiri temuduga. Diharap coretan serba sedikit ini dapat membantu sahabat sahabat diluar sana memahami konsep sebenar temuduga. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau soalan sila berikan komen anda dalam ruangan ini.

03 September 2011

~ Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran ~

~ Kisah Seorang Lelaki ~

kadang kadang aku dengar ada lelaki yang baik, ada lelaki yang macam jahanam, ada perempuan yang baik, ada perempuan yang macam haram..senang citer karenah orang ni macam macam..seorang lelaki yang belum berkahwin kita panggil dia bujang atau anak teruna, so bila dah kawen dah kompom dah jadi laki orang..


dalam menempuh kehidupan sebagai laki orang atau suami orang ni dah semestinya perangai masa bujang dulu kena buang jauh jauh..kerana bila dah berumahtangga maka tabiat tabiat yang buruk hendaklah ditolak tepi..bukan apa dulu takder orang yang tegur masa kita hidup membujang, bila dah kawen kompem akan ada orang yang akan pantau perilaku kita tak lain tak bukan isteri kita..



so, kepada kawan kawan yang sudah berumahtangga selamat mengharung erti sebuah kehidupan bersama sama dengan pasangan masing masing dan kepada sahabat dan kenalan yang masih belum berumahtangga cepat cepatlah berkahwin kerana kita melengkap satu sama yang lain..tiada manusia yang sempurna di dunia ini cuma yang sempurna adalah kejadian tuhan yang menjadikan kita..wallahualam..

02 September 2011

~ Hari Raya 2011 ~

hello hello hello..tup tup tup..tetibe je sedar yang bulan ramadhan dan berlalu pergi, aku plak bleh terbangun kunun kunun nak bersahur..ape cer..ni ar hikmahnya bulan ramadhan, bahang bulan puasa tu masih ada mcm segan segan nak makan depan orang, segan segan nak minum sebabnya ingatkan ni masih bulan puasa..huhuhuhu..

tapi bila dah sedar je ni bulan syawal, trus melantak tak hengat..lepas satu satu..lepas satu dua..tiga..empat dan seterusnya..agendanya makan makan makan..itu jer..berat badan yang turun 5 kilo bulan lepas tu trus naik 6 kilo..ape kes..macam haram jer..dah letih letih nk turunkan berat badan, senang senang je naik balik..

apepun raya kali ni best..sebab aku dapat beraya dengan isteri aku, anak aku yg semakin montel, adik beradik aku, adik beradik sepupu aku, adik beradik sebelah isteri aku, senang citer dengan semua orang ar..anak yg montel tu senang senang je kumpul duit raya 3rat 4rat..hebat hebat..best kan jadik budak budak..dah besor ni kompem ar bagi duit raya ke budak budak..yg tak malu nak duit raya pun ada..ade ke patut..

apepun dikesempayan ini aku nak berpantun sikit :-

bulan ramadhan bulan puasa,
ada berpuasa ada yang berbuka,
sudah sebulan kita berpuasa,
sudah tiba untuk beraya.

anak pak mat berjalan kaki,
berjalan kaki dengan suraya,
dulu bujang sekarang berlaki,
dulu puasa sekarang raya.

akhir kalam, aku ucapkan selamat hari raya idilfitri kepada pengunjung blog oneforall, sahabat sahabat, kenalan kenalan, pelawat pelawat, saudara mara, kawan kawan, sepupu sepapat, sesiapa sahaja dimuka bumi ini dengan ucapan sekiranya ada perkara yang menyinggung hati dan perasaan korang, aku mohon ampun dan maaf..assalammualaikum wbt..

22 Ogos 2011

~ English New Songs I ~

..: click title to download songs :..


.:: enjoy the song guys ::.

~ Lagu Baru Melayu I ~


..: click title to download songs :..


..: thank you for downloading :..

~ Bulan Ramadhan 1432 ~

..Bulan Ramadhan dah masuk hari yang ke-22..tinggal beberapa hari je lagik bulan ramadhan ni akan meninggal-kan kita..fasa puasa 10 hari pertama telah sukses, fasa puasa 10 hari kedua juga sukses nampaknya..kini tinggal beberapa hari je lagi dan selepas itu bulan Syawal pula menjelma..sekejap betul masa berlalu, pejam celik pejam celik bulan Ramadhan dah dipenghujungnya..jadi kepada sahabat-sahabat sekalian, teruskan puasa kalian dan jangan ponteng puasa..

28 Julai 2011

~ Harimau Malaya ~

sedar tak sedar, hari ni pasukan malaysia akan menentang singapura untuk perlawanan timbal balik..kalau ikutkan permainan semasa di singapura ahad lalu, sebeanrnya permainan singapura takder ar sehebat mana, cuma kesilapan dan kecuaian bahagian pertahanan jer merencatkan jaringan yang dah dilakukan oleh safee sali seawal minit pertama..gembira memang tak hengat masa tu, tapi tak sampai 10 minit kendian singa selatan tu dapat gol hasil jaringan pemain import dorang..em..harap sangat malam ni kehebatan harimau malaya yang sebenarnya dapat ditunjukkan dan buktikan pada singapura kenapa kita latak bergelar juara piala AFF dan sukan sea yang lepas..ayuh malaysia, ayuh harimau malaya..kita buktikan pada dunia yang kita mampu lakukan yang terbaik dan kita adalah juara di antara juara..auuummmmmm..

15 Mac 2011

~ Lee Chong Wei ~

..siapa yang tidak mengenali ikon badminton ini, namanya cukup gah dipersada antarabangsa dek kemenanganya yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain dewasa ini..namun, seteru utamanya yang berasal dari negara china, yang tidak kurang juga kehebatannya iaitu lin dan adalah salah seorang yang mampu mengugat kedudukan lee chong wei dalam arena badminton ini..kelibatnya membayangi kehebatan lee chong wei, skillnya juga boleh memperdayakan pihak lawan dan smash tangan kirinya tidak boleh dinafikan..namun kekalahannya pada lee chong wei pada perlawanan akhir all england yang berlangsung beberapa hari lalu masih segar di ingatan peminat dan pencinta badminton tanah air..lihat sahajalah bagaimana tenangnya lee chong wei bermain dan menewaskan lin dan malam tu..secara peribadinya game tersebut adalah perlawanan terbaik yang pernah dilihat bila pertembungan kedua-dua pemain ini bertemu..sokongan dari penyokong yg rata-ratanya adalah pelajar di england yang memberikan sokongan padu pada lee chong wei, tidak kurang juga yang bersekang mata menunggu perlawanan epik ini di kaca televisyen malaysia..tahniah lee chong wei..kekalkan momentum sediada dan selamat maju jaya..tahniah, malaysia boleh!!

10 Mac 2011

~ Team Malaysia Yang Ku Lupa ~

..satu ketika ketika aku masih dibangku sekolah rendah, aku melihat sendiri kejatuhan bola sepak tempatan dengan isu rasuah pemain-pemain malaysia sehinggakan pasukan yang kuat seeperti pahang ketika itu tumbang dek gelora singapura dengan jaringan 4-0 yang mana penjaga gol pasukan pasukan pahang ketika itu tidak lain dan tidak bukan adalah khairul azman..dengan jelas ketika itu aku lihat bagaimana bola yang ditendang selemah pondan tu tidak mampu diagak mahupun ditampan oleh khairul azman sedangkan dia diantara keeper yang terbaik itu..saat itu aku menyarung jersi pahang dengan harapan pahang boleh menang piala malaysia, tetapi aku hampa..

..saat itu aku tidak lagi meminati liga malaysia yang rata-rata pemainnya telah disuapkan dengan sejumlah wang untuk menjual permainan, ramai pemain-pemain yang berbakat tenggelam dek isu rasuah ini, kedudukan bolasepak negara juga menjunam dengan teruknya walaupun sebelum itu kedudukan tertinggi negara ketika itu di kedudukan 75 dunia..susah payah dan jerih perit pemain-pemain 70'an hingga 80'an sebelum ini hancur dan musnah dengan generasi bolasepak 90'an yang terlibat dengan isu rasuah ini..walaupun aku dibangku sekolah rendah, namun isu itu tidak pernah padam dalam ingatanku..

..ketika itulah aku lihat apabila kita mahu naik semula dalam bolasepak, jalan yang dihadapi cukup berliku, bertahun lamanya, malaysia diperlekeh, diperbudakkan negara jiran yang dulunya mangsa belasahan, harimau yang dulunya mengaum garang kini bagaimana harimau yang hilang kukunya..pelbagai onak duri dilalui oleh pemain negara, dan ketika itu boleh dikatakan tiada seorang pemain pun yang berminat untuk menyarung jersi kebangsaan..dan orang merasa pelik ketika ada antara segelintir peminat yang menyarung jersi kebangsaan berjalan-jalan di sekitar bandar dan desa..

..namun, pasukan malaysia yang dulunya ku lupa, ku tinggalkan, ku perapkan, kini kembali bersinar dek harapan baru yang diwujudkan oleh generasi 2000'an ini..mereka yang menyarung jersi malaysia kini, terpaksa menangung seksa dan kesusahan akibat tinggalan generasi awal yang menyebabkan mereka terpaksa naik dengan oank dan duri..kini, hasilnya kita dapat lihat, walaupun masih banyak yg boleh diperbaiki, sekirang2nya kini negara jiran mula melihat malaysia dengan lebih serius kerana malaysia kini dalam landasan yang betul untuk kembali menjadi salah satu kuasa bolasepak di rantau asia tenggara dan tidak mustahil untuk rantau asia..

..kepada team malaysia, teruskan usaha kalian, buktikan pada dunia, kita mampu bangkit dari kekalahan, kita mampu bangkit dari kesusahan dan kita tunjukkan pada mereka bahawa kita bukan beromong kosong semata..tahniah pasukan malaysia, ku harap ku tidak akan melupakanmu lagi selepas ini..aku bangga aku bangsa malaysia..

~ Malaysian National Team ~

~ Malaysia Lawan Pakistan ~

..marah, bengang, kecewa, bengkek, dan macam2 lagik ar..ni semua gara2 tak dapat live tgok team bolasepak malaysia lawan team bolasepak pakistan..siaran langsung yg sepatutnya berlangsung jam 10.30 mlm td, xdpt ditonton oleh segenap peminat bolasepak tempatan dek kerana pihak televisyen pakistan memaklumkan ada masalah teknikal yang tidak dibaiki dan mengakibatkan siaran dari pakistan tidak dapat dipancarkan ke negara kita..bagi menghilanagkan rasa marah dan bengang tu, aku pun gi ar usha2 tgok facebook pasukan bolasepak pakistan untuk tahu mengenai perkembangan perlawanan..malangnya tiada live streaming yang dapat ditonton sekadar tulisan-tulisan yang diupdate oleh admin pakistan tu aje ar yg jadik penghibur hati..

..walaupun tak dapat tgok secara live, dapat perkembangan yang perlawanan berkesudahan seri 0-0 dah cukup lega, cuma bila tak dapat tgok secara live jadi xbrapa puas hati skit..nampaknya team harimau malaya akan meneruskan cabaran ke pusingan kedua dan lawan yang bakal dihadapinya nanti bukan calang-calang kerana terdiri dari vietnam, jepun, korea utara, korea selatan, australia, bahrain, irag, iran, lubnan, qatar, arab saudi, syria dan uzbekistan..namun, itu bukan persoalannya yang penting perjuangan perlu diteruskan dan apapun keputusannya nanti sama-samalah kita tunggu dan lihat..kalah atau menang itu isu kedua, yang pasti harimau malaya akan terus mengaummm..

09 Mac 2011

~ Pagi Yang Nyaman ~

..emm..malam tadi hujan selebat-lebatnya, so bila dapat tido malam tadi dengan nyenyaknya rasa nak selalu mcm ni..walaupun baby kesygn aku bangun tgah mlm sebab nak susu..tapi tu tak menganggu tido aku pun sebab dah terbiasa bila dah ada anak ni mesti tido malam pun dah lain..pagi yang nyaman tapi mata masih nak tido lagi..emm..rasa macam tak puas walaupun dah tido awal malam tadi..

08 Mac 2011

~ Selamat Hari Wanita Sedunia ~

..Wanita merupakan salah satu ciptaan tuhan yang paling indah, luar tampak lembut namun kekadang dalaman keras bak besi keluli yang sukar dicairkan..setiap tahun hari wanita ini disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka tidak kira mereka seorang ibu, seorang kakak, seorang isteri mahupun apa sahaja gelarannya..mereka menjadikan dunia lelaki ini menarik, menjadikan dunia lelaki yang luarnya nampak tegap, namun dalamnya lembut bak kapas..itulah penangan wanita, jangan sangka tangan yang menghayun buaian tidak mampu mengegar dunia..wanita adalah pelengkap kepada kehidupan seorang lelaki dan oleh itu saya mewakili lelaki di dunia ini mengucapkan selamat hari wanita terutama buat isteri tercinta Juliana Binti Abd Karim dan juga buat bonda tersayang Zaitun Binti Jamil kerana kalian menjadikan aku seorang insan yang serba serbi kekurangan kepada seorang insan yang dihormati dan bertanggungjawab..terima kasih yang tidak terhingga buat kalian..

02 Februari 2011

~ Selamat Tahun Baru Cina ~

..kepada sahabat-sahabat yang menyambut tahun baru cina tahun ini, diharap anda semua dapat merayakan tahun baru ini dengan jayanya..hahaha..ntahape2 je ucapan aku..ape2pun kepada yang balik untuk bercuti, hendaklah kiranya kalian berhati-hati di jalan raya supaya anda tidak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..hati2 bawak kereta, jangan bawak laju2 mcm org giler, kalo ko mabuk jgn bawak kete, kalo ko ngantuk ko berenti kejap..memandangkan keadaan yang sering hujan dan jalanraya negara kita yang berlubang-lubang, berlopak-lopak hendaklah kalian juga berhati2 semasa mengelak periuk2 api ini supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini..akhir sekali semoga anda selamat sampai ke tempat yang ingin anda tujui..selamat pulang bercuti dan selamat pulang semula bekerja selepas bercuti..