Play Crypto Mining Game

23 April 2012

~ Jimmy Bullard The Madness ~



.. memang terbaik dari ladang ..

~ 20 Seasons Of Premier League ~

..liga perdana epl kini membuat sambutan ke 20 penubuhannya..jadi laman sesawang ini mempelawa kepada peminat setia epl dan bpl sekalian untuk mengambil bahagian dalam sambutan 20 tahun penubuhan epl..


..terdapat beberapa kategori untuk dibuat pilihan oleh peminat setia epl ni dan diantaranya ialah 'matches', 'goals', 'celebrations', 'saves', dan 'players'.. pilihan semua terletak di jari anda .. hanya perlu klik dan pilih  mana yang anda berkenan ..


..klik link ini untuk menunjukkan sokongan dan minat anda kepada epl .. premierleagueworld ..

~ Isu PTPTN ~

..sebut je pasal ptptn ni kompom budak2 u yang graduate malas nak amik port..bukan apa saja je malas nak layan, kang banyak plak isu lain timbul..yang buat demo kat dataran merdeka tu sebab isu nak bayar ptptn ni ar diorg dok demonstrasi kat sana..apepun ni ada beberapa situasi yang boleh membantu korang memahami isu ptptn ni dengan lebih dekat..layan..nak karya asal situasi ni klik link ni .. fukkenblogspot.com ..


..dan yang ni pun boleh tahan gak celaka dia punya situasi..memang terbaik dari fukkenblogspot.com ..korang klik je link tu kalau nak tau lebih lanjut..memang terbaik dari ladang der ...


..lawak memang tak leh blah.. kredit untuk fukkenblogspot.com ..

21 April 2012

~ Tentang Perasaan ~

 Kadang-kadang ku rasakan aku ini terlalu ego
Kadang-kadang ku rasakan aku ini panas baran
Kadang-kadang aku tak tahu mana yang penting
dan mana yang tidak..

Kerana bagiku semuanya sama sahaja, tiada bezanya..
bukan bermakna aku ego, aku ni hanya mementingkan diri
cuma kadang-kadang sifat buruk yang ada dalam diriku
sukar untuk ku kikis keluar..

Namun, ku akan belajar mengawal semuanya
terutamanya tentang perasaanku, tentang perassanmu,
kerana aku tak mampu hidup hanya dengan seorang diri,
aku perlukanmu walaupun ku tahu kadang-kadang
tiada orang yang memerlukanku..

perasaan ini bukannya boleh diagak,
bukannya boleh dirasai, bukannya boleh dirancang,
namun aku tahu kalian semua punya perasaan..


Jufrizan Sanusi
03072011

19 April 2012

~ Kata-Kata Hikmah ~

..'jadilah insan yang berguna, dilontar ke langit menjadi bintang, jatuh ke laut menjadi mutiara'..

..'bukanlah kaya yang dinamakan kaya kerana banyak bertanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah kaya jiwa'..

..satu perkara yang harus kamu simpan dan pertahankan dalam diri kamu ialah, berani kerana benar, pergilah ke ceruk dunia mana sekalipun, pasti kamu akan di uji dan di hinjak oleh kerana kebenaran yang kamu pertahankan,. sabar..berkata benarlah sekalipun pahit'..

..'kalaulah aku diberi peluang yang agak terdahulu, mungkin banyak yang akan aku selesaikan dengan akal fikiran, dan kalaulah semua orang tahu buku kehidupan sendiri terlalu mudah sangatlah hidup ini rasanya'..

..'renungilah diri sendiri sebelum mengata orang lain, kejilah hati sendiri sebelum menyangka pada orang lain, insaflah dirimu sebelum datang balasan dan bertaubatlah segera sebelum datang ajalmu'..

17 April 2012

~ LG Cinema 3D Smart TV ~

..zaman berubah, manusia berubah, dan teknologi juga berubah..dahulu untuk memiliki sebuah televisyen bagi sebuah keluarga amatlah sukar kerana harga televisyen ketika itu boleh dianggap mahal dan hanya keluarga yang berada sahaja dapat memiliki televisyen..perubahan teknologi dan peredaran zaman yang semakin pantas merubah segalanya, kini 'everybody not only can fly, everybody also can have smart tv'..dari sebuah televisyen yang besar dan berat hinggalah ke sebuah televisyen yang nipis dan ringan kini..

..dari era 'old school' hinggalah zaman millenium ni, perubahan kepada teknologi terutamanya televisyen sangat ketara..dari segi rupa bentuk, saiz, warna, berat, harga, fungsi dan kemudahan yang disediakan amatlah sangat drastik..kemunculan tv lcd, kemudian tv led, tv plasma dan kini smart tv dengan 3D menunjukkan perkembangan pesat teknologi televisyen.. semua syarikat tv berlumba-lumba memajukan lagi teknologi tv ini termasuklah LG..untuk melihat perkembangan teknologi LG yang lain rujuk laman sesawang ini lgblogdotcom  untuk lebih maklumat.


..sekiranya diberi peluang, aku ingin melihat sendiri persembahan tv LG yang terbaru ini kerana ini adalah peluang menjadi orang terawal untuk melihat sendiri teknologi smart tv terbaru ini dengan mata kepala aku sendiri..setakat tengok kat blog dan melalui gambar gambar sahaja, mana sama dengan melihatnya secara depan depan..kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut teknologi smart tv oleh LG ini boleh melayari dan klik link ini http://www.lg.com/my/tv-audio-video/televisions/televisions.jsp . 
  

..setakat sembang je tak guna der..cuba cuba ar singgah benta kat blog dan laman sesawang LG..bukan guna duit pun..guna jari dan klik je kat link tu..nak lagik best korang beli tv tu nanti baru masyuk..ade bran..dan tidak mustahil waktu terdekat ini kita boleh online kat internet dengan hanya menyentuh skrin tv tu tanpa perlu bersusah payah nak pakai streamyx atau broadband tu..teknologi tu dah ada, cuma belum benar benar dilaksanakan sahaja..tengok tv guna skrin besar, baru mantop der..terbaik!!


..nah aku bagi sebijik smart tv nih untuk korang semua..hahaha..korang hendak, aku pun nak jugak..tapi mana ada yang percuma, semua kene beli..nak percuma kalau dapat cabutan bertuah okey ar..apepun terbaik !! smart tv in da house !!

~ Keajaiban Ciptaan Tuhan ~

16 April 2012

~ Sukan Bola Tampar ~

 .bola tampar atau volleyball, selalu dikaitkan dengan 'spike', 'blocking' and 'setter' atau dalam bahasa mudahnya 'lambung, umpan dan rejam'..terdapat satu istilah dalam permainan bola tampar yang perlu diketahui umum iaitu 'libero'..insan istimewa ini selalu kelihatan dalam sukan bola tampar kerana seringkali dilihat berpakaian lain dari rakan seperjuangannya apabila bermain, dan lebero ini tidak boleh utk membuat 'rejaman' atau 'spike' dan sebaliknya hanya mengambil bola secara 'dig' sahaja atau 'first ball' dari pihak lawan..


..jenama bola yang sering digunakan dalam bola tampar ialah 'mikasa', 'molten' dan 'aero'..namun bagi tournament kebiasaannya jenama mikasa selalu menjadi pilihan kerana kualiti dan mutu bola jenama ini adalah lebih baik ..bola tampar juga seringkali dikaitkan dengan ketinggian, ini adalah kerana rata-rata pemain bola tampar adalah mereka yang mempunyai ketinggian sehingga lebih dari 2 meter..namun sukan ini tidak prejudis, oleh sebab itu dalam satu-satu permainan terdapat seorang pemain libero yang bermain walaupun ketinggiannya tidaklah setinggi mana..

..sebelum bermain permainan ini, perlu ada beberapa asas sukan ni yang perlu diketahui terlebih dahulu..undang-undang permainan, cara dan kaedah permainan, kiraan mata, jenis bola yang digunakan, pakaian sukan dan juga latihan asas..  semua ini perlu difahami kerana ini adalah asas kepada permainan bola tampar.. 



..berdasarkan ranking semasa bola tampar ini, brazil dilihat adalah kuasa besar dalam arena bola tampar ini..ini dapat dilihat bahawa pengguasaan sepenuhnya bagi ranking lelaki dan wanita yang terkini dikeluarkan oleh fivb.. bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai asas sukan bola tampar ini bolehlah melayari laman sesawang berikut untuk penjelasan yang lebih lanjut .. blogchegguabbas ..

15 April 2012

~ Catur ~

..istillah 'check', 'castling' dan ayat yang selalu didengari ketika bermain catur adalah 'checkmate' yang bermakna permainan sudah tamat dimana raja sudah mati dan perkataan yang jarang kite dengari dalam catur ialah 'stalemate' dimana raja tidak mati sebaliknya tidak boleh melakukan sebarang pergerakkan dan apabila keadaan in berlaku maka perlawanan tadi dianggap seri. 


..latarbelakang dan sejarah permainan catur adalah berbeza-beza mengikut negara dan kawasan. sila rujuk sejarahlatarbelakangcatur dan faktatentangcatur ..dalam permainan catur nama nama seperti fischer, karpov, botvinnik, kasparov, kramnik, anand & topalov adalah tidak asing dan perlu dikenali oleh pemain-pemain catur amatur mahupun professional. ini adalah kerana mereka adalah juara dan bekas juara dalam dunia catur moden. namun nama garry kasparov mungkin lebih dikenali kerana beliau adalah diantara manusia terawal yang melawan komputer ciptaan manusia yang dikenali 'deep blue' yang didalamnya telah disimpan segala taktik, teknik permainan catur dari semua juara dan bekas juara catur dunia. 


..ada orang mengatakan bermain catur ni membuang masa, namun bagi hemat saya bermain catur sangat bagus untuk mental yang sihat, dimana  kita akan senantuasa berfikir dan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah..kadang-kdang kita perlu berfikir diluar kotak dan catur adalah permainan yang sangat bagus dalam mengasuh  minda..ada artikel yang pernah saya terbaca menyatakan, ibu-ibu yang mengandung yang bermain catur dan membuat penyelesaian matematik akan melahirkan anak yang sangat pintar dan cerdas..


..kepada yang baru berjinak jinak mahu mempelajari permainan catur ni bolehlah ke laman sesawang berikut untuk belajar bermain catur.. okey semua..selamat mencuba .. layari chessdotcom ..

14 April 2012

~ Percutian Ke Langkawi ~



.. dataran lang kalau tak singgah memang xsah ..


.. " abah, asyraaf dah penat posing posing nih, bila nak habis " .. hehe ..


.. like father, like son .." kenapa adik jelir lidah tu ?" .. spoil ar..


.." ibu, asyraaf dah lapar ni, mana makanannya ?" .. slow ar dorang nih ..


.. okey, langkawi selamat tinggal, nanti kami datang lagik ek ..

~ Jepun & Sejarah ~

..semua mengetahui yang negara jepun salah sebuah negara yang sering ditimpa segala malapetaka akibat kejadian alam seperti letusan gunung berapi, taufan, tanah runtuh, gempa bumi dan juga tsunami..malahan nama tsunami itu juga diambil dari perkataan jepun yang bermaksud 'ombak besar'..namun, satu yang membuatkan akuhormat dan respek jepun ialah rakyatnya..semangat 'samurai' dan 'kamikazie' yang ada dalam diri rakyatnya dari zamn era tokugawa sehingga kini seakan akan tidak pernah padam.. sila layari laman sesawang ini untuk melihat perubahan terkini jepun selepas tsunami 2011 .. japanandtsunami ..


..maka tidka hairanlah jika dr. mahathir pernah mengeluarkan dasar pandang ke timur sebagai salah satu dasar kerajaan malaysia dalam era pemerintahannya dahulu. bagaimana negara yang sering dilanda malapetaka ini dalam membangunkan negaranya dalam tempoh yang sangat cepat..tunduk hormat kepada seteru dan kawan adalah amalan biasa rakyat jepun, dan sekiranya mereka telah melakukan satu satu kesalahan mereka tidak segan silu membuat tunduk hormat dan ada kalanya akan bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesalahan tersebut seperti melepaskan jawatan yang dipegangnya bagi memberi peluang kepada orang baru untuk mencari alternatif yang lebih baik..


..jepun juga pernah mendapatkan khidmat malaysia dalam mebangunkan negaranya dalam sukan bolasepak, sehinggakan liga jepun yang ada kini adalah dasarnya datang dari liga di malaysia..namun sukan bolasepak malaysia makin lama makin tenggelam, manakala sukan bolasepak jepun semakin lama semakin digeruni di peringkat antarabangsa dan dunia sebagai salah satu kuasa bola sepak asia..


..jepun yang mempunyai banyak sejarah suka duka dalam membangunkan negaranya kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara negara maju seperti eropah dan amerika..dari segi pembuatan kereta, penghasilan manga dan anime,banyak mempengaruhi dunia dewasa ini..tidak salah lagi mengatakan tanpa jepun, dunia boleh tunggang terbalik kerana jepun merupakan negara ekonomi terbesar ketika ini..jadi kalau aku ada kesempatan aku akan melancong dan melawat negara matahari terbit ini pada masa akan datang.. layari laman sesawang ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai melancong ke jepun..sehingga itu, 'sayonara' dan 'chak'.. visitandexplorejapan ..

~ Belajar Menaip Secara Online ~

..orang kata menaip ni susah..tapi bagi aku menaip menggunakan mesin taip dulu lagi susah dari guna papan kekunci atau 'keyboard' sekarang ni..kalu menaip guna mesin taip dulu, kalau salah mana leh nak padam2 atau 'delete'..skarang ni kalau salah taip je boleh 'liquid', tak pun guna 'backspace' atau 'delete' je..setel masalah..


..susah ke nak menaip ni..ala senang jer..kalau nak blajar boleh g ke laman sesawang ni..kat sini nanti korang leh belajar menaip dan kalau ada kesalahan, kesalahan tu akan dikesan dan kita akan berlatih sampai pitam pun xper..silalah ke laman sesawang ni untuk belajar yer..selamat berhujung minggu dan selamat menaip..

klik link ni kengkawan.. typeusekeyboardguys ..

12 April 2012

~ Tips Menghadiri Temuduga II ~

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..hari ini saya menyambung kembali kaedah dan tips temuduga seterusnya bagi membantu anda sekalian diluar sana membuat persiapan sebelum and menghadiri sesuatu temuduga..penumpuan akan saya berikan pada kali ini lebih kepada pemakaian semasa temuduga.

Penampilan Berpakaian:

Lelaki:

Kemeja Lengan Panjang
Sut Urusan & Bertali Leher
Seluar Panjang & Bertali Pinggang
Berkasut Kulit & Berstokin

 

Wanita:

Berpakaian Sopan
Bertudung @ Berambut Kemas
Berkasut & Sarung Kaki
Pewangi Yang Lembut



Persiapan menghadiri temuduga akan saya bincangkan pada tip temuduga yang seterusnya. Itu sahaja buat masa ini. 

11 April 2012

~ Honda Hybrid ~

..emmm..kalaulah aku kaya dah kompem aku amik satu kete ni sebijik..yelah mana ar mampu dengan gaji aku skang ni nak amik kete ni..hehehe..tapi honda hybrid ni lain skit..namapun hybrid kan..ok jom kite tengok skit gambar2 kete honda ni..zasss..


..ni honda cr-z..smart dowh!!


..honda jazz ni mesra alam,,sedap mata memandang..kan kan ..


..ni honda insight..terbaik dari kilang..holla..so kepada mereka mereka yang suka kereta honda ni bolehlah melawat lama web rasmi hondamalaysia dan hondahybrid ni..ok..chalo betey..

~ DiGi WWWOW Awards ~

..pergh nampak je iklan digi nih kuar, macam macam aku tengah pikir..nak daftar ke tak?bila mengenangkan yang aku baru mula berbloging semula dalam seminggu dua ni so aku abaikan je ar..man ar layak blog aku nak challenge blog2 lain yang dah memang mantop tu..


..lagipun nak daftar ni nak kena ada akaun facebook..memandangkan aku baru je deactivate akaun aku dalam 3 bulan lepas..so buat masa ni..biarlah begini..bagi peluang kepada yang betul2 layak jer..aku bleh cuba lagi nanti lain kali..


..terdapat banyak kategori, so korang yang berminat bolehlah try test mana yang berpadanan dengan blog masing2..terdapat banyak sponsor2 gak untuk event tahun ni..harap2 the best blog win..holla..


..pendaftaran untuk join program ni bermula pada dari 24 mac hingga 22 april ni sahaja..so korang cepat2 daftar ek..dah menang nanti jangan lupa kengkawan yg xdapat join dan yang kalah tu..


..macam mana nak daftar dalam program ni, lawatilah link dibawah ni..okey kawan2, selamat berblogging dan selamat berjuang..faito..chalos..


~ Cut The Rope ~

..dalam aku dok belek belek internet ni cari game online, tetibe aku jumpa satu laman web yang sediakan game secara online..nama game tu 'cut the rope'..senang je main game tu..menguji kemahiran berfikir gak ar..game ni sesuai kepada mereka mereka diluar sana yang suka buang masa macam aku..kah kah kah..


..korang bleh try main game ni..klik je link ni utk main game ni..ok selamat berhibur..layan.. letcuttheropeeverybody

10 April 2012

~ TM Superspeed Me ~

..semalam aku terima satu poskad dari TM untuk upgrade streamyx yg sedia ada kepada satu program yang dinamakan Superspeed Me..


..so hari ni aku surf internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ni..nampak menarik so aku ingat nak upgrade ar dari streamyx biasa aku ni ke tahap speed yang lebih laju..apa yang aku tahu program ni beri 3 bulan percuma untuk pelanggan merasakan sendiri perbezaannya..best tak best korang klik link ni dan rasakan sendiri impaknya..


09 April 2012

~ Demam Dan Selsema ~

..ni yang aku tak suka kalau demam, mesti datang satu pakej dengan batuk dan selsema..ni mungkin gara-gara kene hujan panas kelmarin ar tu..susah dowh nak bernafas kalu selsema nih..nak tidor pun payah..demam tu xper lagi tapi selsema memang xleh blah..tambah plak dengan bersin..aduyai..



..aku harap selsema nih tak lama..susah nak wat keje..nasib baik harini dah apply cuti..moga moga esok dah boleh baik selsema nih..insyaAllah..selain makan ubat ape lagi yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah selsema ni?ada cadangan !!

08 April 2012

~ Anugerah ABPBH 2011 ~

..adoilah..aku nak tengok man united lawan qpr ni..tapi semua dok pakat tengok anugerah bintang popular nih..spoil ar..


..so korang semua layan ar anugerah ni di tv3 atau layan jugak kat radio rasmi anugerah ni di hot.fm..

~ Hari Yang Memenatkan ~

..travel dari temerloh ke gombak amatlah emenatkan dikala malam tak cukup tido dan kene drive..memang xbest langsung..tapi sebab nak g marhaban sepupu, aku gagah gak walaupun masih berkira kira nak pegi ke tidak malam tadi..


..masa pegi masih steady tapi balik tadi dah out da..bawak kete pun sikit gelabah dah..kiri ke kanan,kanan ke kiri..last2 cakap kat wife nak berenti kat RR lanchang sebab dah xleh blah..so wife jd driver sbb aku dah xleh blah..so xrugi ada 2nd pilot nih..hehehe..tq my lovely wife..pengajaran hari ini ialah kalo nak g jalan jauh kene dapat tido dgn rest yg cukup..hehehe..terbaiks..

07 April 2012

~ Manga Online Link ~

..kepada kaki manga dan komik jepun sekalian, disini aku bagi link yang aku selalu lawati kalau nak baca manga secara online ataupun nak download manga tersebut..aku cuma share link sahaja, harap harap link tu semua bebas dari virus atau malware yang bukan bukan..ok semua selamat membaca manga ..






..okey guys..selamat membaca secara online semua..

~ Gas Petronas : 1-300-888-427 ~

~ Fleet Malaysia Sport Center ~

..bermacam macam jenama sukan yang ada kat pasaran antarabangsa dewasa kini..namun aku masih setia dengan jenama fleet..


..fleet bukan sahaja tertumpu pada pakaian sukan sahaja, namun terdapat juga aksesori lain di atas jenama fleet ni, seperti raket badminton, raket tennis, kasut sukan, pakaian, topi, dan sebagainya lagi..


..mungkin kita dah biasa disogokkan dengan jenama jenama yang besar seperti yonex, nike, puma, adidas, li ning, fila dan lain lain lagi..


..kepada yang berminat dengan jenama fleet ini bolehlah melawat laman web fleet ini di link ini : fleetmalaysia

06 April 2012

~ Produk IT Acer ~

..laptop, netbook, notebook, desktop, tablet dan macam macam lagi boleh didapati dalam produk acer..walaupun terdapat banyak produk IT lain di luar sana, aku dah lama menggunakan acer ni..


..semua gajet-gajet boleh diperolehi dari acer nih..dan harga acer ni adalah lebih rendah dari jenama-jenama IT yang lain yang ada dipasaran negara ketika ini. 


....sesiapa saja mampu memliki gajet It ketika ini, dari kanak-kanak sehingga golongan tua..semuanya boleh menggunakan IT ini cuma yang penting cuma bajet untuk membeli item item ini adalah ikut kemampuan diri sendiri..


..dahulu kita memnggunakan komputer yang sebesar pemeluk untuk melayari internet atau melakukan kerja kerja rutin harian, namun pencapaian dan penemuan hasil kreativiti pencipta It telah menghasilkan produk it yang seberat 2kg dan boleh dibawa kemana-mana..


..tablet dan ultrabook adalah fenomena baru dalam dunia IT..acer juga tidak ketinggalan dalam membangunkan teknologi ini dalam senarai produk It mereka..


..apepun sila layari layan sesawang ini untuk info lebih lanjut : acermalaysia