Play Crypto Mining Game

06 April 2012

~ Produk IT Acer ~

..laptop, netbook, notebook, desktop, tablet dan macam macam lagi boleh didapati dalam produk acer..walaupun terdapat banyak produk IT lain di luar sana, aku dah lama menggunakan acer ni..


..semua gajet-gajet boleh diperolehi dari acer nih..dan harga acer ni adalah lebih rendah dari jenama-jenama IT yang lain yang ada dipasaran negara ketika ini. 


....sesiapa saja mampu memliki gajet It ketika ini, dari kanak-kanak sehingga golongan tua..semuanya boleh menggunakan IT ini cuma yang penting cuma bajet untuk membeli item item ini adalah ikut kemampuan diri sendiri..


..dahulu kita memnggunakan komputer yang sebesar pemeluk untuk melayari internet atau melakukan kerja kerja rutin harian, namun pencapaian dan penemuan hasil kreativiti pencipta It telah menghasilkan produk it yang seberat 2kg dan boleh dibawa kemana-mana..


..tablet dan ultrabook adalah fenomena baru dalam dunia IT..acer juga tidak ketinggalan dalam membangunkan teknologi ini dalam senarai produk It mereka..


..apepun sila layari layan sesawang ini untuk info lebih lanjut : acermalaysia

04 April 2012

~ Servis S @ S Serve ~

..misbun sidek, rahman sidek, jailani sidek, razif sidek dan rashid sidek merupakan adik beradik yang sangat disegani dalam sukan badminton..kisah mereka telah dibukukan dan dianimasikan dalam cerita anak anak sidek tidak lama dahulu..sedikit sebanyak menunjukkan betapa sidek telah menerapkan semangat bermain badminton dikala anak anaknya masih kecil..


..anak anak sidek ini bukan sahaja pandai bermain badminton malahan telah mencipta satu fenomena baru dalam dunia badminton iaitu mencipta satu servis yang dkenali dengan nama sidek serve @ servis s yang digunakan mereka pada awal tahun 1980'an..contoh servis s ada dalam link video ini..servis sidek @ sidek serve..


sila rujuk link ini untuk lebih info : arkibnegara.blogspot.com

03 April 2012

~ Adele - Set Fire To The Rain ~

~ Genting Evangelist Program ~

..Salam sekalian makhluk tuhan yang paling seksi..lama dah aku tak gi ke genting highland dowh..last aku rasa 10 tahun dulu kot..giler lama tu !! rasa macam baru g tahun lepas jer..kah kah kah..


..kat genting tu  macam macam ada tau..dari permainan, sukan, kompleks membeli belah, taman tema, hotel dan resort, foodcourts dan macam macam lagi ar ada kat sana tu..kalau nak main mamat kat atas yang terbang tu pun ada dowh..


..kalau yang rasa nak bertenet atau berbulan madu pun, genting highland orait apa..tempat pun sejuk..tenang..aman damai..dan memamng berbaloi ar kalao bercui kat sini..ape yang penting fulus kene ada ar..kalo xder jangan mimpi ar der..


..kalau nak rasa masakan barat ke, mamak stall ker, kopitiam ke, restoran ke..cari jer kat area genting highland ni..kompom ada..tinggal lagik nak g carik jer..makan ar apa korang nak makan..melantak ar selagi boleh..janji korang semua satisfied..ade bran kah ?!..


..arena genting all star tempat tu memang xasing lagik kat kita rakyat malaysia..macam macam event ada kat situ..penyanyi, pelakon, pengarah dari seluruh pelusuk dunia datang bikin havoc kat genting ..tgal kita je yang xgi lagik..ade ape hal der !! so silalah snggah ke link ini genting highland resort world dan sertailah genting evangelist program..ada bran ?..


~ Samsung Presents LMFAO Live in Malaysia ~



..wow !! this is great !! i like !! the songs, the style and the way they dance it so awesome !! and all of them also so hot !! thanks samsung coz giving malaysian this opportunity !! you all rocks !!

02 April 2012

~ 30 Minit Ustaz Don ~

As'salam semua..baru jer lepas mennonton rancangan 30 minit bersama ustaz don..memang terbaik dari ladang ar..pendekatan yang ustaz muda ni berikan memang terbaiks..mudah diahami dan banyak mengajar perkara perkara yang selama ini aku jarang berikan tumpuan semasa di bangku sekolah dahulu..segala ilmu dan nasihat mengenai agama dijelaskan sejelas-jelasnya..bagi org yang kurang ilmu mcm aku nih program seperti ini memang sangat digalakkan..teruskan usaha ustaz don dalam memartabatkan Islam dengan cara ustaz sendiri..




..diharap akan ada lagi program program seperti ini pada masa akan datang dan bagi program 30 minit ustaz don ini aku berharap bertukar 60 minit bersama ustaz don kerana bagi aku setakat 30 minit tu tidak mencukupi utk org yg serba jahil ini untuk belajar segala ilmu mengenai agama ini..ustaz don terima kasih kerana memberikan kaedah yang mudah unuk memahami ilmu agama..

01 April 2012

~ Axiata Cup Result ~

..arghhh..kecewa sial..malaysia leopard lauk, malaysia tiger kene ratah..dah sah ar final axiata cup tu indonesia garuda lwn indonesia rajawali..



..kurang pengalaman, tidak boleh menyerap tekanan, kawalan gelanggang yang kurang baik, kekuatan mental yang masih lemah dan masih tidak cukup kreatif bila bermain..dari segi permainan, skill dan stamina sudah setara dengan pemain pemain di ranking di atas..


..pemain pelapis negara seperti misbun ramadan misbun, zulfadli zulkifle dan iskandar zulkarnain perlu diberi lebih banyak pertandingan peringkat antarabangsa kerana dari segi mutu semangat, skill, kekuatan, stamina dan kawalan gelanggang sudah berada pada tahap yang baik cuma perlu digilap supaya menjadi lebih mantap..




..persoalan yang timbul siapa bakal menggantikan lee chong wei dan hafiz hashim selepas ini? liew daren kah? mohd arif latif kah? permainan liew daren dilihat agak kurang stabil, mudah pressure, agak gopoh dan sering kali melakukan kesalahan yang 'bodoh'..arif pula dilihat masih perlu banyak diperbaiki..mutu permainan sudah ada, tinggal lagi kurang pendedahan di peringkat antarabangsa sahaja..jadi adakah liew daren layak menjadi pemain perseorangan kedua negara selepas lee chong wei oleh kerana ranking semata-mata?rasa mungkin tidak..tidak menghairankan satu ketika nanti iskandar zulkarnain, zulfadli atau misbun ramadan bakal mengambil alih pemain perseorangan kedua negara selepas lee chong wei..





..apepun axiata cup ni telah memberi peluang kepada pemain muda untuk membuktikan keupayaan masing masing di peringkat antarabangsa..BAM perlu banyak memberi pendedahan sebegini supaya negara tidak ketandusan pemain pelapis pada masa hadapan..tahniah kepada indonesia kerana telah layak ke final..kepada team malaysia harap pertandingan ini membuka mata banyak pihak yang betapa pemain pelapis negara sudah cukup matang untuk bermain diperingkat antarabangsa..berikan mereka masa, berikan mereka lebih peluang dan pertandingan, dan hasilnya kita akan lihat dalam masa terdekat nanti..come on malaysia..dont give up..

~ Keputusan EPL 31 Mac 2012 ~


..so kepada yang nak tahu keputusan EPL semalam, nah aku aky bagi keputusannya ..dan yang bestnya arsenal kalah..hahahaha..man city plak nyaris kalah dgn sunderland..apepun aku tunggu perlawanan man u dengan blackburn plak lepas nih..ade ape hal !!

~ Poco Poco - Yopie Latul ~



..layan poco pocolah pulak ..ade ape hal !!..

~ Anak Kampung - Jimmy Palikat ~



..aku langsung xtahu lagu ni kalo bukan sebab Zero Raja Lawak 6..best bah lagu kau !! terbaeks ar !! so kengkawan layan bah kalau kau !!

31 Mac 2012

~ Axiata Cup 2012 ~


..kecewa..kecewa giler dengan malaysia leopard arinih..main badminton mcm main2 jer..ade ape hal !!anak misbun xmenjadi, bergu nmpak sgt kurang pengalaman, tp yg paling teruk sekali si zulfadli..aku memang xleh terima cara dia main tadi..langsung xder spirit, mcm 'spirit of the coin' tu langsung.. come on malaysia, u are better than this..come on guys..really hope some miracle happen tommorow!! go malaysia go !! lu org ade ape hal !!

~ Earth Hour ~


..earth hour baru je berlalu beberapa minit yang lalu..bergelap ar kejap kite semua tadi ek ..bagus gak jimat elektrik..kalo x membazir je kan..apepun terbaeks ar pada korang yang follow benda alah ni tadi..so kita tunggu lagi lain tahun utk layan earth hour ni lagik..kalo dapat buat selalu kan bagus..hehehe..ade ape hal !!

30 Mac 2012

~ Stay Strong, Stand Still ~


When you get caught in the rain with nowhere to run
When you're distraught and in pain without anyone
When you keep crying out to be saved
But nobody comes and you feel so far away
That you just cant find your way home
You can get there alone
And
When the rainblows as a shadow grow close dont be afraid
There nothing you cant face
And
Should they tell you, you'll never pull through
Dont hesitate, its okay, stand tall and say:

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain
And if you keep falling down, dont you dare to give up
You will arise safe and sound, so keep pressing on steadfastly..

' Dont be afraid of opposition '.
Remember, a kite rise against wind, not with the wind..'

~ Koleksi Zikir Munajat ~

~ Doa Pagi (Morning Du'a) ~

28 Mac 2012

~ Nivea New Product ~

..Nivea baru je kuarkan deodorant baru yang diberi nama 'black and white' macam yang kat gambar nih..


..tapi aku masih setia dengan product Nivea yang kat bawah nih..'silver protect'..


..bagi yang masih belum mencuba produk Nivea, cuba ar 'try test'..kompem berbaloi baloi..cakap pun xguna !! ada ape bhai !! 

11 Januari 2012

~ Samsung Galaxy Tab 10.1 ~


..laptop ke samsung tab?? emm..semenjak dua menjak kuar ipad dan samsung tab atau acer iconia ni, kepala ni dah nak neli yang mana satu..kalau guna laptop utk surf internet dgn main games yg extreme baru mantop tapi kalo nak yg touch screen dan nampak cool kompem ar nak pilih tab atau ipad..

..macam yang celcom punya pakej ni, dah sah2 murah tapi bila tngok semula perjanjian kontrak dia sampai dua tahun baru dapat lowest pric RM 1,468 tu terus kensel..kalau nak tahu lebih lanjut clik link ni..

03 Januari 2012

~ Jadual Pembayaran Gaji ~


..kepada kakitangan awam sekalian, disini adalah jaual pembayaran gaji you all untuk tahun 2012 yer..so selamat bertugas dan selamat beramal..nak tahu lebih lanjut sila klik link kat bawah ni ~~> http://www.anm.gov.my/public_html/pek/gaji2012.pdf <~~

~ Selamat Tahun Baru 2012 ~


..selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012..semoga segala kegagalan tahun 2011 ditebus dah dibaiki tahun 2012 ini..segala yang tidak dicapai diharap mampu dicapai 2012 ini dengan usaha, kesungguhan dan tawakal..semoga tuhan memanjangkan umurku, isteriku, anakku, ibubapaku, adik-adikku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, kenalan-kenalanku, dan muslimin muslimat sekalian..semoga tahun 2012 ini lebih baik dari tahun 2011..dan semoga tahun tahun mendatang lebih baik dari tahun tahun sebelumnya..ku mohon permudahkan perjalananku ditahun baru ini..amin..

21 Oktober 2011

~ Ceramah Kerjaya ~

Alhamdulillah..selesai satu sesi ceramah kerjaya yang telah dilangsungkan di kem pusako hassan basir di batu kikir, negeri sembilan..segala persiapan telah pun dibuat beberapa hari sebelum presentation tadi..saya telah mencurahkan segala yang termampu oleh saya..sekiranya ada kekurangan dan bahagian bahagian yang lemah, insyaAllah akan saya perbaiki..pada saya segala ilmu yang sedikit yang ada pada saya, akan saya curahkan untuk anak bangsa saya..

..kerana bagi saya ilmu adalah untuk dikongsikan bersama dan bukannya untuk diri kita semata mata..andai satu hari nanti sayatiada lagi didunia ini, maka saya berharap segala ilmu yang saya curahkan akan dipergunakan sebaiknya untuk generasi yang akan datang..saya manusia biasa, punya kelemahan dan kekurangan, andalah pelengkap saya..tanpa anda semua, siapalah saya..saya juga berharap anda dapat memahami mesej yang saya ingin sampaikan..kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan..

19 September 2011

~ Man. United Vs Chelsea ~

Pertembungan dua gergasi bolasepak ini dalam liga perda inggeris malam tadi menunjukkan betapa kedua-dua pasukan mahukan kemenangan..pemain pemain kedua dua pasukan tampak ghairah mahu menjaringkan gol untuk kelab masing masing. Pertembungan kedua dua pasukan ini memang sudah dijangkakan akan berlangsung sengit memandangkan kedua dua pasukan ini belum tertewas pada awal musim ini.

Namun, kira kira permainan baru berlangsung 8 minit Manchester United atau lebih sinonim dengan gelaran The Red Devil menjaringkan gol awal melalui Chris Smalling. Apepun perlawanan berlangsung sengit dan kedua dua pasukan mepamerkan aksi yang menarik dan sering berbalas serangan.

Dua watak utama bagi kedua dua pasukan ini ialah Fernando Torres dari The Blues dan Wayne Rooney dari The Red Devil. Fernando Torres mempamerkan peningkatan aksinya dalam perlawanan ini manakala Rooney masih mengekalkan tahap permainan terbaiknya pada separuh masa pertama. namun, semuanya berubah pada masa kedua, dimana Torres berjaya menjaringkan gol awal dengan jaringan yang memang cantik, namun kemudiannya mula tenggelam walaupun bermain dengan baik. Begitu juga dengan Rooney, setelah gagal menjaringkan sepakan penalti akibat tergelincir, konsistensi pemain ini juga mula turun dan tidak menampakkan sebarang peningkatan permainan selepas itu.

Apepun, The Red Devil dikemuncak liga, manakala Chelsea masih mengikuti rapat walaupun tewas pada The Red Devil. Secara keseluruhannya, kedua dua pasukan bermain baik, namun gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk menggandakan jaringan bagi kelab masing masing. Hopefully, Man. United akan membaiki permainannya..Glory Glory Man. United..

08 September 2011

~ Tips Menghadiri Temuduga I ~

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hari ni saya nak memberikan sedikit tips-tips temuduga kepada pencari kerja diluar sana yang masih tercari cari teknik dan cara yang betul sebelum  menghadiri atau menghadapi temuduga. Perkara pertama yang perlu kita tahu mengenai temuduga adalah tujuannya. Tujuan sesuatu temuduga itu dilakukan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :-

  • Kemasukan Ke Universiti
  • Program Latihan 
  • Permohonan Biasiswa
  • Permohonan Pekerjaan

Namun begitu, tumpuan utama adalah untuk tujuan permohonan pekerjaan, tidak kiralah untuk sektor awam, badan berkanun, swasta mahupun badan persendirian. Setelah mengetahui tujuan sesuatu temuduga itu dijalankan, perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah kepentingan temuduga itu sendiri. Diantara kepentingan temuduga ialah :-
  • Peluang Untuk Menonjolkan Diri
  • Penampilan Diri Yang Berkesan
  • Meyakinkan Panel Temuduga Mengenai Kelebihan Diri
  • Membuktikan Kepada Panel Kredibiliti Diri

Dalam masa kita menyiapkan diri untuk menghadiri temuduga, terdapat tatacara atau perkara perkara yang perlu diambil kira sebelum menghadiri sesuatu temuduga iaitu :-
  • Borang Permohonan Jawatan
  • Surat Permohonan Jawatan
  • Resume, Biodata Diri Atau Curricular Vitae
  • Sijil Pelajaran, Sijil Komputer & Sijil Kegiatan Luar

Kita juga harus mengetahui serba sedikit bentuk bentuk temuduga yang bakal dilaksanakan kerana setiap temuduga yang dihadiri adalah berbeza beza bergantung kepada latar belakang organisasi, penjawatan, pengisian, lokasi dan panel temuduga itu sendiri. Bentuk bentuk temuduga contohnya adalah :-
  • Temuduga Secara Lisan
  • Temuduga Secara Bertulis
  • Temuduga Bersiri
  • Temuduga Secara Perseorangan
  • Temuduga Secara Berkumpulan
  • Temuduga Program Mentor Mentee

Penumpuan seterusnya akan saya sambung pada Tips Menghadiri Temuduga II yang akan menjurus kepada bahagian persiapan diri & penampilan berpakaian, persediaan & persiapan awal temuduga, dan juga perkara perkara yang perlu dielakkan semasa menghadiri temuduga. Diharap coretan serba sedikit ini dapat membantu sahabat sahabat diluar sana memahami konsep sebenar temuduga. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau soalan sila berikan komen anda dalam ruangan ini.

03 September 2011

~ Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran ~

~ Kisah Seorang Lelaki ~

kadang kadang aku dengar ada lelaki yang baik, ada lelaki yang macam jahanam, ada perempuan yang baik, ada perempuan yang macam haram..senang citer karenah orang ni macam macam..seorang lelaki yang belum berkahwin kita panggil dia bujang atau anak teruna, so bila dah kawen dah kompom dah jadi laki orang..


dalam menempuh kehidupan sebagai laki orang atau suami orang ni dah semestinya perangai masa bujang dulu kena buang jauh jauh..kerana bila dah berumahtangga maka tabiat tabiat yang buruk hendaklah ditolak tepi..bukan apa dulu takder orang yang tegur masa kita hidup membujang, bila dah kawen kompem akan ada orang yang akan pantau perilaku kita tak lain tak bukan isteri kita..



so, kepada kawan kawan yang sudah berumahtangga selamat mengharung erti sebuah kehidupan bersama sama dengan pasangan masing masing dan kepada sahabat dan kenalan yang masih belum berumahtangga cepat cepatlah berkahwin kerana kita melengkap satu sama yang lain..tiada manusia yang sempurna di dunia ini cuma yang sempurna adalah kejadian tuhan yang menjadikan kita..wallahualam..

02 September 2011

~ Hari Raya 2011 ~

hello hello hello..tup tup tup..tetibe je sedar yang bulan ramadhan dan berlalu pergi, aku plak bleh terbangun kunun kunun nak bersahur..ape cer..ni ar hikmahnya bulan ramadhan, bahang bulan puasa tu masih ada mcm segan segan nak makan depan orang, segan segan nak minum sebabnya ingatkan ni masih bulan puasa..huhuhuhu..

tapi bila dah sedar je ni bulan syawal, trus melantak tak hengat..lepas satu satu..lepas satu dua..tiga..empat dan seterusnya..agendanya makan makan makan..itu jer..berat badan yang turun 5 kilo bulan lepas tu trus naik 6 kilo..ape kes..macam haram jer..dah letih letih nk turunkan berat badan, senang senang je naik balik..

apepun raya kali ni best..sebab aku dapat beraya dengan isteri aku, anak aku yg semakin montel, adik beradik aku, adik beradik sepupu aku, adik beradik sebelah isteri aku, senang citer dengan semua orang ar..anak yg montel tu senang senang je kumpul duit raya 3rat 4rat..hebat hebat..best kan jadik budak budak..dah besor ni kompem ar bagi duit raya ke budak budak..yg tak malu nak duit raya pun ada..ade ke patut..

apepun dikesempayan ini aku nak berpantun sikit :-

bulan ramadhan bulan puasa,
ada berpuasa ada yang berbuka,
sudah sebulan kita berpuasa,
sudah tiba untuk beraya.

anak pak mat berjalan kaki,
berjalan kaki dengan suraya,
dulu bujang sekarang berlaki,
dulu puasa sekarang raya.

akhir kalam, aku ucapkan selamat hari raya idilfitri kepada pengunjung blog oneforall, sahabat sahabat, kenalan kenalan, pelawat pelawat, saudara mara, kawan kawan, sepupu sepapat, sesiapa sahaja dimuka bumi ini dengan ucapan sekiranya ada perkara yang menyinggung hati dan perasaan korang, aku mohon ampun dan maaf..assalammualaikum wbt..

22 Ogos 2011

~ English New Songs I ~

..: click title to download songs :..


.:: enjoy the song guys ::.

~ Lagu Baru Melayu I ~


..: click title to download songs :..


..: thank you for downloading :..

~ Bulan Ramadhan 1432 ~

..Bulan Ramadhan dah masuk hari yang ke-22..tinggal beberapa hari je lagik bulan ramadhan ni akan meninggal-kan kita..fasa puasa 10 hari pertama telah sukses, fasa puasa 10 hari kedua juga sukses nampaknya..kini tinggal beberapa hari je lagi dan selepas itu bulan Syawal pula menjelma..sekejap betul masa berlalu, pejam celik pejam celik bulan Ramadhan dah dipenghujungnya..jadi kepada sahabat-sahabat sekalian, teruskan puasa kalian dan jangan ponteng puasa..

28 Julai 2011

~ Harimau Malaya ~

sedar tak sedar, hari ni pasukan malaysia akan menentang singapura untuk perlawanan timbal balik..kalau ikutkan permainan semasa di singapura ahad lalu, sebeanrnya permainan singapura takder ar sehebat mana, cuma kesilapan dan kecuaian bahagian pertahanan jer merencatkan jaringan yang dah dilakukan oleh safee sali seawal minit pertama..gembira memang tak hengat masa tu, tapi tak sampai 10 minit kendian singa selatan tu dapat gol hasil jaringan pemain import dorang..em..harap sangat malam ni kehebatan harimau malaya yang sebenarnya dapat ditunjukkan dan buktikan pada singapura kenapa kita latak bergelar juara piala AFF dan sukan sea yang lepas..ayuh malaysia, ayuh harimau malaya..kita buktikan pada dunia yang kita mampu lakukan yang terbaik dan kita adalah juara di antara juara..auuummmmmm..

15 Mac 2011

~ Lee Chong Wei ~

..siapa yang tidak mengenali ikon badminton ini, namanya cukup gah dipersada antarabangsa dek kemenanganya yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain dewasa ini..namun, seteru utamanya yang berasal dari negara china, yang tidak kurang juga kehebatannya iaitu lin dan adalah salah seorang yang mampu mengugat kedudukan lee chong wei dalam arena badminton ini..kelibatnya membayangi kehebatan lee chong wei, skillnya juga boleh memperdayakan pihak lawan dan smash tangan kirinya tidak boleh dinafikan..namun kekalahannya pada lee chong wei pada perlawanan akhir all england yang berlangsung beberapa hari lalu masih segar di ingatan peminat dan pencinta badminton tanah air..lihat sahajalah bagaimana tenangnya lee chong wei bermain dan menewaskan lin dan malam tu..secara peribadinya game tersebut adalah perlawanan terbaik yang pernah dilihat bila pertembungan kedua-dua pemain ini bertemu..sokongan dari penyokong yg rata-ratanya adalah pelajar di england yang memberikan sokongan padu pada lee chong wei, tidak kurang juga yang bersekang mata menunggu perlawanan epik ini di kaca televisyen malaysia..tahniah lee chong wei..kekalkan momentum sediada dan selamat maju jaya..tahniah, malaysia boleh!!

10 Mac 2011

~ Team Malaysia Yang Ku Lupa ~

..satu ketika ketika aku masih dibangku sekolah rendah, aku melihat sendiri kejatuhan bola sepak tempatan dengan isu rasuah pemain-pemain malaysia sehinggakan pasukan yang kuat seeperti pahang ketika itu tumbang dek gelora singapura dengan jaringan 4-0 yang mana penjaga gol pasukan pasukan pahang ketika itu tidak lain dan tidak bukan adalah khairul azman..dengan jelas ketika itu aku lihat bagaimana bola yang ditendang selemah pondan tu tidak mampu diagak mahupun ditampan oleh khairul azman sedangkan dia diantara keeper yang terbaik itu..saat itu aku menyarung jersi pahang dengan harapan pahang boleh menang piala malaysia, tetapi aku hampa..

..saat itu aku tidak lagi meminati liga malaysia yang rata-rata pemainnya telah disuapkan dengan sejumlah wang untuk menjual permainan, ramai pemain-pemain yang berbakat tenggelam dek isu rasuah ini, kedudukan bolasepak negara juga menjunam dengan teruknya walaupun sebelum itu kedudukan tertinggi negara ketika itu di kedudukan 75 dunia..susah payah dan jerih perit pemain-pemain 70'an hingga 80'an sebelum ini hancur dan musnah dengan generasi bolasepak 90'an yang terlibat dengan isu rasuah ini..walaupun aku dibangku sekolah rendah, namun isu itu tidak pernah padam dalam ingatanku..

..ketika itulah aku lihat apabila kita mahu naik semula dalam bolasepak, jalan yang dihadapi cukup berliku, bertahun lamanya, malaysia diperlekeh, diperbudakkan negara jiran yang dulunya mangsa belasahan, harimau yang dulunya mengaum garang kini bagaimana harimau yang hilang kukunya..pelbagai onak duri dilalui oleh pemain negara, dan ketika itu boleh dikatakan tiada seorang pemain pun yang berminat untuk menyarung jersi kebangsaan..dan orang merasa pelik ketika ada antara segelintir peminat yang menyarung jersi kebangsaan berjalan-jalan di sekitar bandar dan desa..

..namun, pasukan malaysia yang dulunya ku lupa, ku tinggalkan, ku perapkan, kini kembali bersinar dek harapan baru yang diwujudkan oleh generasi 2000'an ini..mereka yang menyarung jersi malaysia kini, terpaksa menangung seksa dan kesusahan akibat tinggalan generasi awal yang menyebabkan mereka terpaksa naik dengan oank dan duri..kini, hasilnya kita dapat lihat, walaupun masih banyak yg boleh diperbaiki, sekirang2nya kini negara jiran mula melihat malaysia dengan lebih serius kerana malaysia kini dalam landasan yang betul untuk kembali menjadi salah satu kuasa bolasepak di rantau asia tenggara dan tidak mustahil untuk rantau asia..

..kepada team malaysia, teruskan usaha kalian, buktikan pada dunia, kita mampu bangkit dari kekalahan, kita mampu bangkit dari kesusahan dan kita tunjukkan pada mereka bahawa kita bukan beromong kosong semata..tahniah pasukan malaysia, ku harap ku tidak akan melupakanmu lagi selepas ini..aku bangga aku bangsa malaysia..

~ Malaysian National Team ~

~ Malaysia Lawan Pakistan ~

..marah, bengang, kecewa, bengkek, dan macam2 lagik ar..ni semua gara2 tak dapat live tgok team bolasepak malaysia lawan team bolasepak pakistan..siaran langsung yg sepatutnya berlangsung jam 10.30 mlm td, xdpt ditonton oleh segenap peminat bolasepak tempatan dek kerana pihak televisyen pakistan memaklumkan ada masalah teknikal yang tidak dibaiki dan mengakibatkan siaran dari pakistan tidak dapat dipancarkan ke negara kita..bagi menghilanagkan rasa marah dan bengang tu, aku pun gi ar usha2 tgok facebook pasukan bolasepak pakistan untuk tahu mengenai perkembangan perlawanan..malangnya tiada live streaming yang dapat ditonton sekadar tulisan-tulisan yang diupdate oleh admin pakistan tu aje ar yg jadik penghibur hati..

..walaupun tak dapat tgok secara live, dapat perkembangan yang perlawanan berkesudahan seri 0-0 dah cukup lega, cuma bila tak dapat tgok secara live jadi xbrapa puas hati skit..nampaknya team harimau malaya akan meneruskan cabaran ke pusingan kedua dan lawan yang bakal dihadapinya nanti bukan calang-calang kerana terdiri dari vietnam, jepun, korea utara, korea selatan, australia, bahrain, irag, iran, lubnan, qatar, arab saudi, syria dan uzbekistan..namun, itu bukan persoalannya yang penting perjuangan perlu diteruskan dan apapun keputusannya nanti sama-samalah kita tunggu dan lihat..kalah atau menang itu isu kedua, yang pasti harimau malaya akan terus mengaummm..

09 Mac 2011

~ Pagi Yang Nyaman ~

..emm..malam tadi hujan selebat-lebatnya, so bila dapat tido malam tadi dengan nyenyaknya rasa nak selalu mcm ni..walaupun baby kesygn aku bangun tgah mlm sebab nak susu..tapi tu tak menganggu tido aku pun sebab dah terbiasa bila dah ada anak ni mesti tido malam pun dah lain..pagi yang nyaman tapi mata masih nak tido lagi..emm..rasa macam tak puas walaupun dah tido awal malam tadi..

08 Mac 2011

~ Selamat Hari Wanita Sedunia ~

..Wanita merupakan salah satu ciptaan tuhan yang paling indah, luar tampak lembut namun kekadang dalaman keras bak besi keluli yang sukar dicairkan..setiap tahun hari wanita ini disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka tidak kira mereka seorang ibu, seorang kakak, seorang isteri mahupun apa sahaja gelarannya..mereka menjadikan dunia lelaki ini menarik, menjadikan dunia lelaki yang luarnya nampak tegap, namun dalamnya lembut bak kapas..itulah penangan wanita, jangan sangka tangan yang menghayun buaian tidak mampu mengegar dunia..wanita adalah pelengkap kepada kehidupan seorang lelaki dan oleh itu saya mewakili lelaki di dunia ini mengucapkan selamat hari wanita terutama buat isteri tercinta Juliana Binti Abd Karim dan juga buat bonda tersayang Zaitun Binti Jamil kerana kalian menjadikan aku seorang insan yang serba serbi kekurangan kepada seorang insan yang dihormati dan bertanggungjawab..terima kasih yang tidak terhingga buat kalian..

02 Februari 2011

~ Selamat Tahun Baru Cina ~

..kepada sahabat-sahabat yang menyambut tahun baru cina tahun ini, diharap anda semua dapat merayakan tahun baru ini dengan jayanya..hahaha..ntahape2 je ucapan aku..ape2pun kepada yang balik untuk bercuti, hendaklah kiranya kalian berhati-hati di jalan raya supaya anda tidak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..hati2 bawak kereta, jangan bawak laju2 mcm org giler, kalo ko mabuk jgn bawak kete, kalo ko ngantuk ko berenti kejap..memandangkan keadaan yang sering hujan dan jalanraya negara kita yang berlubang-lubang, berlopak-lopak hendaklah kalian juga berhati2 semasa mengelak periuk2 api ini supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini..akhir sekali semoga anda selamat sampai ke tempat yang ingin anda tujui..selamat pulang bercuti dan selamat pulang semula bekerja selepas bercuti..

09 Disember 2010

~ Surat Orang Sangap Kahwin ~

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

21 Jun 2010

~ Kata-Kata Hikmah ~

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu..Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu..Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun..Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..

~ Story Of Burnt Biscuit ~

Mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. That evening, mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned biscuits in front of dad. I remember waiting to see if anyone noticed. All dad did was reach for his biscuit, smiled at mom and asked me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit and ate every bite. When I got up from the table, I remember hearing mom apologize to dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: Honey, I love burned biscuits.
Later that night, I went to kiss Daddy good night and asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides - a little burnt biscuit never hurt anyone!" You know, life is full of imperfect things and imperfect people. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years is that learning to accept each others' faults - and choosing to celebrate each others differences - is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship. Because in the end, you are the master of your own life, to be happy or unhappy, to be positive or negative. We could extend this to any relationship. In fact, understanding is the base of any relationship , be it a husband-wife or parent-child or friendship. Don't put the key to your happiness in someone else's pocket - keep it in your own. So please pass me a biscuit, and yes, the burnt one will do just fine ...

~ Kenapa Nak Baca Al-Quran Sedangkan Tak Tau Makna ~

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky,US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu. Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni”.
Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya.“Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.“Tak ada gunaya” bentak si cucu sedih...Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”. Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih. Terus si Datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Moral: Bacalah Al-Quran walaupun kita tak tau maknanya kerana ia kalam Allah yang boleh membersihkan hati kita. Tapi sebaiknya, belilah tafsir Al-Quran juga. Bukan mahal mana pun.. tak syok juga apa yang dibaca tak tau makna. kan? kan? Wallahua'lam..

29 April 2010

~ Ke Mana Menghilangnya Aku II ~

Nampaknya semakin parah dan kritikal blog kesayangan aku nih..masa semakin mencemburui aku..tiada lagi lagu-lagu terkini yang dapat aku kongsikan bersama anda semua..sekadar luahan dari seorang aku yang terkilan kerana tidak dapat mengemaskini blog ini..kesibukan bekerja menghalang aku untuk mem'update'kan blog aku ni..hanya masa dan keadaaan akan menentukan semuanya selepas ini..segala lagu-lagu ada dalam simpanan, namun tidak dapat di salurkan dalam blog ini..

26 Mac 2010

~ Ke Mana Menghilangnya Aku ~

kepada mereka2 pengunjung yang sentiasa follow perkembangan blog aku, jutaan kemaafan aku ucapkan kerana kesibukan kerja dan masalah-masalah yang tidak diingini telah berlaku menyebabkan aku kurang dapat menumpukan perhatian pada blog kesayangan aku nih..ape2pun aku akan cuba untuk memasukkan kembali lagu-lagu, artikel-artikel & gambar-gambar yang menarik untuk santapan korang semua..wassalam..