Play Crypto Mining Game

04 September 2012

~ Salam Kemerdekaan ~

wah..lambat ar plak nak wat sambutan sempena hari kemerdekaan yang ke 55 tahun ni..nak kata sibuk sangat pun tak gak, tapi xtau ar rasa macam dah malas2 nak update plak blog ni..almaklumlah..mungkin sibuk dok pindah dan punggah barang sebab nak pindah balik ke home town minggu lepas kot..mungkin mungkin mungkin (sila sebut seperti sebutan upin ipin yer)..

cuma aku sikit kecewa dengan sambutan merdeka tahun ni yang banyak dipolitikkan dengan frasa-frasa dan gaya sambutan bermula dari logo, motto dan cara kreativiti dan pembuatan logo kemerdekaan tersebut..persoalannya kenapa perkara ni dipolitikkan?..dan kenapa sambutan ni tidak disambut seperti kebiasaanya..tiada lagi siaran langsung perkiraan atau countdown hari kemerdekaan yang biasanya dibuat setiap kali hari kemerdekaan..

kemerdekaan sepatutnya dihayati dengan penuh semangat patriotik dan semangat cintakan negara yang tinggi..kita kena bersatu kerana mungkin kita sudah merdeka dari segi penjajahan dan peperangan bersenjata, namun adakah kita sedar kini kita masih dijajah secara halus oleh pihak pihak tertentu tanpa kita sedari dan ada yang dijajah dengan kerelaan diri sendiri..contohnya kita lagi suka mengagungkan sukan bola sepak EPL daripada liga bolasepak EPM dan menyokong pasukan EPL melebihi pasukan EPM, walhal kita tau negara tersebutlah yang telah menjajah tanah air kita sebelum kita diberi kemerdekaan..

bukan menidakkan sumbangan pihak penjajah, namun kita sudah merdeka, kenapa masih mengagungkan dan menyokong mereka?mungkin ada yang akan mengkritik saya apabila saya memberikan pandangan dan pendapat sebegini..saya cuma ingin mengingatkan sahabat-sahabat saya diluar sana, untuk mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki kini lebih sukar daripada untuk mendapatkan kemerdekaan itu sendiri..jangan jadikan kemerdekaan ini hanya satu sambutan di mulut semata-mata, tetapi sematkan dalam hati kita, negara kita hak kita, bukan perkara yang boleh dihinjak-hinjak..

jangan politikkan isu kemerdekaan..jadilah bangsa merdeka yang cemerlang dan hebat..biarlah negara lain mencontohi kita kerana kebijaksanaan kita menguruskan negara, bukannya dijadikan contoh sebagai sebuah negara yang gagal di pentas antarabangsa..salam kemerdekaan dari saya..merdeka!!merdeka!!merdeka!!

19 Ogos 2012

~ Salam Eid Mubarak ~


..selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam yang meraikannya..setelah hampir sebulan berpuasa menahan lapar dahaga, nafsu dan perbuatan, tibalah hari kemenangan iaitu syawal, bulan yang dinantikan..kepada semua selamat hari raya aidilfitri dan selamat menunaikan solat aidilfitri di masjid berdekatan anda..berhati hati di jalan raya..

27 Julai 2012

~ Wallpaper Ramadhan ~

..sempena bulan baik dan mulia ni, aku nak letak beberapa wallpaper ramadhan yang aku rasakan terbaik dan sesuai untuk dikongsikan dengan kalian semua..layan..selamat berpuasa!!



24 Julai 2012

~ Niat Puasa & Doa Berbuka ~

..sedar tak sedar, hari ni dah masuk 4 hari kita berpuasa di bulan ramadhan..nah aku bagi contoh bacaan doa utk niat dan juga untuk berbuka..

..okey semua..selmat berpuasa dan selamat beramal..jangan ponteng puasa tau,. 

20 Julai 2012

~ Selamat Menyambut Ramadhan ~

Alhamdulillah..panjang lagi umur aku untuk menyambut ramadhan tahun ini..semoga dengan kehadiran bulan yang penuh rahmat dan hidayah ini, aku akan menjadi lebih baik untuk diri, untuk keluarga, untuk rakan rakan, untuk sahabat sahabat dan juga dengan semua orang.. semoga ramadhan yang datang ni keluargaku akan lebih diberkati..


..kepada semua kenalanku, aku mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak dan selamat beramal semuanya..semoga diri kita dijauhi dari sifat sifat mazmumah..selamat berpuasa semua..dan jangan lupa bangun sahur..kang tak pasal pasal kene tahan lapar..

11 Jun 2012

~ Adakah Kita Selamat ? ~

..adakah kita selamat? itulah persoalan yang bermain main dan berlegar legar di benak fikiranku kini..manusia tidak lagi berfikiran secara waras..jenayah di sana sini..pihak berkuasa telah cuba yang terbaik bagi mengurangkan jenayah yang semakin menggila dewasa kini..rompakan, ragut, culik, ragut, penderaan, rogol dan bunuh umpama mainan si penggila..tiada lagi belas kasihan, tiada lagi peri kemanusiaan dan tiada lagi fikiran yang waras..

..wanita adalah umum menjadi mangsa dalam kes ini..di dada akhbar banyak memaparkan isu ini dan terdapat kes baru di mana seorang perempuan nyaris di culik selepas membeli belah..mujur tindakan nekadnya berjaya menyelamatkannya..namun, adakah semua wanita mampu bertindak begini?..beringatlah kalian semua, bantulah sesama sendiri, jangan pentingkan sikap mementingkan diri sendiri,.ingatlah tika ini orang lain yang kena, mana tau satu hari nanti keluarga anda sendiri yang terkena..jadi beringatlah sebelum kena.. tertarik dengan satu tulisan hanis zalikha mengenai 'kenapa wanita perlu takut' dan langkah yang terbaik bagi mengelakkan kejadian jenayah terutamanya culik..


09 Mei 2012

~ Euro 2012 ~

..peminat peminat bola sepak akan mula menghitun hari demi hari menantikan perlawanan penuh debar pasukan pasukan eropah berentap dalam kejohanan euro 2012 yang akan dilangsungkan di ukraine dan poland pada bulan jun ini..















..kebanyakkan peminat bolasepak rata rata telah membeli jersi dan pakaian sukan untuk pasukan kegemaran masing masing sebelum berlangsungnya perlawanan ini..bahang perlawanan ini telah dirasai tatkala semua pertandingan dan perlawanan bola sepak di eropah akan berakhir dalam seminggu dua ini sebelum bermulanya euro 2012 pada awal jun nanti..

















..maskot perlawanan ini sangat unik dimana dilihat dua pemain yang memakai baju pasukan penganjur iaitu poland dan ukraine bagi melihat kerjasama diantara kedua-dua negara yang menjadi penganjur bersama bagi edisi euro 2012..















..terdapat 16 pasukan yang bertanding pada kejohanan euro edisi 2012 ini selain tuan rumah poland dan ukraine..juara edisi yang lepas sepanyol berada di group c bersama itali, ireland dan croatia..rasanya tiada masalah bg sepanyol untuk menjadi peneraju bagi group ini..group a pula nampak lebih terbuka jika dibanding group b, c dan d..

















..adakah sepanyol mampu mepertahankan kejuaraan yang dimenanginya sebelum ini, atau mungkinkah akan ada kejutan..sama samalah kita nantikannya..kalau boleh nak tengok england lawan jerman di final..hahaha..baru mantop..bundesliga vs epl..terbaik!!

23 April 2012

~ Jimmy Bullard The Madness ~



.. memang terbaik dari ladang ..

~ 20 Seasons Of Premier League ~

..liga perdana epl kini membuat sambutan ke 20 penubuhannya..jadi laman sesawang ini mempelawa kepada peminat setia epl dan bpl sekalian untuk mengambil bahagian dalam sambutan 20 tahun penubuhan epl..


..terdapat beberapa kategori untuk dibuat pilihan oleh peminat setia epl ni dan diantaranya ialah 'matches', 'goals', 'celebrations', 'saves', dan 'players'.. pilihan semua terletak di jari anda .. hanya perlu klik dan pilih  mana yang anda berkenan ..


..klik link ini untuk menunjukkan sokongan dan minat anda kepada epl .. premierleagueworld ..

~ Isu PTPTN ~

..sebut je pasal ptptn ni kompom budak2 u yang graduate malas nak amik port..bukan apa saja je malas nak layan, kang banyak plak isu lain timbul..yang buat demo kat dataran merdeka tu sebab isu nak bayar ptptn ni ar diorg dok demonstrasi kat sana..apepun ni ada beberapa situasi yang boleh membantu korang memahami isu ptptn ni dengan lebih dekat..layan..nak karya asal situasi ni klik link ni .. fukkenblogspot.com ..


..dan yang ni pun boleh tahan gak celaka dia punya situasi..memang terbaik dari fukkenblogspot.com ..korang klik je link tu kalau nak tau lebih lanjut..memang terbaik dari ladang der ...


..lawak memang tak leh blah.. kredit untuk fukkenblogspot.com ..

21 April 2012

~ Tentang Perasaan ~

 Kadang-kadang ku rasakan aku ini terlalu ego
Kadang-kadang ku rasakan aku ini panas baran
Kadang-kadang aku tak tahu mana yang penting
dan mana yang tidak..

Kerana bagiku semuanya sama sahaja, tiada bezanya..
bukan bermakna aku ego, aku ni hanya mementingkan diri
cuma kadang-kadang sifat buruk yang ada dalam diriku
sukar untuk ku kikis keluar..

Namun, ku akan belajar mengawal semuanya
terutamanya tentang perasaanku, tentang perassanmu,
kerana aku tak mampu hidup hanya dengan seorang diri,
aku perlukanmu walaupun ku tahu kadang-kadang
tiada orang yang memerlukanku..

perasaan ini bukannya boleh diagak,
bukannya boleh dirasai, bukannya boleh dirancang,
namun aku tahu kalian semua punya perasaan..


Jufrizan Sanusi
03072011