Play Crypto Mining Game
Memaparkan catatan dengan label artikel kelakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artikel kelakar. Papar semua catatan

23 April 2012

~ Isu PTPTN ~

..sebut je pasal ptptn ni kompom budak2 u yang graduate malas nak amik port..bukan apa saja je malas nak layan, kang banyak plak isu lain timbul..yang buat demo kat dataran merdeka tu sebab isu nak bayar ptptn ni ar diorg dok demonstrasi kat sana..apepun ni ada beberapa situasi yang boleh membantu korang memahami isu ptptn ni dengan lebih dekat..layan..nak karya asal situasi ni klik link ni .. fukkenblogspot.com ..


..dan yang ni pun boleh tahan gak celaka dia punya situasi..memang terbaik dari fukkenblogspot.com ..korang klik je link tu kalau nak tau lebih lanjut..memang terbaik dari ladang der ...


..lawak memang tak leh blah.. kredit untuk fukkenblogspot.com ..

29 Januari 2009

~ Lawak Sin Chan II ~

Guru: Sekarang, Sin Chan, sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

13 Januari 2009

~ Lawak Sin Chan & Cikgu ~

Guru: Sin Chan, pergi ke peta dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang kelas, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!!

05 Januari 2009

~ Lawak Ayam & Lembu ~

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari diaorang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!!
Ayam : ???? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)..

25 Disember 2008

~ Lawak - Lawak ~

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam...apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh,nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata," Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering"..

~ Orang Gila & Ayam ~

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia?
Doktor : "??$$??"..

16 Disember 2008

~ Hunting Lesson ~

One morning, a father and his young son were in the forest huntingrabbits. After about an hour, they finally came across some rabbittracks. In between the tracks, there were these little round brownpellets, and the son said to his father, "Dad, what are those?"
The father replied, "Those are smart pills. Try a couple." So the kidgrabbed a couple of them and put them in his mouth. The boy made a funnyface and said to his dad, "Ewww! Yuk! They taste like s**t."The father replied, "See, you're getting smarter already."

15 Disember 2008

~ Kisah Ngeri Seorang Doktor ~

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi.Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."Tu la masalahnya..

~ Cikgu Munafik Vs Murid Cerdik ~

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

emm..padan muka cikgu tu..

14 Disember 2008

~ Nenek..Mama, Papa Mana?? ~

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya: "Nenek, mana Papa dan Mama?" "Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab. Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?" "Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab. Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya: "Di mana Papa dan Mama?" "Masih di dalam bilik" jawab nenek. Anak itu tertawa geli. "Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi. Si anak menjawab, "Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

~ Kek Hari Jadi Buat Isteriku ~

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

13 Disember 2008

~ Siapa Yang Paling Jahil Ni ~

Siapa paling JAHIL Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam."Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,"Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin.

Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2. Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

~ Orang Gila Vs Orang Gila ~

Lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarahhospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga. Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalau tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidakbergerak pun untuk turun. Di panggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!.
Mat tidak turun-turun juga. Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang temanMat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tianglampu" Tolonglah Man ya! Jawab Man"Ohhh!!! Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu. Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"Baiklah! Ambillah gergaji itu. Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!! Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!! hahahaha...

~ Ayam Yang Otai ~

Satu hari seorang penternak ayam di pinggir bandar pergi membeli seekor ayam jantan jaguh muda untuk mengawankan ayam-ayam betinanya. Setiba di rumah, penternak ayam itu pun segera masukkan ayam jaguh barunya itu ke dalam reban supaya dapat terus 'bekerja'. Ayam jaguh muda itu pun berjalan ke arah ayam jantan tua di dalam reban itu lalu berkata, "OK, ayam tua, pegi la dok kat luar tu, engkau kira dah pencen la. " Ayam tua itu pun berkata, "Engkau takkan la boleh handle semua ayam-ayam aweks ni... tengok je la apa dah jadi kat aku nih..."Ayam jaguh muda sambung mengejek dengan angkuh, "Dah la tu pakcik, jangan la nak dolak dalih... pegi aje la, jangan nak susahkan aku. Dah tiba masa untuk si jaguh berdarah panas pulak amik alih, pegi! Pegi main jauh-jauh!"Ayam jantan tua itu pun berkata, "Alaa... kemmon la... bagi la kat aku dua ekor je ayam betina yang dah tua sikit untuk aku buat geli-geli kat ujung reban nih.

Aku janji tak kacau engkau."Ayam jaguh muda itu pun naik berang lalu mengherdik ayam jantan tua itu, "Hoi!! Tak paham bahasa ayam ke??? Aku kata pegi, pegi la... sepak kang si tua nih!"Ayam tua itu pun berfikir sebentar dan berkata dengan sopan, "OK la hensem. Cam ni la. Kita race keliling kebun kat depan nih. Sapa menang, dia jadik chief ayam kat reban nih dan dapat semua ayam betina kat sini. Amacam? Aku ni dah tua, engkau bagi la aku start dulu ek...takkan engkau tak leh menang. Kalau aku kalah pun sekurang-kurangnya ayam betina lain tau engkau dah kalahkan aku dan aku dah tak layak lagi mengawan dengan diorang tu...Engkau pun nanti nampak lagi macho..."Ayam jaguh muda sambil tersenyum akibat dibodek pun berkata, "Hmm... OK jugak tu." Maka, seperti racing F1, semua ayam-ayam betina pun berkumpul depan reban melihatkan ayam tua mula berlari sambil ayam-ayam betina bersorak-sorak.

Selepas 15 saat, ayam jaguh muda pun mula berlari mengejar ayam tua. Ketika mereka berlari di depan rumah penternak, ayam jaguh muda sudah hampir memotong ayam tua dan berada kira-kira tiga langkah sahaja di belakang ayam tua. Ayam tua berlari sambil menjerit sekuat-kuat hatinya seperti ayam gila. Ayam jaguh muda sudah membayangkan waktu dia bergembira dengan dayang-dayang yang cantik molek.Penternak yang sedang berehat di laman rumah mendongak melihat 2 ekor ayamnya kejar mengejar, terus mencapai senapang patahnya dan...BOOM! Dia menembak ayam jaguh muda itu yang tercampak dan terus mati. Penternak itu menggeleng kepala, menoleh kepada isterinya dan berkata, 'Cipan betul lah Ma... Tu dah ayam jaguh ketiga Pa beli minggu ni yang h0m0seks!'

~ Artikel Panas ~

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..
Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.
Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.
Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it…"..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.
Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.
Kesimpulan Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita di atas, ini bermaksud anda bukannya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal
Thanks