Play Crypto Mining Game
Memaparkan catatan dengan label games. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label games. Papar semua catatan

16 April 2012

~ Sukan Bola Tampar ~

 .bola tampar atau volleyball, selalu dikaitkan dengan 'spike', 'blocking' and 'setter' atau dalam bahasa mudahnya 'lambung, umpan dan rejam'..terdapat satu istilah dalam permainan bola tampar yang perlu diketahui umum iaitu 'libero'..insan istimewa ini selalu kelihatan dalam sukan bola tampar kerana seringkali dilihat berpakaian lain dari rakan seperjuangannya apabila bermain, dan lebero ini tidak boleh utk membuat 'rejaman' atau 'spike' dan sebaliknya hanya mengambil bola secara 'dig' sahaja atau 'first ball' dari pihak lawan..


..jenama bola yang sering digunakan dalam bola tampar ialah 'mikasa', 'molten' dan 'aero'..namun bagi tournament kebiasaannya jenama mikasa selalu menjadi pilihan kerana kualiti dan mutu bola jenama ini adalah lebih baik ..bola tampar juga seringkali dikaitkan dengan ketinggian, ini adalah kerana rata-rata pemain bola tampar adalah mereka yang mempunyai ketinggian sehingga lebih dari 2 meter..namun sukan ini tidak prejudis, oleh sebab itu dalam satu-satu permainan terdapat seorang pemain libero yang bermain walaupun ketinggiannya tidaklah setinggi mana..

..sebelum bermain permainan ini, perlu ada beberapa asas sukan ni yang perlu diketahui terlebih dahulu..undang-undang permainan, cara dan kaedah permainan, kiraan mata, jenis bola yang digunakan, pakaian sukan dan juga latihan asas..  semua ini perlu difahami kerana ini adalah asas kepada permainan bola tampar.. 



..berdasarkan ranking semasa bola tampar ini, brazil dilihat adalah kuasa besar dalam arena bola tampar ini..ini dapat dilihat bahawa pengguasaan sepenuhnya bagi ranking lelaki dan wanita yang terkini dikeluarkan oleh fivb.. bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai asas sukan bola tampar ini bolehlah melayari laman sesawang berikut untuk penjelasan yang lebih lanjut .. blogchegguabbas ..

15 April 2012

~ Catur ~

..istillah 'check', 'castling' dan ayat yang selalu didengari ketika bermain catur adalah 'checkmate' yang bermakna permainan sudah tamat dimana raja sudah mati dan perkataan yang jarang kite dengari dalam catur ialah 'stalemate' dimana raja tidak mati sebaliknya tidak boleh melakukan sebarang pergerakkan dan apabila keadaan in berlaku maka perlawanan tadi dianggap seri. 


..latarbelakang dan sejarah permainan catur adalah berbeza-beza mengikut negara dan kawasan. sila rujuk sejarahlatarbelakangcatur dan faktatentangcatur ..dalam permainan catur nama nama seperti fischer, karpov, botvinnik, kasparov, kramnik, anand & topalov adalah tidak asing dan perlu dikenali oleh pemain-pemain catur amatur mahupun professional. ini adalah kerana mereka adalah juara dan bekas juara dalam dunia catur moden. namun nama garry kasparov mungkin lebih dikenali kerana beliau adalah diantara manusia terawal yang melawan komputer ciptaan manusia yang dikenali 'deep blue' yang didalamnya telah disimpan segala taktik, teknik permainan catur dari semua juara dan bekas juara catur dunia. 


..ada orang mengatakan bermain catur ni membuang masa, namun bagi hemat saya bermain catur sangat bagus untuk mental yang sihat, dimana  kita akan senantuasa berfikir dan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah..kadang-kdang kita perlu berfikir diluar kotak dan catur adalah permainan yang sangat bagus dalam mengasuh  minda..ada artikel yang pernah saya terbaca menyatakan, ibu-ibu yang mengandung yang bermain catur dan membuat penyelesaian matematik akan melahirkan anak yang sangat pintar dan cerdas..


..kepada yang baru berjinak jinak mahu mempelajari permainan catur ni bolehlah ke laman sesawang berikut untuk belajar bermain catur.. okey semua..selamat mencuba .. layari chessdotcom ..

11 April 2012

~ Cut The Rope ~

..dalam aku dok belek belek internet ni cari game online, tetibe aku jumpa satu laman web yang sediakan game secara online..nama game tu 'cut the rope'..senang je main game tu..menguji kemahiran berfikir gak ar..game ni sesuai kepada mereka mereka diluar sana yang suka buang masa macam aku..kah kah kah..


..korang bleh try main game ni..klik je link ni utk main game ni..ok selamat berhibur..layan.. letcuttheropeeverybody