Agak lama aku menyepi
Agak lama ku tidak menulis puisi ini
Bukan kerana aku sibuk
Bukan kerana aku mabuk
Cuma aku..
Mahu masa untukku menyesuaikan diriku
Mahu masa untukku membiasakanku dengan sekelilingku
Masa yang ku tinggalkan selama ini
Aku
Bukan lagi seperti dahulu
Bukan seperti yang kau kenali dulu
Aku tidak lagi sama dengan masa lepasku
Aku mula meninggalkan kehidupanku dulu
Aku mula melepaskan segalanya milikku dahulu
Hanya untuk bersama dia yang hadir dalam hidupku
Hanya mahu meluangkan masa dengannya yang menantiku
Segala memori dan kenangan indah lalu
Mula ku lupakan sedikit demi sedikit
Mula ku tinggalkan dibelakangku
Mula ku padamkan dari ingatanku
Kerana semuanya tidak seperti dahulu lagi
Semasa aku masih mentah dalam mengenali
Erti sebuah persahabatan dan percintaan..
Aku kini bersamanya yang ku cintai
Semoga segala kenangan dan impian ku dahulu
Akan luput bersama dengannya yang ku sayangi
Kehadirannya sedikit sebanyak telah mengisi
Kekosongan dalam hidupku
Kepada kenangan, memori dan impian
Yang ku ingini dahulu
Ingin ku ucap padamu semua
Selamat tinggal..moga kau bahgia bersamanya
Dari insan yang pernah kau kecewakan dahulu..
Terima kasih pada pengalaman
Kerana kau telah mematangkanku
Dalam menghadapi hidup ini…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan