
Aku janji tak kacau engkau."Ayam jaguh muda itu pun naik berang lalu mengherdik ayam jantan tua itu, "Hoi!! Tak paham bahasa ayam ke??? Aku kata pegi, pegi la... sepak kang si tua nih!"Ayam tua itu pun berfikir sebentar dan berkata dengan sopan, "OK la hensem. Cam ni la. Kita race keliling kebun kat depan nih. Sapa menang, dia jadik chief ayam kat reban nih dan dapat semua ayam betina kat sini. Amacam? Aku ni dah tua, engkau bagi la aku start dulu ek...takkan engkau tak leh menang. Kalau aku kalah pun sekurang-kurangnya ayam betina lain tau engkau dah kalahkan aku dan aku dah tak layak lagi mengawan dengan diorang tu...Engkau pun nanti nampak lagi macho..."Ayam jaguh muda sambil tersenyum akibat dibodek pun berkata, "Hmm... OK jugak tu." Maka, seperti racing F1, semua ayam-ayam betina pun berkumpul depan reban melihatkan ayam tua mula berlari sambil ayam-ayam betina bersorak-sorak.
Selepas 15 saat, ayam jaguh muda pun mula berlari mengejar ayam tua. Ketika mereka berlari di depan rumah penternak, ayam jaguh muda sudah hampir memotong ayam tua dan berada kira-kira tiga langkah sahaja di belakang ayam tua. Ayam tua berlari sambil menjerit sekuat-kuat hatinya seperti ayam gila. Ayam jaguh muda sudah membayangkan waktu dia bergembira dengan dayang-dayang yang cantik molek.Penternak yang sedang berehat di laman rumah mendongak melihat 2 ekor ayamnya kejar mengejar, terus mencapai senapang patahnya dan...BOOM! Dia menembak ayam jaguh muda itu yang tercampak dan terus mati. Penternak itu menggeleng kepala, menoleh kepada isterinya dan berkata, 'Cipan betul lah Ma... Tu dah ayam jaguh ketiga Pa beli minggu ni yang h0m0seks!'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan