Di dalam Islam kesatuan ummah bermaksud tiada kelompok umat Islam tertentu yang hanya bersatu didalam kelompoknya sahaja dan pada masa yang sama tidak mahu bersatu dengan kelompok-kelompok umat Islam yang lain. Ini mungkin kerana mereka beranggapan bahawa kelompok mereka lebih Islam atau lebih sempurna dari kelompok-kelompok yang lain itu. Pendefinisian ini adalah merujuk kepada Piagam Madinah yang telah digubal oleh baginda Rasulullah S.A.W pada 623 M. Dan perkara ini terkandung di dalam Fasal ke 7 di dalam piagam tersebut. Kesatuan Ummah merupakan konsep terpenting di dalam sesebuah pentabiran atau penubuhan sesebuah negara. Jika konsep ini tiada maka, segala sistem dan perancangan tidak akan dapat berjalan dengan sempurna sama sekali. Peristiwa ini teramat penting bagi umat Islam, ini kerana dari peristiwa inilah lahirnya sebuah kota (negara) Islam pertama di dunia melalui perjanjian atau perlembagaan yang di kenali sebagai Al-Duthsur Al-Madinah atau dalam bahasa melayunya Piagam Madinah.
Ketika kehadiran puak Muhajirin di kota Madinah yang diketuai oleh Rasulullah pertama sekali yang telah dilakukan oleh baginda ialah : mendirikan Masjid dan kemudian perkara kedua terpenting ialah penyatuan umat Islam di atas nama persaudaraan,maka kerana itulah setelah baginda Rasulullah menyatukan puak Aus dan Kazraj di dalam barisan kaum Ansar maka Rasullullah meyatukan pula kaum Ansar dengan Muhajirin sehinggakan penyatuan itu seolah-olah telah terwujud lama dan tersimpul kuat. Inilah kekuatan iman dan persaudaraan yang telah Rasulullah ajar dan bina di kalangan para sahabatnya. Piagam atau Perjanjian Madinah ditulis tentang hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Piagam ini dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri sewaktu Baginda berada di kota Madinah sejak tahun pertama Hijrah lagi.
Piagam bertulis ini dibuat antara orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dengan orang Yahudi, dan antara orang Islam sesama Islam, yakni antara Muhajirin dengan Ansar. Sebelum membentuk Piagam Madinah, Baginda terlebih dahulu menyatupadukan orang Islam Madinah menerusi persaudaraan antara Muhajirin dengan Ansar. Setelah itu barulah Baginda mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan bagi membentuk sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam ini dirangka mengikut bimbingan wahyu serta berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah pada ketika itu yang dianggotai oleh orang Islam dan bukan Islam yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Yahudi. Sambutan kaum Yahudi terhadap Nabi di Madinah pada peringkat awalnya amat menggalakkan. Mereka menjangkakan yang Nabi akan bekerjasama dengan mereka, tambahan pula kedua-dua ajaran agama Yahudi dan Islam mempunyai banyak persamaan kerana kedua-duanya adalah agama Allah (sebelum agama Yahudi diselewengkan).
Pihak Nabi sendiri telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati kaum Yahudi. Bagi tujuan itu, perbincangan antara Baginda dengan ketua-ketua kaum Yahudi sering diadakan. Malah Baginda mengarahkan orang-orang Islam supaya ikut berpuasa seperti kaum Yahudi dan melakukan solat dengan berkabilatkan Baitul Maqdis sepertimana yang dilakukan oleh orang Yahudi dan sekalian Bani Israel sebelum bertukar kepada Kaabah.
Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka, begitu juga penganut-penganut agama lain. Setelah kedua-kedua pihak saling mempercayai, maka Nabi tidak berlengah-lengah lagi meneruskan rancangannya untuk menubuhkan sebuah negara yang berdaulat berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah diterima umum. Undang-undang dan peraturan ini dikenali sebagai sahifah atau kitab.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan