Saban hari, semakin banyak berita yang memaparkan isu-isu jenayah seperti pembunuhan, rogol, liwat, ragut dan rompakan di dada-dada akhbar dalam negara, tak kurang juga yang berlaku di luar negara kini. Persoalannya kini mana hilangnya peri kemanusiaan setiap insan yang bergelar manusia ini. Adakah tidak ada jalan lain yang sesuai untuk dilakukan bagi mengelakkan dari kegiatan jenayah ini dari dilakukan dan manakah silapnya, kerana gejala negatif ini nampaknya saban hari semakin meningkat dan terusan meningkat. Dunia umpama tidak selamat lagi untuk didiami lantaran terlalu banyak kes-kes jenayah kini yang menyebabkan kita takut dengan persekitaran, malahan wujud perasaan syak wasangka terhadap sesama manusia..
Kita sepatutnya membuang tanggapan bahawa kita dalam keadaan selamat kerana siapa tahu mungkin hari ini nasib kita baik, tapi bagaimana pula keadaan kita ini pada hari-hari mendatang. Oleh itu, marilah kita beristiqfar dan berdoa agar segala kejadian yang tidak diingini akan berkurang dan dapat diatasi secepat mungkin. Jadi sementara itu, kita hendaklah ingat-mengingati antara satu sama lain..jika kita hanya mengharapka pihak polis semata-mata untuk menjaga keselamatan kita, manakan mungkin itu boleh berlaku sebab jenayah boleh berlaku dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja..Jadi bertanggungjawablah anda pada diri anda sendiri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan