Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981. Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Star, Kedah, Dr Mahathir mendapat pendidikan awal dan menengah di bandar kelahirannya itu. Pada 1947, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menyertai perkhidmatan awam Malaysia sebagai Pegawai Perubatan. Tun Dr Mahathir banyak berjasa kepada Malaysia, beliau merupakan tokoh melayu yang tiada galang gantinya. Walaupun berbagai dugaan yang dihadapinya semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau tetap gagah menempoh arus rintangan dihadapannya.
Meskipun diakhir perkhidmatannya pada oktober 2003, beliau tetap menjalankan tugasnya seperti biasa. Segala kemewahan yang kita miliki kini adalah usaha dan ideanya. Oleh itu, tidak adil kiranya kita menghukumnya kerana kesilapannya yang lepas. Berfikirlah secara positif kerana bukan semua yang dilakukannya itu sia-sia malah dengan kehadiran insan bernama Mahathir Mohamad inilah Malaysia dikenali diseluruh pelusuk dunia. Ucapan terima kasih Tun diatas jasa dan sumbanganmu pada negara. Jasamu tetap dikenang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan