PENGKID adalah merujuk kepada remaja perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki, termasuk tingkah laku, sikap dan tindakan, bahkan kecenderungan cinta dan tarikan seksualnya adalah sejenis. Golongan ini cuba menonjolkan identiti jantina berlawanan dengan norma biologi, moral dan sosial kewanitaan yang mereka miliki.
Fenomena sosial biasanya dapat dilihat melalui beberapa ciri peribadi, antaranya cara berpakaian seperti lelaki, imej pada diri misalnya berambut pendek seperti lelaki dan gemar melakukan aktiviti yang selalu dilakukan golongan lelaki.Banyak sebab yang mendorong seseorang itu terjebak dengan gejala terbabit, seperti kemahuan dari dalam diri yang ingin menjadi seorang serba boleh, bebas melakukan apa saja yang digemari dan mahu mencari kelainan.
Ada pihak mendakwa, sesetengah mereka yang terbabit dengan gejala pengkid disebabkan kecenderungan dari usia kanak-kanak yang lebih berminat kepada perempuan dan persekitaran mereka dibesarkan.Fenomena berlaku atas keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual seorang perempuan bersama perempuan lain, dengan alasan hanya perempuan mengetahui keinginan perempuan dan menjanjikan kepuasan yang lebih.
Golongan subbudaya ini dikatakan cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa dan yang dicari hanya kepuasan nafsu semata-mata.Pengkid dipanggil juga 'tomboi' kerana kedua-duanya membabitkan makna yang sama iaitu remaja perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.Tomboi atau pengkid pula dikatakan berhubung kait dengan lesbian. Ini kerana tomboi atau pengkid akan menunjukkan identiti lesbian apabila usia semakin meniti kedewasaan.Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik terhadap wanita lain..
berita lanjut klik kat link bawah ni
~~>http://www.hmetro.com.my/ <~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan