21 Oktober 2011

~ Ceramah Kerjaya ~

Alhamdulillah..selesai satu sesi ceramah kerjaya yang telah dilangsungkan di kem pusako hassan basir di batu kikir, negeri sembilan..segala persiapan telah pun dibuat beberapa hari sebelum presentation tadi..saya telah mencurahkan segala yang termampu oleh saya..sekiranya ada kekurangan dan bahagian bahagian yang lemah, insyaAllah akan saya perbaiki..pada saya segala ilmu yang sedikit yang ada pada saya, akan saya curahkan untuk anak bangsa saya..

..kerana bagi saya ilmu adalah untuk dikongsikan bersama dan bukannya untuk diri kita semata mata..andai satu hari nanti sayatiada lagi didunia ini, maka saya berharap segala ilmu yang saya curahkan akan dipergunakan sebaiknya untuk generasi yang akan datang..saya manusia biasa, punya kelemahan dan kekurangan, andalah pelengkap saya..tanpa anda semua, siapalah saya..saya juga berharap anda dapat memahami mesej yang saya ingin sampaikan..kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan..