20 Jun 2012

~ Samsung Galaxy S Series ~

Tanggal 19.06.2012 aku telah menghadiahkan samsung galaxy s advance kepada orang rumah aku kerana handfon nokia yang baru dibelinya sememangnya hampeh..jadi sekarang adalah masa untuk bertukar daripada pengguna tegar nokia kepada samsung..it time to change..kadang kadang perlu juga bertukar kerana aku dah guna handfon nokia ni dari tahun 2002 lagi..dah 10 tahun tu..giler lama dowh..



..sememangnya handfon nokia ni tahan lasak, tapi adakah nokia masih relevan untuk diguna pakai kini dengan teknologinya yang agak terkebelakang jika mahu dibandingkan dengan samsung dan apple..jika ditanya aku kenapa aku beli nokia, jawapan aku mudah iaitu nokia tahan lasak dan tidak mudah jahanam dan mungkin juga sebab reka bentuk fon nokia agak lebih friendly dan harganya lebih murah..

..namun itu dulu, sekarang ni aku rasa menggunakan fon samsung lebih menarik dan trendy berbanding nokia kerana teknologi samsung sudah terkehadapan jika nak dibandingkan nokia..itu pendapat peribadi aku..apepun masing masing punya pendapat dan pandangan sendiri..samsung yang baru mengeluarkan siri galaxy s yang baru iaitu galaxy s iii nampaknya telah mempertingkatkan lagi teknologi sedia ada dan handfon tu pun nampak lagi 'cun' dan 'smart' dowh..tapi biasalah yang cun dan smart tu harganya pun memang agak mahal, tapi bagi aku 'kalah membeli tapi menang memakai'..


..kepada yang berminat dengan handfon samsung series s ni bolehlah melayari dan melawat laman web samsung ini yuntuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai handfon keluaran samsung ni yang bersesuaian dengan mottonya iaitu 'designed for human'.. silalah klik link ini ye kengkawan samsung galaxy s ..


11 Jun 2012

~ Adakah Kita Selamat ? ~

..adakah kita selamat? itulah persoalan yang bermain main dan berlegar legar di benak fikiranku kini..manusia tidak lagi berfikiran secara waras..jenayah di sana sini..pihak berkuasa telah cuba yang terbaik bagi mengurangkan jenayah yang semakin menggila dewasa kini..rompakan, ragut, culik, ragut, penderaan, rogol dan bunuh umpama mainan si penggila..tiada lagi belas kasihan, tiada lagi peri kemanusiaan dan tiada lagi fikiran yang waras..

..wanita adalah umum menjadi mangsa dalam kes ini..di dada akhbar banyak memaparkan isu ini dan terdapat kes baru di mana seorang perempuan nyaris di culik selepas membeli belah..mujur tindakan nekadnya berjaya menyelamatkannya..namun, adakah semua wanita mampu bertindak begini?..beringatlah kalian semua, bantulah sesama sendiri, jangan pentingkan sikap mementingkan diri sendiri,.ingatlah tika ini orang lain yang kena, mana tau satu hari nanti keluarga anda sendiri yang terkena..jadi beringatlah sebelum kena.. tertarik dengan satu tulisan hanis zalikha mengenai 'kenapa wanita perlu takut' dan langkah yang terbaik bagi mengelakkan kejadian jenayah terutamanya culik..


01 Jun 2012

~ Windows 8 ~

..sebut je 'windows' semua orang mesti dah tau..bukan tingkap rumah dowh..seingat aku dulu, windows yang mula2 aku kenal ialah windows 95, kemudian zaman beredar windows pun upgrade dari sati versi ke satu versi..ada windows 98, windows ME, windows 2000, windows XP, windows Vista, kendian windows 7 dan skang ni windows 8..oleh itu marilah kita tengok kelebihan windows 8 ni..checkkedout..