15 Mac 2011

~ Lee Chong Wei ~

..siapa yang tidak mengenali ikon badminton ini, namanya cukup gah dipersada antarabangsa dek kemenanganya yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain dewasa ini..namun, seteru utamanya yang berasal dari negara china, yang tidak kurang juga kehebatannya iaitu lin dan adalah salah seorang yang mampu mengugat kedudukan lee chong wei dalam arena badminton ini..kelibatnya membayangi kehebatan lee chong wei, skillnya juga boleh memperdayakan pihak lawan dan smash tangan kirinya tidak boleh dinafikan..namun kekalahannya pada lee chong wei pada perlawanan akhir all england yang berlangsung beberapa hari lalu masih segar di ingatan peminat dan pencinta badminton tanah air..lihat sahajalah bagaimana tenangnya lee chong wei bermain dan menewaskan lin dan malam tu..secara peribadinya game tersebut adalah perlawanan terbaik yang pernah dilihat bila pertembungan kedua-dua pemain ini bertemu..sokongan dari penyokong yg rata-ratanya adalah pelajar di england yang memberikan sokongan padu pada lee chong wei, tidak kurang juga yang bersekang mata menunggu perlawanan epik ini di kaca televisyen malaysia..tahniah lee chong wei..kekalkan momentum sediada dan selamat maju jaya..tahniah, malaysia boleh!!

10 Mac 2011

~ Team Malaysia Yang Ku Lupa ~

..satu ketika ketika aku masih dibangku sekolah rendah, aku melihat sendiri kejatuhan bola sepak tempatan dengan isu rasuah pemain-pemain malaysia sehinggakan pasukan yang kuat seeperti pahang ketika itu tumbang dek gelora singapura dengan jaringan 4-0 yang mana penjaga gol pasukan pasukan pahang ketika itu tidak lain dan tidak bukan adalah khairul azman..dengan jelas ketika itu aku lihat bagaimana bola yang ditendang selemah pondan tu tidak mampu diagak mahupun ditampan oleh khairul azman sedangkan dia diantara keeper yang terbaik itu..saat itu aku menyarung jersi pahang dengan harapan pahang boleh menang piala malaysia, tetapi aku hampa..

..saat itu aku tidak lagi meminati liga malaysia yang rata-rata pemainnya telah disuapkan dengan sejumlah wang untuk menjual permainan, ramai pemain-pemain yang berbakat tenggelam dek isu rasuah ini, kedudukan bolasepak negara juga menjunam dengan teruknya walaupun sebelum itu kedudukan tertinggi negara ketika itu di kedudukan 75 dunia..susah payah dan jerih perit pemain-pemain 70'an hingga 80'an sebelum ini hancur dan musnah dengan generasi bolasepak 90'an yang terlibat dengan isu rasuah ini..walaupun aku dibangku sekolah rendah, namun isu itu tidak pernah padam dalam ingatanku..

..ketika itulah aku lihat apabila kita mahu naik semula dalam bolasepak, jalan yang dihadapi cukup berliku, bertahun lamanya, malaysia diperlekeh, diperbudakkan negara jiran yang dulunya mangsa belasahan, harimau yang dulunya mengaum garang kini bagaimana harimau yang hilang kukunya..pelbagai onak duri dilalui oleh pemain negara, dan ketika itu boleh dikatakan tiada seorang pemain pun yang berminat untuk menyarung jersi kebangsaan..dan orang merasa pelik ketika ada antara segelintir peminat yang menyarung jersi kebangsaan berjalan-jalan di sekitar bandar dan desa..

..namun, pasukan malaysia yang dulunya ku lupa, ku tinggalkan, ku perapkan, kini kembali bersinar dek harapan baru yang diwujudkan oleh generasi 2000'an ini..mereka yang menyarung jersi malaysia kini, terpaksa menangung seksa dan kesusahan akibat tinggalan generasi awal yang menyebabkan mereka terpaksa naik dengan oank dan duri..kini, hasilnya kita dapat lihat, walaupun masih banyak yg boleh diperbaiki, sekirang2nya kini negara jiran mula melihat malaysia dengan lebih serius kerana malaysia kini dalam landasan yang betul untuk kembali menjadi salah satu kuasa bolasepak di rantau asia tenggara dan tidak mustahil untuk rantau asia..

..kepada team malaysia, teruskan usaha kalian, buktikan pada dunia, kita mampu bangkit dari kekalahan, kita mampu bangkit dari kesusahan dan kita tunjukkan pada mereka bahawa kita bukan beromong kosong semata..tahniah pasukan malaysia, ku harap ku tidak akan melupakanmu lagi selepas ini..aku bangga aku bangsa malaysia..

~ Malaysian National Team ~

~ Malaysia Lawan Pakistan ~

..marah, bengang, kecewa, bengkek, dan macam2 lagik ar..ni semua gara2 tak dapat live tgok team bolasepak malaysia lawan team bolasepak pakistan..siaran langsung yg sepatutnya berlangsung jam 10.30 mlm td, xdpt ditonton oleh segenap peminat bolasepak tempatan dek kerana pihak televisyen pakistan memaklumkan ada masalah teknikal yang tidak dibaiki dan mengakibatkan siaran dari pakistan tidak dapat dipancarkan ke negara kita..bagi menghilanagkan rasa marah dan bengang tu, aku pun gi ar usha2 tgok facebook pasukan bolasepak pakistan untuk tahu mengenai perkembangan perlawanan..malangnya tiada live streaming yang dapat ditonton sekadar tulisan-tulisan yang diupdate oleh admin pakistan tu aje ar yg jadik penghibur hati..

..walaupun tak dapat tgok secara live, dapat perkembangan yang perlawanan berkesudahan seri 0-0 dah cukup lega, cuma bila tak dapat tgok secara live jadi xbrapa puas hati skit..nampaknya team harimau malaya akan meneruskan cabaran ke pusingan kedua dan lawan yang bakal dihadapinya nanti bukan calang-calang kerana terdiri dari vietnam, jepun, korea utara, korea selatan, australia, bahrain, irag, iran, lubnan, qatar, arab saudi, syria dan uzbekistan..namun, itu bukan persoalannya yang penting perjuangan perlu diteruskan dan apapun keputusannya nanti sama-samalah kita tunggu dan lihat..kalah atau menang itu isu kedua, yang pasti harimau malaya akan terus mengaummm..

09 Mac 2011

~ Pagi Yang Nyaman ~

..emm..malam tadi hujan selebat-lebatnya, so bila dapat tido malam tadi dengan nyenyaknya rasa nak selalu mcm ni..walaupun baby kesygn aku bangun tgah mlm sebab nak susu..tapi tu tak menganggu tido aku pun sebab dah terbiasa bila dah ada anak ni mesti tido malam pun dah lain..pagi yang nyaman tapi mata masih nak tido lagi..emm..rasa macam tak puas walaupun dah tido awal malam tadi..

08 Mac 2011

~ Selamat Hari Wanita Sedunia ~

..Wanita merupakan salah satu ciptaan tuhan yang paling indah, luar tampak lembut namun kekadang dalaman keras bak besi keluli yang sukar dicairkan..setiap tahun hari wanita ini disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka tidak kira mereka seorang ibu, seorang kakak, seorang isteri mahupun apa sahaja gelarannya..mereka menjadikan dunia lelaki ini menarik, menjadikan dunia lelaki yang luarnya nampak tegap, namun dalamnya lembut bak kapas..itulah penangan wanita, jangan sangka tangan yang menghayun buaian tidak mampu mengegar dunia..wanita adalah pelengkap kepada kehidupan seorang lelaki dan oleh itu saya mewakili lelaki di dunia ini mengucapkan selamat hari wanita terutama buat isteri tercinta Juliana Binti Abd Karim dan juga buat bonda tersayang Zaitun Binti Jamil kerana kalian menjadikan aku seorang insan yang serba serbi kekurangan kepada seorang insan yang dihormati dan bertanggungjawab..terima kasih yang tidak terhingga buat kalian..