28 November 2008

~ Water Figures ~


look nice when the water being like this, so try yourself
just click the link below:-

~~>http://flickr.com/photos <~~

~ Modified Cars ~


~~> Nissan Skyline

~~> Mazda RX7

~~> Toyota Supra

~ Legend of Elvis Presley ~

Elvis Presley, is one of the legend in his era. He was born in Mississippi on January 8, 1935. Elvis musical influences were the pop and country music of the time, the gospel music he heard in church and at the all-night gospel sings he frequently attended, and the black R&B he absorbed on historic Beale Street as a Memphis teenager. In 1954, he began his singing career with the legendary Sun Records label in Memphis. In late 1955, his recording contract was sold to RCA Victor. By 1956, he was an international sensation. With a sound and style that uniquely combined his diverse musical influences and blurred and challenged the social and racial barriers of the time, he ushered in a whole new era of American music and popular culture.

He starred in 33 successful films, made history with his television appearances and specials, and knew great acclaim through his many, often record-breaking, live concert performances on tour and in Las Vegas. Globally, he has sold over one billion records, more than any other artist. His American sales have earned him gold, platinum or multi-platinum awards for 150 different albums and singles, far more than any other artist. Among his many awards and accolades were 14 Grammy nominations (3 wins) from the National Academy of Recording Arts & Sciences, the Grammy Lifetime Achievement Award, which he received at age 36, and his being named One of the Ten Outstanding Young Men of the Nation for 1970 by the United States Jaycees. Without any of the special privileges his celebrity status might have afforded him, he honorably served his country in the U.S. Army.

Read more about Elvis Presley, click link below

~ Mazda - Car of The Year ~



~ Isu Pengkid ~

PENGKID adalah merujuk kepada remaja perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki, termasuk tingkah laku, sikap dan tindakan, bahkan kecenderungan cinta dan tarikan seksualnya adalah sejenis. Golongan ini cuba menonjolkan identiti jantina berlawanan dengan norma biologi, moral dan sosial kewanitaan yang mereka miliki.

Fenomena sosial biasanya dapat dilihat melalui beberapa ciri peribadi, antaranya cara berpakaian seperti lelaki, imej pada diri misalnya berambut pendek seperti lelaki dan gemar melakukan aktiviti yang selalu dilakukan golongan lelaki.Banyak sebab yang mendorong seseorang itu terjebak dengan gejala terbabit, seperti kemahuan dari dalam diri yang ingin menjadi seorang serba boleh, bebas melakukan apa saja yang digemari dan mahu mencari kelainan.
Ada pihak mendakwa, sesetengah mereka yang terbabit dengan gejala pengkid disebabkan kecenderungan dari usia kanak-kanak yang lebih berminat kepada perempuan dan persekitaran mereka dibesarkan.Fenomena berlaku atas keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual seorang perempuan bersama perempuan lain, dengan alasan hanya perempuan mengetahui keinginan perempuan dan menjanjikan kepuasan yang lebih.
Golongan subbudaya ini dikatakan cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa dan yang dicari hanya kepuasan nafsu semata-mata.Pengkid dipanggil juga 'tomboi' kerana kedua-duanya membabitkan makna yang sama iaitu remaja perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.Tomboi atau pengkid pula dikatakan berhubung kait dengan lesbian. Ini kerana tomboi atau pengkid akan menunjukkan identiti lesbian apabila usia semakin meniti kedewasaan.Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik terhadap wanita lain..
berita lanjut klik kat link bawah ni

~ Gang Rampage ~

~ Lost Of Humanity (beware of drug addict) ~

KLANG: A gang of six went on a rampage in Taman Sentosa on Wednesday night, killing two and leaving five seriously injured in separate attacks.
The parang-wielding gangsters, believed to be high on drugs, randomly picked their victims before viciously attacking and robbing them.
Their night of madness began when they slashed a woman, who tried to protect her 13-year-old daughter, outside a furniture shop in Jalan Raja Nong about 9pm.Shop owner Lee Teck Yong had just fetched his daughter from tuition class and had reached his shop when they were confronted by the thugs who arrived on motorcycles. They grabbed hold of the girl and put a parang to her neck, demanding her bag.She was about to hand it over when her 35-year-old mother, Yeoh Siew Tin, rushed to help her.
More story just click link below:

~ Hilangnya Peri Kemanusiaan ~

Saban hari, semakin banyak berita yang memaparkan isu-isu jenayah seperti pembunuhan, rogol, liwat, ragut dan rompakan di dada-dada akhbar dalam negara, tak kurang juga yang berlaku di luar negara kini. Persoalannya kini mana hilangnya peri kemanusiaan setiap insan yang bergelar manusia ini. Adakah tidak ada jalan lain yang sesuai untuk dilakukan bagi mengelakkan dari kegiatan jenayah ini dari dilakukan dan manakah silapnya, kerana gejala negatif ini nampaknya saban hari semakin meningkat dan terusan meningkat. Dunia umpama tidak selamat lagi untuk didiami lantaran terlalu banyak kes-kes jenayah kini yang menyebabkan kita takut dengan persekitaran, malahan wujud perasaan syak wasangka terhadap sesama manusia..

Kita sepatutnya membuang tanggapan bahawa kita dalam keadaan selamat kerana siapa tahu mungkin hari ini nasib kita baik, tapi bagaimana pula keadaan kita ini pada hari-hari mendatang. Oleh itu, marilah kita beristiqfar dan berdoa agar segala kejadian yang tidak diingini akan berkurang dan dapat diatasi secepat mungkin. Jadi sementara itu, kita hendaklah ingat-mengingati antara satu sama lain..jika kita hanya mengharapka pihak polis semata-mata untuk menjaga keselamatan kita, manakan mungkin itu boleh berlaku sebab jenayah boleh berlaku dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja..Jadi bertanggungjawablah anda pada diri anda sendiri..

27 November 2008

~ Nilai Seorang Sahabat ~

Dalam dunia ini, kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana dikurniakan seorang sahabat yang memahami kita sebagaimana kita mengharap keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu jua dia. Tetapi mengapa kita sering terlupa akan hal itu.. Musuh mudah dicari, tetapi seorang sahabat yang memahami kita sukar untuk dicari ganti andai kita kehilangannya..Hargai masa yang ada bersama seorang insan yang bergelar sahabat..kerana masa tidak pernah menanti kita, tetapi masa selalunya mencemburui kita..

~ Honey, I Got Wrong Number ~

"Hello?"
"Hi, honey, this is Daddy"... Is your Mommy near the phone?"
"No, Daddy. She's upstairs in the bedroom with Uncle Frank."
" After a brief pause, Daddy says, "But you haven't got an Uncle Frank, honey!"
"Oh yes, I do, and he's upstairs in the bedroom with Mommy right now."
"Uh, Okay, then.....here's what I want you to do.
"Put down the phone, run upstairs and knock on the bedroom door and shout to Mommy and Uncle Frank that Daddy's car just pulled up outside the house."
"Okay, Daddy!" A few minutes later, the little girl comes back to the phone.
"Well, I did what you said, Daddy. "And what happened?" he asks.
"Well, Mommy got all scared, jumped out of bed with no clothes on and ran around screaming, then she tripped over the rug and went flying out the front window and now is dead." "Oh no ... and what about Uncle Frank?"
"He jumped out of bed with no clothes on too and he was all scared and he jumped out the back window into the swimming pool ...
but he must have forgot that last week you took out all the water to clean it, so he hit the > bottom of the swimming pool and now he's dead too."
There's a long pause, then Daddy says, "Swimming pool??? Is this 555-7039?"

~ Cetusan Rasa ~

Di pagi sendu ini, buat sekian kalinya aku menitiskan airmata. Aku tahu aku tidak seharusnya menyesali apa yang terjadi, Lantaran memaksa hatiku menangis. Aku tahu melayan sendu ini bermakna menyeksa diriku sendiri. Tapi entah mengapa sejak bermulanya peristiwa itu, aku terasa diri ini terlalu kecil, terlalu lemah untuk berdiri. Ingin rasanya aku menyatakan kepada mereka bahawa hati ini sebesar dunia, yang mampu memberkas kesangsian duniawi. Tapi mampukah aku?Aku hanya mampu melayan senduku seorang diri dan ditemani bayu lembut yang bisa mendinginkan hatiku, lantas membekukan semangatku. Bersama bayu yang lembut, kicauan burung yang riang menambahkan kesyahduan di pagi yang sunyi ini. Aku inginkan keriangan itu. Keriangan yang seharusnya milikku. Tapi apakan dayaku, aku hanya mampu menjadi pemuja keriangan. Hatiku pernah direjam, jiwaku pernah di sula, semangatku pernah dipanah tapi apa salahku dan apa kekurangan diriku sehinggakan di seksa sebegini rupa. Aku menyedut udara pagi yang nyaman, lantas aku lepaskan perlahan-lahan. Mutiara murahku kembali menjurai, masih terngiang-ngiang lagi di cuping telingaku oleh kata-kata yang bisa menghiris hati dan perasaanku. Ya Allah, Ya Tuhanku, cekalkanlah dan tabahkanlah hati hambamu yang hina ini. Selama ini aku memang dalam kegembiraanku; tapi mengapa kali ini tidak? Aku terkandas lantaran membiarkan diriku ditindas oleh mereka yang tidak pernah mengerti? Mengapa? Biarkan! Biarkanlah mereka dengan permainan mereka sendiri. Aku lebih senang melihat mereka gembira; tapi mengapa mereka tidak juga memahami hati dan perasaaku ini. Mungkin inilah takdir ilahi yang datang mengujiku. Dan aku seharusnya menerimanya dengan tabah. Aku meletakkan noktah untuk sekian kalinya. Pena kuletakkan, mungkin ini coretan pertama dan terakhirku buat masa ini. Bila tiba masanya nanti, pena ku akan beraksi semula dilembaran bersih ini. Akan ku tunggu dan nantikan saat indah itu. Aku janji. Kini…aku kembali seperti sediakala; merenung dan termenung memikirkan perkara yang akan berlaku esok, lusa dan hari-hari yang mendatang…

“apa yang kita impikan tak selalunya indah..” -Jufrizan Sanusi-

~ Job Malaysia ~



Kepada pencari2 kerja dalam negara yang masih belum bekerja, menganggur dan sebagainya saya cadangkan anda semua supaya log ke laman web jobmalaysia.gov.my kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang mungkin menepati citarasa anda. Jadi jangan tunggu lagi, klik lah link di bawah ini yer..selamat mencari kerja..

~ Brand New Nokia 8800 ~






For more information just klik this link :

~ Orlando Bloom ~

He is handsome, charming and have good looking guy.. Here a bit about Orlando Bloom that i've discover..
Become popular shot to fame with his starring role in "The Lord of the Rings" trilogy. Acting as the elf Legolas, Bloom shot arrows off the screen and straight into the hearts of women worldwide.
Orlando Bloom born in Canterbury, Kent on January 13, 1977, and at years 16, Bloom moved to London and joined the National Youth Theatre. Has appeared in "The Lord of the Rings" trilogy, "Black Hawk Down," "Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl," and "Ned Kelly"..

~ Daniel Radcliffe ~


Daniel Radcliffe
Popular dengan legasi cerita Harry Porter yang telah membawa pelakon muda Britain ini menjadi diantara remaja terkaya hasil kutipan dari lakonannya dari legasi Harry Porter. Daniel juga telah dicalonkan diantara pelakon britain yang paling berjaya walaupun usianya masih muda. Nama sebenar pelakon ini ialah Daniel Jacob Radcliffe, dilahirkan di Fulham di kota London pada 23 Julai 1989. Hobi utamanya adalah bermain Playstation, Jogging dan Bola sepak. Nampaknya si Daniel ni bukan ar kaki bangku ek...

~ Antoo Fighter ~


kepada yang mahukan sedikit maklumat tentang cerita antoo fighter ini bolehlah melayari lawan web di bawah ini:


26 November 2008

~ The Cleverest Jokes about 5 passengers ~

An airplane was about to crash; there were 5 passengers on board but only 4 parachutes.

The first passenger, said, I'm Kobe Bryant, The best NBA Basketball player, the Lakers need me, I can't afford to die." So he took the first pack and left the plane.

The second passenger, Hillary, said, "I am the wife of the former President of the United States, I am the most ambitious woman in the world, I am also a New York Senator and a potential future President." She just took the second parachute and jumped out of the plane.

The third passenger, George W Bush, said, "I'm President of the United States, I have a great responsibility being the leader of a superpower state. Above all I'm the cleverest President in American history, American people won't let me die". So he put on the pack next to him and jumped out of the plane.

The fourth passenger, Osama Bin Laden, says to the fifth passenger, a 10 year old school boy, "I am a Muslim and Allah will decide about my fate, so I let you have the last parachute.

The Boy said, "It's OK, there's a parachute left for you. The Americans' cleverest President has taken my school backpack."

~ Jokes ~

A little girl goes to the barber shop with her father. She stands next to the barber chair, eating a snack cake, while her dad gets his hair cut. The barber smiles at her and says, "Sweetheart, you're gonna get hair on your Twinkie."

"I know," she replies. "I'm gonna get boobs too."

~ Toyota AE86 ~





~ Car Crazy ~


~~~> Toyota FT-HS


~~~> Mitsubishi Lancer Prototype


~~~> Mitsubishi Lancer Evolution

~ Perhitungan Hidup ~

Hidup ini tak lari dari kira-kira
Tak campur ; tolak
Tak tolak ; kali
Tak kali ; bahagi
Seeloknya…

Hal orang jangan di campur
Nanti dikatakan jaga tepi kain orang
Rezeki jangan ditolak
Kalau tak rugi nanti
Sebelum bertindak fikir dua kali
Jangan menyesal dikemudian hari
Kasih sayang jangan dibelah bahagi
Kelak merana diri…

~ Puisi Seksa ~

Seksa
Hanya tuhan saja yang tahu penderitaan ku ini
Hanya tuhan saja yang tahu kecelakaan ku ini
Hanya tuhan saja yang tahu kesilapan ku ini…

Seksa
Itulah yang ku tanggung kini
Itulah yang ku rasakan kini
Itulah yang menyebabkan aku kebingungan

Seksa ini
Bilakah akan berakhir
Kerna ku sudah menangung
Terlalu lama

Seksa
Tolonglah pergi dariku
Kerna ku masih banyak perkara yang perlu di uruskan
Kerna ku masih ada kewajipan yang perlu aku tunaikan

Ya Allah
Sesungguhnya aku cuma hambamu
Yang lemah dan tidak berdaya mengatasi cabaran
Yang kau beri padaku kini..
Ku harap penderitaan dan penyiksaan ini akan berakhir
Bila?itu aku tidak pasti…

~ Cerita Klakar ~

Seorang doktor di sebuah hospital sakit jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas.

Sambil berjalan beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu. Setelah puas mencari barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran. Ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi glamour.
Tapi yg hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang, tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula sambil menyanyi.
Doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang, tapi sekarang meniarap pula?"

Lalu pesakit itu menjawab, "Oooo... tadi Side A. Ini Side B pulak!"

~ Red Devils Fanz ~

~ Dedicated to all Man United Fan ~

Featuring ~~> Cristiano Ronaldo
Unstoppable ~~> Wayne Rooney

Playmaker ~~> Dimitar Berbatov
Red Devils Fans out there, just click to this link :

~ Tun Dr. Mahathir ~

Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981. Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Star, Kedah, Dr Mahathir mendapat pendidikan awal dan menengah di bandar kelahirannya itu. Pada 1947, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menyertai perkhidmatan awam Malaysia sebagai Pegawai Perubatan. Tun Dr Mahathir banyak berjasa kepada Malaysia, beliau merupakan tokoh melayu yang tiada galang gantinya. Walaupun berbagai dugaan yang dihadapinya semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau tetap gagah menempoh arus rintangan dihadapannya.

Meskipun diakhir perkhidmatannya pada oktober 2003, beliau tetap menjalankan tugasnya seperti biasa. Segala kemewahan yang kita miliki kini adalah usaha dan ideanya. Oleh itu, tidak adil kiranya kita menghukumnya kerana kesilapannya yang lepas. Berfikirlah secara positif kerana bukan semua yang dilakukannya itu sia-sia malah dengan kehadiran insan bernama Mahathir Mohamad inilah Malaysia dikenali diseluruh pelusuk dunia. Ucapan terima kasih Tun diatas jasa dan sumbanganmu pada negara. Jasamu tetap dikenang.

~ Sexies Actor Hugh Jackman ~

A bit about Hugh Jackman :-

He is gorgeous, and born in Australia to English parents, Hugh Jackman studied in University of Technology, Sydney. He finished his graduation in 1994. He started his career as an actor in TV series. The character of Wolverine in X-man made him famous. The important thing is this sexy guy has married, so for women out there accept it. His is not availavable..hahahaha..

~ Perjuangan Yang Belum Selesai ~

Perjuangan yang belum selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat, dari melihat bangsaku dijajah. Tidak ada yang lebih menyedihkan, dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya, sejarah silam tiada maknanya, sekiranya bangsa tercinta terpinggir, dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa, para perjuang kemerdekaan, bagi menegakkan kemuliaan, dan darjat bangsa. Selangkah beerti mara, mengharungi sejuta dugaan.
Biarkan bertatih, asalkan langkah itu yakin dan cermat, bagi memastikan negara, merdeka dan terpelihara. Air mata sengsara, mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil, kerana mengisi kemerdekaan, rupanya lebih sukar, dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.

lagi pula apalah ertinya kemerdekaan, kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan, mengganguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara, kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata, dan meminta-minta di negaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita, meneruskan perjuangan kemerdekaan kita, kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya, bukankah sejak zaman berzaman, mereka menjadi pelaut, pengembara, malah penakluk terkemuka. Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga, selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera, menjajah dunia yang tak dikenali. Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau, yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silap hingga bangsaku, merasa begitu kecil dan merendah diri. Apakah angkara penjajah, lalu bangsaku mulai melupakan, kegemilangan silam, dan sejarah gemilang membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya, bagi memartabat dan memuliakan bangsa, kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita, bukan sekadar memerdeka dan mengisinya, tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan, buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti berliku, kerana masa depan belum menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan ini belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda, bangsanya yang berjaya.

- Dr. Mahathir bin Mohamad, Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996.

~ More Bleach Pictures ~





~ Story Of Shalahuddin Al-Ayyubi ~

" Story of Shalahuddin Al-Ayyubi "

Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulah Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian..

Setelah hampir empat puluh tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis, Shalahuddin Al-Ayyubi baru lahir ke dunia, yakni pada tahun 1138 Masihi. Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan awal kepada Shalahuddin..

Selain itu, Shalahuddin juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan panglima perang Syria yang telah berhasil mengalahkan tentera Salib sama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh panglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda..

~ Worl Most Richest Person ~

~ 12 Perkara Tentang Seorang Sahabat ~

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah sesama kita.

25 November 2008

~ Legasi Dragon Ball ~




Son Goku adalah hero bagi manga Dragon Ball, lihatlah betapa kiutnya goku masa kecilnya..sebuah hasil karya penulis dan pelukis tersohor dari jepun iaitu Akira Toriyama telah melakukan impak dan perubahan yang besar kepada peminat kartun di Malaysia yang selama ini disogok dengan kartun dari barat yang hanya bersandarkan hiburan semata-mata..

Bermula dari siri Dragon Ball yang pertama, kemudian beralih ke Dragon Ball Z sebelum legasi dragon ball ini diteruskan ke Dragon Ball GT. Bermula dari Son Goku, kemudian ke Son Gohan legasi ini terusan menceritakan semangat tidak pernah mengaku kalah yang membuktikan bahawa kartun jepun ini sebenarnya mempunyai impak yang positif dalam membentuk peribadi tidak mudah putus asa dalam menjalani kehidupan..

Istilah DONT GIVE UP amat populat dikalangan kartun atau anime jepun ini yang sebenarnya menunjukkan ciri negara Jepun sendiri...

~ Kata Hikmah Pujangga ~

“Hidup adalah belajar dari pengalaman, dan pengalaman itu hendaklah dicari bukannya di nanti; samaada bertanya pada orang lain mahupun dari pembacaan”

“Hidup adalah komedi bagi mereka yang hidup dengan akalnya; dan merupakan satu tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosinya”

“Kalaulah aku diberi peluang yang agak terdahulu, mungkin ada banyak yang akan aku selesaikan dengan akal fikiran ; dan kalaulah semua orang tahu buku kehidupan sendiri terlalu mudah sangatlah hidup ini rasanya”- Aie

“Kesetiaan cinta kita hanya akan disedari oleh seseorang yang kita hargai setelah dia dikecewakan oleh orang lain” maka berbanggalah menjadi seorang yang setia walaupun hancur lumat hati kita”- Juwie

“Kita takkan memahami sesuatu perkara sehinggalah kita kehilangannya”

~ Yamaha Jupiter MX LC 135 ~






Inilah motor LC 135 yang dikenali sebagai Jupiter MX 135
dinegara jiran kita, Indonesia..rata-rata setiap nama motor
yang diberi adalah bergantung kepada persekitaran dimana
motor itu berada..selain dikenali Jupiter MX di Indonesia,
LC 135 ini juga dikenali sebagai Spark 135 di Thailand..


~~ Khas untuk Die Hard Fan Yamaha LC 135 ~~

~ Mitsubishi Lancer Evolution ~







Gambar Khas Die Hard Fans Mitsubishi Lancer Evolution Series

~ Karya Agung Aie ~







Lagenda agung tiada galang gantinya..



~ Blues Selamanya ~

" Blues Untuk Aku "

Satu karya agung dari saudara AIE yang pernah bernaung dibawah syarikat MOY dalam majalah humor nombor satu negara satu ketika dahulu iaitu majalah UJANG.

Saudara Aie kemudian keluar dari majalah Ujang dan menerbitkan karyanya yang terbaru secara solo yang lebih dikenali AKU DAN SESUATU..karyanya menjadi satu gelora baru bagi peminat bersiri BLUES UNTUK AKU yang selama ini rindukan karyanya..

Namun, segalanya tinggal kenangan setelah karyanya itu terhenti disitu sahaja tanpa diketahui punca sebenarnya..Namun, saudara aie tetap the best, kerana mencipta satu REVOLUSI baru dalam arena komik tanah air dan boleh dikatakan sebenarnya beliau sudah boleh dianggap otai dalam industri komik ini..

~ Yamaha LC 135 ~


inilah moto Yamaha LC 135 kesayangan gua..