31 Disember 2008

~ Selamat Datang 2009 ~

emm...wah2 nampaknya hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2008, maka esok bermulalah buku baru dalam diari kehiduapan aku..hahahaha...rasa seronok bila aku kenangkan yang aku dah berjaya buat 2 blog yang merangkumi perjalanan dan kehidupan aku yang aku inginkan..kepada semua yang datang melawat blog aku untuk baca artikel, untuk download lagu, yang amik wallpaper dan kepada yang singgah sekejap kat blog aku pun aku nak ucapkan trillion terima kasih yang tak terhingga kerana tanpa kehadiran korang semua kat blog aku, http://oneforallblog.blogspot.com/ ni telah merancakkan lagi arena download mendownload ni.. bersempena dengan tahun baru ini, aku nak buat azam untuk memajukan lagi blog aku ni sehingga dikenali di serata dunia..kepada 'pengunjung setia' blog aku yang tak seberapa ni, aku harap korang dapat hebahkannya kepada kawan2 korang, sahabat handai korang tentang kewujudan blog aku ni...okeylah itu sahaja dari aku..


~ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 DARI ONEFORALLBLOG ~

~ Lagu Lama ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Francisca Peter - Sekadar Di Pinggiran
~~ Zaiton Sameon - Menaruh Harapan
~~ Ramlah Ram - Apa Khabarmu Di Sana
~~ Nora - Dendam Dalam Diam
~~ Shima - Luka Di Lukai
~~ Dayangku Intan - Semakin Rindu Semakin Sayang

~ Asal Usul Yahudi ~

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi. Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi. Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.

~ Al-Quran & Translation ~

..:: click the link below to download and if you dont have adobe reader, i also add the link to download the adobe reader, tq ::..

~~ Al-Quran & Translation

~~ Adobe Reader 8.11


.:: may god forgive our sins, amin ::.

~ Hits Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Chris Daughtry - It Not Over
~~ Rob Thomas - Lonely No More
~~ American Hi Fi - Flavour Of The Week
~~ Gorillaz - Clint Eastwood
~~ Bon Jovi - It's My Life
~~ Vertical Horizon - Best I Ever Had

~ Kamera Untuk Dijual ~

..:: KameRa UntuK DiJuaL ::..

kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kamera jenis sony cybershot ini, bolehlah menghubungi saya melalui cara-cara dibawah :-

E-MaiL -
jufrizans@gmail.com
jufrizans@rocketmail.com

HanDFoNe -
013-2294834

.. HaRga BoLeh DiRunDinG KemuDiaN, HarGa miNimum DaRi RM 500.oo, SeBaranG PertanyaaN Boleh CaLL Saya aTauPun MeSej Saya MeLalui NomBoR YanG teLaH Saya BeRikaN, kePaDa YanG MaLu Nak MeSej ataU Call Saya BoleHlaH aNta PerTanYaaN anDa MeLalui E-MaiL SaYa, Okey tq..

~ Pedoman Hidup Nabi Idris ~

Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun. Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :- 1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah memebawa kemenangan. 2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya. 3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahnyangmu. 4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa. 5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah. 6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya. 7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya. 8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

~ Peristiwa 10 Muharram ~

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :- ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya, ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram, Diciptakan lautan pada 10 Muharram, Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram, Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram, Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram, Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram, Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram, Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram, Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram, Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram, Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram, Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram, Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram, Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram, Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram, Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram, Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s., Diciptakan Arasy pada 10 Muharram, Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram, Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram..

~ Lagu Nasyid ~

~ FTG Vs CRomOk ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ FTG - Dendang Remaja
~~ FTG - Aku Tak Peduli
~~ FTG - I Shot The Sherif
~~ CrOmok - I Dont Belong Here
~~ CrOmok - Attractive Enigma
~~ CrOmok - Enough

30 Disember 2008

~ Bulan Muharram ~

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.” Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

~ Lagu Berkumpulan ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ FTG - NeGeRi KitA, ORanG LaiN KaYa
~~ ONe NatiOn EmCees - KenaNGaNku
~~ ButteRFLy - AnGkaSawAN
~~ ONe NatiOn EmCees - Kuda Hitam
~~ PrOject PoP - DangDut MuSic oF My CounTRy
~~ ELLa - Ku MeRinDu

~ Lagu - Lagu ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~ Google Map ~


View Larger Map

~ gunakan Google Map untuk lihat jarak destinasi anda ~

~ Hits Rock Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Red Hot Chili Peppers - Dani California
~~ Audioslave - Like A stone
~~ Coldplay - Yellow
~~ Yellowcard - Only One
~~ Cromok - Another You
~~ FTG - 60 Days In Hell

~ Lagu Duet Mp3 ~

..:: click the title to download songs, tq ::..

~~ Bienda ft. Yasin - Jiwa Sengsara
~~ Bob ft. Stacy - Cinta Khayalan Terhalang
~~ Melly Goelslow ft. Yusry - Di Bius Cinta
~~ Bob KU2 ft. Tajul FTG - Bahalol
~~ Altimet ft. Fabolous Cats - Chantek
~~ Amy ft. Inka Christie - Cinta Kita
~~ Nubhan ft. Stacy - Indera

~ Puasa Pada 10 Muharram ~

Bersempena dengan bulan muharram ini saya persembahkan satu artikel mengenai baiknya bulan muharram ini..

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !"..

28 Disember 2008

~ Tanda - Tanda Kiamat ~

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

Asap, Dajjal, binatang melata di bumi, terbitnya matahari sebelah barat, turunnya Nabi Isa A.S, keluarnya Yakjuj dan Makjuj, gerhana di timur, gerhana di barat, gerhana di jazirah Arab dan keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik. Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

~ Dibinasakan Oleh Hud - Hud ~

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya. Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s. Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.
Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

~ Lirik Lagu Sudirman ~

Pelangi Petang

Ku meniti awan yang berlalu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
kegelapanku

Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinari jua
Membawa harapan yang menggunung
bersamanya..

Ku tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya tapi kan berseri
Cukup menghiburkan hati ini
Seharian waktu bersamanya
Tak terasa saat yang berlalu
Bagaikan pelangi petang Kau kan pasti pergi jua..

~ Lirik Lagu Bunkface - Situasi ~

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
untuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu

engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh?
Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku..

26 Disember 2008

~ Lagu Lawak Yang Best ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Ali Mamak - Joget Dimanalah Jodoh
~~ Jalil Hamid - Sepuluh Budak Hitam
~~ Saiful Apek - Aspalela
~~ ND Lala - Syair Cak Pong
~~ Salih Yaakob - Pisang Panas
~~ Mat Over - Kerabu Pucuk Paku

~ Flash Games ~


~~~~~> snooker games <~~~~~~ ~~~~~> shanghai games <~~~~~
~~~~~> catdog games <~~~~~ ~~~~~> bowling games <~~~~~

~ Kekuasaan Nabi Sulaiman ~

Nabi Sulaiman yang telah berkuasa penuh atas kerajaan Bani Isra'il yang makin meluas dan melebar, Allah telah menundukkan baginya makhluk-makhluk lain, iaitu Jin angin dan burung-burung yang kesemuanya berada di bawah perintahnya melakukan apa yang dikehendakinya dan melaksanakan segala komandonya. Di samping itu Allah memberinya pula suatu kurnia berupa mengalirnya cairan tembaga dari bawah tanah untuk dimanfaatkannya bagi karya pembangunan gedung-gedung, perbuatan piring-piring sebesar kolam air, periuk-periuk yang tetap berada diatas tungku yang dikerjakan oleh pasukan Jin-Nya. Sebagai salah satu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Sulaiman ialah kesanggupan beliau menangkap maksud yang terkandung dalam suara binatang-binatang dan sebaliknya binatang-binatang dapat pula mengerti apa yang ia perintahkan dan ucapkan. Demikianlah maka tatkala Nabi Sulaiman berpergian dalam rombongan kafilah yang besar terdiri dari manusia, jin dan binatang-binatang lain, menuju ke sebuah tempat bernama Asgalan ia melalui sebuah lembah yang disebut lembah semut. Disitu ia mendengar seekor semut berkata kepada kawan-kawannya: "Hai semut-semut, masuklah kamu semuanya ke dalam sarangmu, agar supaya kamu selamat dan tidak menjadi binasa diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya tanpa ia sedar dan sengaja. Nabi Sulaiman tersenyum tertawa mendengar suara semut yang ketakutan itu. Ia memberitahu hal itu kepada para pengikutnya seraya bersyukur kepada Allah atas kurnia-Nya yang menjadikan ia dapat mendengar serta menangkap maksud yang terkandung dalam suara semut itu. Ia merasa takjud bahawa binatang pun mengerti bahawa nabi-nabi Allah tidak akan mengganggu sesuatu makhluk dengan sengaja dan dalam keadaan sedar.

25 Disember 2008

~ Lagu - Lagu ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Alvin & Chipmunks - Christmas Dont Be Late
~~ Rihanna ft. Shotelle - The Hotness
~~ Blink 182 - Im Lost Without You
~~ Tokio Hotel - Monsoon
~~ V.E - Ikhlas Tapi Jauh
~~ Nico - Inilah Nasibku

~ Lawak - Lawak ~

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam...apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh,nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata," Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering"..

~ Bleach Wallpaper on Black ~


~~> click the pic to see more clearly, tq <~~

~ Lagu Baru Lagi ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Ahli Fiqir - Beruk
~~ Bunkface - Situasi
~~ Nakalistik - Perangkap Cinta
~~ Couple - Takkan Pernah Melupakanmu
~~ D'masiv - Diantara Kalian
~~ Suki - Siapa Aku
~~ Couple - Gotta Be My Gurl

~ Orang Gila & Ayam ~

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia?
Doktor : "??$$??"..

~ Image Chef ~

kepada yang nak mewarnai gambar korang dengan contoh gambar macam kat sebelah ni, korang boleh lah layari melalui web page ni:-

~~> http://www.imagechef.com/ <~~

lepas tu, terpulanglah ar kat korang semua nak wat ape dengan gambar korang tu, nak letak kat desktop ke, nak letak kat dalam handfone korang ke, asalkan korang bahagia..peace & merry xmas..

~ Sistem Pemerintahan Malaysia ~

a. Raja Berpelembagaan
- menurut Perlembagaan Persekutuan kuasa pemerintahan terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong. Namun Perdana Menteri dan kabinetnya yang menjalankan kuasa eksekutif atas YDPA. YDPA merupakan lambang perpaduan dan tonggak kekuasaan Malaysia. Baginda mejalankan tugas-tugas simbolik. YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk :-
i. melantik Perdana Menteri
ii. memperkenan atau tidak, permintaan membubarkan Parlimen
iii. menitah utk mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-raja utk membincangkan isu-isu tentang kedudukan, keistimewaan dan kehormatan raja-raja Melayu
iv. Ketua agama bg negeri tidak beraja
v. berkuasa mengisytiharkan darurat jika keselamatan Negara terancam
vi. memperkenan rang undang-undang yg dibuat oleh Parlimen

b. Demokrasi Berparlimen
- maksudnya pemerintahan secara perwakilan
- rakyat melaksanakan pemerintahan negara melalui pemilihan perwakilan dalam pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun.
- ciri demokrasi berparlimen
i. rakyat memilih ahli dewan perwakilan (Dewan Rakyat) dan kemenangan majoriti dalam kerusi Dewan Rakyat oleh parti akan menentukan jawatan Perdana Menteri dalam parti berkenaan.
ii. Kemudian, Perdana Menteri akan melantik jemaah menterinya dpd ahli-ahli dewan Parlimen.

c. Negara Persekutuan
- pentadbiran Negara dibahagikan kepada 3 iaitu peringkat pusat (kerajaan pusat), peringkat negeri (kerajaan negeri) dan peringkat tempatan (kerajaan tempatan).
- kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat dengan 13 buah kerajaan negeri.
- kerajaan pusat memerintah keseluruhan Malaysia melalui pentadbiran di ibu negara Kuala Lumpur. Pentadbiran negeri dibuat oleh kerajaan negeri.
- kerajaan pusat melaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
- kerajaan negeri malaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

24 Disember 2008

~ Latest New Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Coldplay - Viva La Vida
~~ Weezer - Troublemaker
~~ Paramore - Decode
~~ Estelle - American Boy
~~ Darius Rucker - Dont Think I Dont Think
~~ T.I - What Ever You Like
~~ Jimmy Wayne - Do You Believe Me Now

~ 10 Petua Memenangi Hati Wanita ~

Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

~ New English Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Greenday - The Simpson Theme
~~ Justin Timberlake - Magic
~~ Lady Gaga ft. Colby - Just Dance
~~ Beyonce - Single Ladies
~~ Shontelle - Focus On Me
~~ Chamilionaire ft. Ludarics - Creepin Solo (Hot)
~~ Pussy Cats Doll - When I Growing Up

~ Lagu Melayu Baru (UnDerGRounD) ~

..:: click title to download songs, tq ::.

~~ Harmacy - Riuh
~~ Laila Longe - Mawar Khayalan
~~ Nitrus - Sisa
~~ Flop Poppy - Mr. Fantastic
~~ Cap Ayamz - Hidup Satu Pengorbanan
~~ Fabolous Cats - Slot Akasia
~~ Gerhana Ska Cinta - Raja Lawak

~ Bendera Malaysia ~

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan reka bentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuian pada bilangan jalu-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri bagi Persekutuan Malaysia. Percantuman Sarawak, Sabah dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963. walaupun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.

Jalur Gemilang adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamed pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 40. Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih yang menandakan keanggotaan dalam 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan ( WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya ). Bahagian yang berwarna biru tua diatas sebelah kiri membawa hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan mengandungi anak bulan , tanda agama Islam. Bintang pecah 14 bermaksud perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

23 Disember 2008

~ Perlembagaan Malaysia ~

Ideologi Negara
mengukuh perpaduan, memelihara cara hidup yang demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai, membina masyarakat progresif yang akan mengunakan sains dan teknologi.

22 Disember 2008

~ Latest Hits Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Avril Lavigne - All You Will Never Know
~~ Rihanna - Disturbia
~~ Metro Station - Shake It
~~ Katy Perry- Hot 'N' Cold
~~ Saving Abel - Addicted
~~ Beyonce - If I Were A Boy

~ Most Hitz Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Fall Out Boy - Beat It
~~ Linkin Park - Leave Out All the Rest
~~ Justin Timberlake - Summer Love
~~ David Archuleta - Crush
~~ Florida Ft Will I Am - In The Ayer
~~ Jason Mraz - I'm Yours
~~ Joe Flizzow - Do It Duit

~ Windows Tips ~

Memilih File
Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file.

Untuk menghentikan "downloading web page
"Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.

Pintasan ke 'Start'
Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.

Shut down
Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4atau kekunci window + U + U.

Fungsi kekunci F11
Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.

~ Hits Updated Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Britney Spears - Womanizer
~~ Ashlee Simpson - Boyfriend
~~ Avril Lavigne - Fall To Pieces
~~ Jamelia - Superstar
~~ Lee Aan Rimes - Cant Fight The Moon Light
~~ Chris Daughtry - Its Not Over
~~ Aerosmith - I Don't Want To Miss A Thing

~ Mix Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Kyo - Suh Reun Bum Jeum (Ost My Girl)
~~ Tatu - Gomenasai
~~ Pascal Machalani - Ya Teir Al Garam
~~ Laura Pausini - Situ Mel Faltas
~~ Ozone - Dragostea Din Tei
~~ Juanes - La Camisa Negra
~~ Alka Yagnit - Har Dil Jo Pyar Karega

20 Disember 2008

~ Rahsia Kurma Madinah ~

Ketika Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik. Musim kurma hampir tiba dan masa itu musim panas yang terik sedang melanda, sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki sangat minimum, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabatnya r.ahum. tetap berangkat. Diwaktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat r.ahum. agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut. Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat r.ahum. tetapi isteri para sahabat r.huma. pun tidak luput dari hasutan mereka. Mereka para munafiqin itu berkata, "suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja". Istri-istri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Pada masa itu Rasulullah SAW dan para sahabat r.ahum. dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, panen mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.ahum. tidak mendapatkan kerugian sedikit pun. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.

19 Disember 2008

~ Bangunan Yang Tidak Rosak ~

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja. "Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja."Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?""Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka."Segera katakan apakah itu." Desak raja."Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

~ New Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Will.I.Am - I Like To Move It (ziddu-share)
~~ Will.I.Am - I Like To Move It (easy-Share)
~~ Soulja Boys - Kiss Me Thru The Phone
~~ Nickelback - Gotta Be Somebody
~~ Ungu - Aku Bukan Pilihan Hatiku
~~ Nidja - Laskar Pelangi
~~ Adam - Benar-benar (easy-share)
~~ Adam - Benar-benar (ziddu share)
~~ Yusri - Hari Ini

~ Agama Dajjal ~

Ada sebuah Hadits yang menerangkan bahwa kaum Yahudi akan menyertai Dajjal. Dari Hadits ini orang menyangka bahwa Dajjal akan memeluk agama Yahudi. Akan tetapi Al-Qur'an menerangkan seterang-terangnya bahwa bangsa Dajjal mengakukan Allah mempunyai anak laki-laki. Oleh sebab itu tak ragu-ragu lagi bahwa bangsa Dajjal adalah bangsa Nasrani. Kelak akan kami terangkan apakah yang dimaksud kaum Yahudi menyertai Dajjal. Bahkan kaum Yahudi akan menyertai Dajjal tidaklah berarti bahwa Dajjal adalah kaum Yahudi. Karena jika berarti demikian, bagaimanakah arti Hadits lain yang menerangkan bahwa sebagian ummat Nabi Muhammad akan mengikuti Dajjal dan menjadi korban tipu-muslihatnya. Adapun Hadits itu berbunyi sbb :
"Tujuh puluh ribu ummatku akan mengikuti Dajjal" (Misykat, ha1.477)
Sebagaimana telah kami terangkan, julukan Masihid-Dajjal itu menunjukkan, bahwa bangsa Dajjal akan mengaku sebagai pengikut Masih-'Isa. Hal ini diterangkan sejelas-jelasnya dalam Hadits Tamim Dari tersebut di atas. Isyarat supaya mengunjungi orang yang berada di dalam Gereja itu seperti yang diterangkan dalam Hadits Tamim Dari, adalah penting sekali artinya. Sudah terang bahwa Gereja adalah simbul agama Nasrani, dan raksasa yang menyimbulkan ummat yang terdapat dalam Gereja itu tiada lain ialah ummat Nasrani. Adapun Jassasah (mata-mata Dajjal) hanya mempunyai satu tugas, yaitu, menganjurkan supaya orang-orang pergi ke Gereja, artinya, supaya menjadi orang Kristen. Berikut ini adalah ucapan Jassasah yang sebenarnya: "Gereja yang kamu lihat itu, masuklah ke dalam".

~ Kerja Kosong - Jobmalaysia ~

..:: klik link untuk download jawatan kosong dan cara-cara untuk memohon :..

~~> Jawatan Kosong KSM
~~> Cara-cara Memohon

~ Naruto & Slam Dunk Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Flow - Go
~~ Nobodyknows+ - Heroes Comes Back
~~ Stance Punks - No Boy, No Cry
~~ Orange Range - Viva Rock
~~ Slam Dunk - Opening Songs

~ Rasullallah SAW & Yahudi Buta ~

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

~ Al -Quran Sebagai Pembela ~

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

18 Disember 2008

~ Kelebihan Ayat Kursi ~

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung.
Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman. Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

~ Tribute To A.C.A.B ~

..:: click the title to download songs, tq ::..

~~ Root N Boot - Unite & Fight
~~ United Kids Of Oi - Freedom & Justice
~~ The Mister - A.C.A.B
~~ The Merc - Born To Be Skins
~~ The Bois - Racial Hatred
~~ Steeltoe Solution - Skinheads For Life

~ Orang Yang Paling Berani ~

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?" Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin." Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."
"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuhorang yang bertuhankan Allah ?" Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."

~ Metallica Vs System Of A Down ~

..:: click the title to download songs, tq ::..

~~ Metallica - Enter Sandman
~~ Metallica - Nothing Else Matter
~~ Metallica - Sad But True
~~ System Of A Down - Chop Suey
~~ System Of A Down - B.Y.O.B
~~ System Of A Down - Hypnotize

~ Art of Design ~





..:: click wallpaper to enlarge it and right click to save, tq ::..

16 Disember 2008

~ Lagu Dangdut ~

..:: klik tajuk lagu untuk muaturun, tq ::..

~~ Inul Daratista - Kocok Kocok
~~ Hetty Koes Endang - Kuda Hitam
~~ Elvy Sukasesh - Cubit Cubitan
~~ Nini Carlina - Kalau Bulan Bisa Ngomong
~~ Emilia Cortessa - Penasaran

~ Hunting Lesson ~

One morning, a father and his young son were in the forest huntingrabbits. After about an hour, they finally came across some rabbittracks. In between the tracks, there were these little round brownpellets, and the son said to his father, "Dad, what are those?"
The father replied, "Those are smart pills. Try a couple." So the kidgrabbed a couple of them and put them in his mouth. The boy made a funnyface and said to his dad, "Ewww! Yuk! They taste like s**t."The father replied, "See, you're getting smarter already."

~ Lagu Dangdut Klasik ~

..:: klik tajuk lagu untuk muaturun, tq ::..

~~ Ade Putra - Si Jantung Hati
~~ Fahmy Shahab - Kopi Dangdut
~~ Arie Wibowo - Madu Dan Racun
~~ Farid Hardja - Aku Rindu
~~ Iwan - Yang Sedang-Sedang Saja
~~ Jamal Mirdad - Yang Penting Heppi

~ Pahala Sebanyak Bintang Di Langit ~

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan istrinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada istrinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah istriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat..

~ Classic Hits Songs ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Bob Marley - No Women No cry
~~ Ben. E. King - Stand By Me
~~ Ace Of Base - All That She Want
~~ Bryan Adams - When You Are Gone
~~ The Police - Every Breath You Take
~~ Roy Orbison - Pretty Woman

~ Tangan Di Potong Kerana Sedekah ~

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina. Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya. Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri." Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

~ Lagu Nasyid ~

..:: klik tajuk lagu untuk muaturun, tq ::..

~~ Hijjaz - Sifat Mahmudah
~~ Al Jawaher- Kembara Di Tanah Gersang
~~ Raihan - Puji-pujian
~~ Hadad Alwi - Asma Ul Husna
~~ Inteam - Kasih Kekasih
~~ Hijjaz - Sumayyah

~ Penghuni Kamar Syurga ~

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat."Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

~ Kelebihan Umat Nabi Muhamad ~

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

~ Erti Dajjal & Ya' juj Wa Maj' juj ~

Dajjal disebutkan berulang-ulang dalam Hadits, sedangkan Ya'juj wa-Ma'juj bukan saja disebutkan dalam Hadits, melainkan pula dalam Al-Qur'an. Dan kemunculannya yang kedua kalinya ini dihubungkan dengan turunnya Al-Masih.

Kata Dajjal berasal dari kata dajala, artinya, menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-'Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal. Menurut suatu pendapat, ia disebut Dajjal karena ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat lainnya mengatakan, karena ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar. Pendapat ketiga mengatakan, karena ia menutupi manusia dengan kekafiran. Keempat, karena ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.

Pendapat lain mengatakan, bahwa Dajjal itu bangsa yang menyebarkan barang dagangannya ke seluruh dunia, artinya, menutupi dunia dengan barang dagangannya. Ada juga pendapat yang mengatakan, bahwa ia dijuluki Dajjal karena mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya, artinya, ia menutupi maksud yang sebenarnya dengan kata-kata palsu.

Kata Ya'juj dan Ma juj berasal dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaf'ul; kata ajij artinya nyala api. Tetapi kata ajja berarti pula asra'a, maknanya berjalan cepat. Itulah makna yang tertera dalam kamus Lisanul-'Arab. Ya'juj wa-Ma'juj dapat pula diibaratkan sebagai api menyala dan air bergelombang, karena hebatnya gerakan.

15 Disember 2008

~ Underground Songs ~

..:: click title to download the songs, tq ::..

~~ Redline - Shizuka
~~ Corumn80's - Oh Reena
~~ Force Vomit - Siti
~~ Sky Juice Coffee - Belaian Jiwa Punk Rock
~~ Sil Khannaz - Santapan Terakhir Raja Bersiong
~~ Punk Ska Covers - Uptown Girl

~ Hikmah Membaca Bismillah ~

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

~ Rock Legend Songs III ~

..:: click title to download songs, tq ::..

~~ Nirvana - Smell Like Teen Spirits
~~ Metallica - Ride The Lightning
~~ Megadeath - Ride The Fire
~~ Pearl Jam - Last Kiss
~~ Oasis - Stand By Me
~~ Jet - Are You Gonna Be My Girl

~ Pahlawan Neraka ~

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka. "Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka. "Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

~ Rock Legend Songs II ~

..:: click title to download the songs, tq ::..

~~ Deep Purple - Knocking At Your Back Door
~~ Metallica - Seek & Destroy
~~ Nirvana - The Man Who Sold The World
~~ Queen - We Are The Champion
~~ Scorpion - Wind Of Change
~~ Slipknot - Left Behind

~ Kisah Ngeri Seorang Doktor ~

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi.Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."Tu la masalahnya..

~ Rock Legend Songs I ~

..:: click the title to download songs, tq ::..

~~ Dio - Temple Of The King
~~ Megadeath - Countdown To Extension
~~ Iron Maiden - Be Quick Or Be Dead
~~ Eagles - Hotel California
~~ Guns & Roses - Sweet Child O 'Mine