Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.
Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu, cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan.
Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan e-mel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini..WALLAHUALAM..
p/s: ini adalah artikel yang saya terima. Kesahihannya tidak pula diketahui..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan