wah..lambat ar plak nak wat sambutan sempena hari kemerdekaan yang ke 55 tahun ni..nak kata sibuk sangat pun tak gak, tapi xtau ar rasa macam dah malas2 nak update plak blog ni..almaklumlah..mungkin sibuk dok pindah dan punggah barang sebab nak pindah balik ke home town minggu lepas kot..mungkin mungkin mungkin (sila sebut seperti sebutan upin ipin yer)..
cuma aku sikit kecewa dengan sambutan merdeka tahun ni yang banyak dipolitikkan dengan frasa-frasa dan gaya sambutan bermula dari logo, motto dan cara kreativiti dan pembuatan logo kemerdekaan tersebut..persoalannya kenapa perkara ni dipolitikkan?..dan kenapa sambutan ni tidak disambut seperti kebiasaanya..tiada lagi siaran langsung perkiraan atau countdown hari kemerdekaan yang biasanya dibuat setiap kali hari kemerdekaan..
kemerdekaan sepatutnya dihayati dengan penuh semangat patriotik dan semangat cintakan negara yang tinggi..kita kena bersatu kerana mungkin kita sudah merdeka dari segi penjajahan dan peperangan bersenjata, namun adakah kita sedar kini kita masih dijajah secara halus oleh pihak pihak tertentu tanpa kita sedari dan ada yang dijajah dengan kerelaan diri sendiri..contohnya kita lagi suka mengagungkan sukan bola sepak EPL daripada liga bolasepak EPM dan menyokong pasukan EPL melebihi pasukan EPM, walhal kita tau negara tersebutlah yang telah menjajah tanah air kita sebelum kita diberi kemerdekaan..
bukan menidakkan sumbangan pihak penjajah, namun kita sudah merdeka, kenapa masih mengagungkan dan menyokong mereka?mungkin ada yang akan mengkritik saya apabila saya memberikan pandangan dan pendapat sebegini..saya cuma ingin mengingatkan sahabat-sahabat saya diluar sana, untuk mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki kini lebih sukar daripada untuk mendapatkan kemerdekaan itu sendiri..jangan jadikan kemerdekaan ini hanya satu sambutan di mulut semata-mata, tetapi sematkan dalam hati kita, negara kita hak kita, bukan perkara yang boleh dihinjak-hinjak..
jangan politikkan isu kemerdekaan..jadilah bangsa merdeka yang cemerlang dan hebat..biarlah negara lain mencontohi kita kerana kebijaksanaan kita menguruskan negara, bukannya dijadikan contoh sebagai sebuah negara yang gagal di pentas antarabangsa..salam kemerdekaan dari saya..merdeka!!merdeka!!merdeka!!
2 ulasan:
Well well well..
Memang pun I disagree dalam certain perkara berkaitan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.
Kepada anda yang beragama Islam, kenapa nak rasa x seronok sebab tak de countdown pada tahun ini? Alangkah baiknya kalau countdown tu digantikan dengan majlis bacaan yaasin bagi meraikan kemerdekaan yang dan mensyukuri kurniaan keamanan setelah 55 tahun negara kita Merdeka.
Sememangnya kita perlu berbangga dengan produk hasilan negara sendiri. Tapi terfikirkah anda siapakah penyokong kuat pasukan Manchester United di EPL? Ya, tak lain tak bukan bapak Perdana Menteri Malaysia (saya yakin) yang anda amat kasihi. Beliau amat 'menepati janji' dalam memberikan sokongan kepada MU.
Jadi, bukalah mata dan bebaskanlah minda agar anda jelas mengapa dipolitikkan isu sambutan kemerdekaan negara pada tahun ini. Saya bukannya penyokong perjuangan 'Sang Saka' mahupun sesiapa yang menjadi pilihan anda. Saya adalah rakyat biasa yang merdeka cuma mengutarakan idea.
'hahaha'..saya agak terkesima apabila anda mengunakan perkataan dan dengan yakinnya 'perdana menteri malaysia yang anda amat kasihi'sebagai perumpamaan..saya telah buka mata dan minda ar jadi saya mengutarakan perkara ini..yang saya maksudkan adalah org diluar sana yang masih dibobrokkan dengan istilah 'janji ditepati' senmpena kemerdekaan yang ke 55 baru-baru ini..apa pun idea, pendapat dan komen anda adalah hak anda..kita berada dalam negara yang mengamalkan 'demokrasi ala malaysia', jadi tak salah memberikan pandangan..
Catat Ulasan