Play Crypto Mining Game

24 Disember 2008

~ Bendera Malaysia ~

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan reka bentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuian pada bilangan jalu-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri bagi Persekutuan Malaysia. Percantuman Sarawak, Sabah dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963. walaupun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.

Jalur Gemilang adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamed pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 40. Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih yang menandakan keanggotaan dalam 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan ( WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya ). Bahagian yang berwarna biru tua diatas sebelah kiri membawa hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan mengandungi anak bulan , tanda agama Islam. Bintang pecah 14 bermaksud perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Tiada ulasan: