10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :- ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya, ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram, Diciptakan lautan pada 10 Muharram, Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram, Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram, Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram, Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram, Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram, Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram, Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram, Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram, Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram, Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram, Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram, Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram, Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram, Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram, Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s., Diciptakan Arasy pada 10 Muharram, Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram, Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan