Malam Jumaat yang penuh kemuliaan untuk umat Islam semakin dicemari. Daripada momokan mitos, cereka layar panggung hinggalah ke kaca televisyen, sentimen malam Jumaat sering disalah ertikan. Malam barakah yang sepatutnya dihiasi dengan amal ibadah, yasin dan tahlil, tampak lebih mesra di kalangan umat Islam khususnya Melayu sebagai malam yang seram lagi menakutkan. Bergenerasi lamanya mungkin datuk, nenek kita telah menjadikan cerita-cerita seram berkaitan malam Jumaat ini sebagai mekanisme untuk menakut-nakutkan kita yang nakal semasa kecil dulu. Sedar atau tidak, cerita-cerita ini semakin mengakar dalam hidup orang Melayu, hatta hendak melintas pokok besar pun masih hendak meminta izin pada 'datuk' yang menjaganya. Syarikat-syarikat produksi filem yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita 'hantu' dan seram kepada syarikat televisyen perdana juga menyumbang kepada budaya negatif ini.Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada 'penghayatan' cerita ini, sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat 'misteri' bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan melalaikan.
Bacaan selanjutnya :~~ http://tintapermata.blogspot.com/ ~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan