Play Crypto Mining Game

08 Disember 2008

~ Adat Perkahwinan Dahulu Kala ~

PERKAHWINAN merupakan majlis penting dalam masyarakat Melayu. Upacaranya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama, merisik, meminang serta menghantar belanja. Peringkat kedua, akad nikah dan berinai. Peringkat ketiga, hari langsung atau hari bersanding, berarak dan bersanding serta sambut menantu. Walaubagaimanpun pada dasarnya adat perkahwinan orang Melayu nampak sama, tetapi sebenarnya berbeza-beza mengikut adat negeri masing-masing.

ADAT MERISIK
Bagi upacara merisik wakil dari pihak lelaki akan pergi ke rumah si gadis untuk membuang-buang cakap. Kedatangan ini tidak rasmi. Ia lebih mirip menziarahi kawan atau jiran. Sambil menghadapi juadah, disindirkan sedikit hasrat kunjungan itu. Ini untuk meninjau-ninjau lebih dahulu tindak balas ibu bapa si gadis. Biasanya pada ketika ini ibu bapa si gadis tidak mahu berjanji apa-apa. Sekembalinya pihak teruna, kedua-dua belah pihak ini akan menyiasat latar belakang masing-masing. Jika ada cacat celanya atau sesuatu yang tidak berkenan mana-mana pihak boleh menolak atau berundur.

ADAT MEMINANG
Setelah kedua belah pihak bersetuju menerima risikan awal tadi, masing-masing akan membuat persediaan secara rasmi. Saudara-mara masing-masing dibawa berunding dan wakil pihak lelaki akan berkunjung sekali lagi ke rumah si gadis. Kali ini masa dan hari ditetapkan terlebih dahulu.

AKAD NIKAH
Sebelum akad nikah dijalankan, imam biasanya akan mcngingatkan si teruna kepada hal-hal keagamaan dan tanggungjawab yang bakal dihadapi sebagai suami mengikut lunas-lunas Islam. Ini termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadat, menuturkan rukun Islam dan rukun lman. Selepas upacara akad nikah, pengantin lelaki akan bersalin pakaian untuk turut serta dalam adat berinai besar.

Tiada ulasan: