Play Crypto Mining Game
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

09 Mei 2012

~ Euro 2012 ~

..peminat peminat bola sepak akan mula menghitun hari demi hari menantikan perlawanan penuh debar pasukan pasukan eropah berentap dalam kejohanan euro 2012 yang akan dilangsungkan di ukraine dan poland pada bulan jun ini..















..kebanyakkan peminat bolasepak rata rata telah membeli jersi dan pakaian sukan untuk pasukan kegemaran masing masing sebelum berlangsungnya perlawanan ini..bahang perlawanan ini telah dirasai tatkala semua pertandingan dan perlawanan bola sepak di eropah akan berakhir dalam seminggu dua ini sebelum bermulanya euro 2012 pada awal jun nanti..

















..maskot perlawanan ini sangat unik dimana dilihat dua pemain yang memakai baju pasukan penganjur iaitu poland dan ukraine bagi melihat kerjasama diantara kedua-dua negara yang menjadi penganjur bersama bagi edisi euro 2012..















..terdapat 16 pasukan yang bertanding pada kejohanan euro edisi 2012 ini selain tuan rumah poland dan ukraine..juara edisi yang lepas sepanyol berada di group c bersama itali, ireland dan croatia..rasanya tiada masalah bg sepanyol untuk menjadi peneraju bagi group ini..group a pula nampak lebih terbuka jika dibanding group b, c dan d..

















..adakah sepanyol mampu mepertahankan kejuaraan yang dimenanginya sebelum ini, atau mungkinkah akan ada kejutan..sama samalah kita nantikannya..kalau boleh nak tengok england lawan jerman di final..hahaha..baru mantop..bundesliga vs epl..terbaik!!

07 April 2012

~ Fleet Malaysia Sport Center ~

..bermacam macam jenama sukan yang ada kat pasaran antarabangsa dewasa kini..namun aku masih setia dengan jenama fleet..


..fleet bukan sahaja tertumpu pada pakaian sukan sahaja, namun terdapat juga aksesori lain di atas jenama fleet ni, seperti raket badminton, raket tennis, kasut sukan, pakaian, topi, dan sebagainya lagi..


..mungkin kita dah biasa disogokkan dengan jenama jenama yang besar seperti yonex, nike, puma, adidas, li ning, fila dan lain lain lagi..


..kepada yang berminat dengan jenama fleet ini bolehlah melawat laman web fleet ini di link ini : fleetmalaysia

04 April 2012

~ Servis S @ S Serve ~

..misbun sidek, rahman sidek, jailani sidek, razif sidek dan rashid sidek merupakan adik beradik yang sangat disegani dalam sukan badminton..kisah mereka telah dibukukan dan dianimasikan dalam cerita anak anak sidek tidak lama dahulu..sedikit sebanyak menunjukkan betapa sidek telah menerapkan semangat bermain badminton dikala anak anaknya masih kecil..


..anak anak sidek ini bukan sahaja pandai bermain badminton malahan telah mencipta satu fenomena baru dalam dunia badminton iaitu mencipta satu servis yang dkenali dengan nama sidek serve @ servis s yang digunakan mereka pada awal tahun 1980'an..contoh servis s ada dalam link video ini..servis sidek @ sidek serve..


sila rujuk link ini untuk lebih info : arkibnegara.blogspot.com

01 April 2012

~ Axiata Cup Result ~

..arghhh..kecewa sial..malaysia leopard lauk, malaysia tiger kene ratah..dah sah ar final axiata cup tu indonesia garuda lwn indonesia rajawali..



..kurang pengalaman, tidak boleh menyerap tekanan, kawalan gelanggang yang kurang baik, kekuatan mental yang masih lemah dan masih tidak cukup kreatif bila bermain..dari segi permainan, skill dan stamina sudah setara dengan pemain pemain di ranking di atas..


..pemain pelapis negara seperti misbun ramadan misbun, zulfadli zulkifle dan iskandar zulkarnain perlu diberi lebih banyak pertandingan peringkat antarabangsa kerana dari segi mutu semangat, skill, kekuatan, stamina dan kawalan gelanggang sudah berada pada tahap yang baik cuma perlu digilap supaya menjadi lebih mantap..




..persoalan yang timbul siapa bakal menggantikan lee chong wei dan hafiz hashim selepas ini? liew daren kah? mohd arif latif kah? permainan liew daren dilihat agak kurang stabil, mudah pressure, agak gopoh dan sering kali melakukan kesalahan yang 'bodoh'..arif pula dilihat masih perlu banyak diperbaiki..mutu permainan sudah ada, tinggal lagi kurang pendedahan di peringkat antarabangsa sahaja..jadi adakah liew daren layak menjadi pemain perseorangan kedua negara selepas lee chong wei oleh kerana ranking semata-mata?rasa mungkin tidak..tidak menghairankan satu ketika nanti iskandar zulkarnain, zulfadli atau misbun ramadan bakal mengambil alih pemain perseorangan kedua negara selepas lee chong wei..





..apepun axiata cup ni telah memberi peluang kepada pemain muda untuk membuktikan keupayaan masing masing di peringkat antarabangsa..BAM perlu banyak memberi pendedahan sebegini supaya negara tidak ketandusan pemain pelapis pada masa hadapan..tahniah kepada indonesia kerana telah layak ke final..kepada team malaysia harap pertandingan ini membuka mata banyak pihak yang betapa pemain pelapis negara sudah cukup matang untuk bermain diperingkat antarabangsa..berikan mereka masa, berikan mereka lebih peluang dan pertandingan, dan hasilnya kita akan lihat dalam masa terdekat nanti..come on malaysia..dont give up..

31 Mac 2012

~ Axiata Cup 2012 ~


..kecewa..kecewa giler dengan malaysia leopard arinih..main badminton mcm main2 jer..ade ape hal !!anak misbun xmenjadi, bergu nmpak sgt kurang pengalaman, tp yg paling teruk sekali si zulfadli..aku memang xleh terima cara dia main tadi..langsung xder spirit, mcm 'spirit of the coin' tu langsung.. come on malaysia, u are better than this..come on guys..really hope some miracle happen tommorow!! go malaysia go !! lu org ade ape hal !!