..arghhh..kecewa sial..malaysia leopard lauk, malaysia tiger kene ratah..dah sah ar final axiata cup tu indonesia garuda lwn indonesia rajawali..
..kurang pengalaman, tidak boleh menyerap tekanan, kawalan gelanggang yang kurang baik, kekuatan mental yang masih lemah dan masih tidak cukup kreatif bila bermain..dari segi permainan, skill dan stamina sudah setara dengan pemain pemain di ranking di atas..
..pemain pelapis negara seperti misbun ramadan misbun, zulfadli zulkifle dan iskandar zulkarnain perlu diberi lebih banyak pertandingan peringkat antarabangsa kerana dari segi mutu semangat, skill, kekuatan, stamina dan kawalan gelanggang sudah berada pada tahap yang baik cuma perlu digilap supaya menjadi lebih mantap..
..persoalan yang timbul siapa bakal menggantikan lee chong wei dan hafiz hashim selepas ini? liew daren kah? mohd arif latif kah? permainan liew daren dilihat agak kurang stabil, mudah pressure, agak gopoh dan sering kali melakukan kesalahan yang 'bodoh'..arif pula dilihat masih perlu banyak diperbaiki..mutu permainan sudah ada, tinggal lagi kurang pendedahan di peringkat antarabangsa sahaja..jadi adakah liew daren layak menjadi pemain perseorangan kedua negara selepas lee chong wei oleh kerana ranking semata-mata?rasa mungkin tidak..tidak menghairankan satu ketika nanti iskandar zulkarnain, zulfadli atau misbun ramadan bakal mengambil alih pemain perseorangan kedua negara selepas lee chong wei..
..apepun axiata cup ni telah memberi peluang kepada pemain muda untuk membuktikan keupayaan masing masing di peringkat antarabangsa..BAM perlu banyak memberi pendedahan sebegini supaya negara tidak ketandusan pemain pelapis pada masa hadapan..tahniah kepada indonesia kerana telah layak ke final..kepada team malaysia harap pertandingan ini membuka mata banyak pihak yang betapa pemain pelapis negara sudah cukup matang untuk bermain diperingkat antarabangsa..berikan mereka masa, berikan mereka lebih peluang dan pertandingan, dan hasilnya kita akan lihat dalam masa terdekat nanti..come on malaysia..dont give up..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan