02 September 2011

~ Hari Raya 2011 ~

hello hello hello..tup tup tup..tetibe je sedar yang bulan ramadhan dan berlalu pergi, aku plak bleh terbangun kunun kunun nak bersahur..ape cer..ni ar hikmahnya bulan ramadhan, bahang bulan puasa tu masih ada mcm segan segan nak makan depan orang, segan segan nak minum sebabnya ingatkan ni masih bulan puasa..huhuhuhu..

tapi bila dah sedar je ni bulan syawal, trus melantak tak hengat..lepas satu satu..lepas satu dua..tiga..empat dan seterusnya..agendanya makan makan makan..itu jer..berat badan yang turun 5 kilo bulan lepas tu trus naik 6 kilo..ape kes..macam haram jer..dah letih letih nk turunkan berat badan, senang senang je naik balik..

apepun raya kali ni best..sebab aku dapat beraya dengan isteri aku, anak aku yg semakin montel, adik beradik aku, adik beradik sepupu aku, adik beradik sebelah isteri aku, senang citer dengan semua orang ar..anak yg montel tu senang senang je kumpul duit raya 3rat 4rat..hebat hebat..best kan jadik budak budak..dah besor ni kompem ar bagi duit raya ke budak budak..yg tak malu nak duit raya pun ada..ade ke patut..

apepun dikesempayan ini aku nak berpantun sikit :-

bulan ramadhan bulan puasa,
ada berpuasa ada yang berbuka,
sudah sebulan kita berpuasa,
sudah tiba untuk beraya.

anak pak mat berjalan kaki,
berjalan kaki dengan suraya,
dulu bujang sekarang berlaki,
dulu puasa sekarang raya.

akhir kalam, aku ucapkan selamat hari raya idilfitri kepada pengunjung blog oneforall, sahabat sahabat, kenalan kenalan, pelawat pelawat, saudara mara, kawan kawan, sepupu sepapat, sesiapa sahaja dimuka bumi ini dengan ucapan sekiranya ada perkara yang menyinggung hati dan perasaan korang, aku mohon ampun dan maaf..assalammualaikum wbt..

Tiada ulasan: