Play Crypto Mining Game

19 September 2011

~ Man. United Vs Chelsea ~

Pertembungan dua gergasi bolasepak ini dalam liga perda inggeris malam tadi menunjukkan betapa kedua-dua pasukan mahukan kemenangan..pemain pemain kedua dua pasukan tampak ghairah mahu menjaringkan gol untuk kelab masing masing. Pertembungan kedua dua pasukan ini memang sudah dijangkakan akan berlangsung sengit memandangkan kedua dua pasukan ini belum tertewas pada awal musim ini.

Namun, kira kira permainan baru berlangsung 8 minit Manchester United atau lebih sinonim dengan gelaran The Red Devil menjaringkan gol awal melalui Chris Smalling. Apepun perlawanan berlangsung sengit dan kedua dua pasukan mepamerkan aksi yang menarik dan sering berbalas serangan.

Dua watak utama bagi kedua dua pasukan ini ialah Fernando Torres dari The Blues dan Wayne Rooney dari The Red Devil. Fernando Torres mempamerkan peningkatan aksinya dalam perlawanan ini manakala Rooney masih mengekalkan tahap permainan terbaiknya pada separuh masa pertama. namun, semuanya berubah pada masa kedua, dimana Torres berjaya menjaringkan gol awal dengan jaringan yang memang cantik, namun kemudiannya mula tenggelam walaupun bermain dengan baik. Begitu juga dengan Rooney, setelah gagal menjaringkan sepakan penalti akibat tergelincir, konsistensi pemain ini juga mula turun dan tidak menampakkan sebarang peningkatan permainan selepas itu.

Apepun, The Red Devil dikemuncak liga, manakala Chelsea masih mengikuti rapat walaupun tewas pada The Red Devil. Secara keseluruhannya, kedua dua pasukan bermain baik, namun gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk menggandakan jaringan bagi kelab masing masing. Hopefully, Man. United akan membaiki permainannya..Glory Glory Man. United..

Tiada ulasan: