kadang kadang aku dengar ada lelaki yang baik, ada lelaki yang macam jahanam, ada perempuan yang baik, ada perempuan yang macam haram..senang citer karenah orang ni macam macam..seorang lelaki yang belum berkahwin kita panggil dia bujang atau anak teruna, so bila dah kawen dah kompom dah jadi laki orang..
dalam menempuh kehidupan sebagai laki orang atau suami orang ni dah semestinya perangai masa bujang dulu kena buang jauh jauh..kerana bila dah berumahtangga maka tabiat tabiat yang buruk hendaklah ditolak tepi..bukan apa dulu takder orang yang tegur masa kita hidup membujang, bila dah kawen kompem akan ada orang yang akan pantau perilaku kita tak lain tak bukan isteri kita..
so, kepada kawan kawan yang sudah berumahtangga selamat mengharung erti sebuah kehidupan bersama sama dengan pasangan masing masing dan kepada sahabat dan kenalan yang masih belum berumahtangga cepat cepatlah berkahwin kerana kita melengkap satu sama yang lain..tiada manusia yang sempurna di dunia ini cuma yang sempurna adalah kejadian tuhan yang menjadikan kita..wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan