Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hari ni saya nak memberikan sedikit tips-tips temuduga kepada pencari kerja diluar sana yang masih tercari cari teknik dan cara yang betul sebelum menghadiri atau menghadapi temuduga. Perkara pertama yang perlu kita tahu mengenai temuduga adalah tujuannya. Tujuan sesuatu temuduga itu dilakukan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :-
- Kemasukan Ke Universiti
- Program Latihan
- Permohonan Biasiswa
- Permohonan Pekerjaan
Namun begitu, tumpuan utama adalah untuk tujuan permohonan pekerjaan, tidak kiralah untuk sektor awam, badan berkanun, swasta mahupun badan persendirian. Setelah mengetahui tujuan sesuatu temuduga itu dijalankan, perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah kepentingan temuduga itu sendiri. Diantara kepentingan temuduga ialah :-
- Peluang Untuk Menonjolkan Diri
- Penampilan Diri Yang Berkesan
- Meyakinkan Panel Temuduga Mengenai Kelebihan Diri
- Membuktikan Kepada Panel Kredibiliti Diri
Dalam masa kita menyiapkan diri untuk menghadiri temuduga, terdapat tatacara atau perkara perkara yang perlu diambil kira sebelum menghadiri sesuatu temuduga iaitu :-
- Borang Permohonan Jawatan
- Surat Permohonan Jawatan
- Resume, Biodata Diri Atau Curricular Vitae
- Sijil Pelajaran, Sijil Komputer & Sijil Kegiatan Luar
Kita juga harus mengetahui serba sedikit bentuk bentuk temuduga yang bakal dilaksanakan kerana setiap temuduga yang dihadiri adalah berbeza beza bergantung kepada latar belakang organisasi, penjawatan, pengisian, lokasi dan panel temuduga itu sendiri. Bentuk bentuk temuduga contohnya adalah :-
- Temuduga Secara Lisan
- Temuduga Secara Bertulis
- Temuduga Bersiri
- Temuduga Secara Perseorangan
- Temuduga Secara Berkumpulan
- Temuduga Program Mentor Mentee
Penumpuan seterusnya akan saya sambung pada Tips Menghadiri Temuduga II yang akan menjurus kepada bahagian persiapan diri & penampilan berpakaian, persediaan & persiapan awal temuduga, dan juga perkara perkara yang perlu dielakkan semasa menghadiri temuduga. Diharap coretan serba sedikit ini dapat membantu sahabat sahabat diluar sana memahami konsep sebenar temuduga. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau soalan sila berikan komen anda dalam ruangan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan