Play Crypto Mining Game

15 Mac 2011

~ Lee Chong Wei ~

..siapa yang tidak mengenali ikon badminton ini, namanya cukup gah dipersada antarabangsa dek kemenanganya yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain dewasa ini..namun, seteru utamanya yang berasal dari negara china, yang tidak kurang juga kehebatannya iaitu lin dan adalah salah seorang yang mampu mengugat kedudukan lee chong wei dalam arena badminton ini..kelibatnya membayangi kehebatan lee chong wei, skillnya juga boleh memperdayakan pihak lawan dan smash tangan kirinya tidak boleh dinafikan..namun kekalahannya pada lee chong wei pada perlawanan akhir all england yang berlangsung beberapa hari lalu masih segar di ingatan peminat dan pencinta badminton tanah air..lihat sahajalah bagaimana tenangnya lee chong wei bermain dan menewaskan lin dan malam tu..secara peribadinya game tersebut adalah perlawanan terbaik yang pernah dilihat bila pertembungan kedua-dua pemain ini bertemu..sokongan dari penyokong yg rata-ratanya adalah pelajar di england yang memberikan sokongan padu pada lee chong wei, tidak kurang juga yang bersekang mata menunggu perlawanan epik ini di kaca televisyen malaysia..tahniah lee chong wei..kekalkan momentum sediada dan selamat maju jaya..tahniah, malaysia boleh!!

Tiada ulasan: