..Wanita merupakan salah satu ciptaan tuhan yang paling indah, luar tampak lembut namun kekadang dalaman keras bak besi keluli yang sukar dicairkan..setiap tahun hari wanita ini disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka tidak kira mereka seorang ibu, seorang kakak, seorang isteri mahupun apa sahaja gelarannya..mereka menjadikan dunia lelaki ini menarik, menjadikan dunia lelaki yang luarnya nampak tegap, namun dalamnya lembut bak kapas..itulah penangan wanita, jangan sangka tangan yang menghayun buaian tidak mampu mengegar dunia..wanita adalah pelengkap kepada kehidupan seorang lelaki dan oleh itu saya mewakili lelaki di dunia ini mengucapkan selamat hari wanita terutama buat isteri tercinta Juliana Binti Abd Karim dan juga buat bonda tersayang Zaitun Binti Jamil kerana kalian menjadikan aku seorang insan yang serba serbi kekurangan kepada seorang insan yang dihormati dan bertanggungjawab..terima kasih yang tidak terhingga buat kalian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan