Play Crypto Mining Game

10 Mac 2011

~ Malaysia Lawan Pakistan ~

..marah, bengang, kecewa, bengkek, dan macam2 lagik ar..ni semua gara2 tak dapat live tgok team bolasepak malaysia lawan team bolasepak pakistan..siaran langsung yg sepatutnya berlangsung jam 10.30 mlm td, xdpt ditonton oleh segenap peminat bolasepak tempatan dek kerana pihak televisyen pakistan memaklumkan ada masalah teknikal yang tidak dibaiki dan mengakibatkan siaran dari pakistan tidak dapat dipancarkan ke negara kita..bagi menghilanagkan rasa marah dan bengang tu, aku pun gi ar usha2 tgok facebook pasukan bolasepak pakistan untuk tahu mengenai perkembangan perlawanan..malangnya tiada live streaming yang dapat ditonton sekadar tulisan-tulisan yang diupdate oleh admin pakistan tu aje ar yg jadik penghibur hati..

..walaupun tak dapat tgok secara live, dapat perkembangan yang perlawanan berkesudahan seri 0-0 dah cukup lega, cuma bila tak dapat tgok secara live jadi xbrapa puas hati skit..nampaknya team harimau malaya akan meneruskan cabaran ke pusingan kedua dan lawan yang bakal dihadapinya nanti bukan calang-calang kerana terdiri dari vietnam, jepun, korea utara, korea selatan, australia, bahrain, irag, iran, lubnan, qatar, arab saudi, syria dan uzbekistan..namun, itu bukan persoalannya yang penting perjuangan perlu diteruskan dan apapun keputusannya nanti sama-samalah kita tunggu dan lihat..kalah atau menang itu isu kedua, yang pasti harimau malaya akan terus mengaummm..

Tiada ulasan: