..satu ketika ketika aku masih dibangku sekolah rendah, aku melihat sendiri kejatuhan bola sepak tempatan dengan isu rasuah pemain-pemain malaysia sehinggakan pasukan yang kuat seeperti pahang ketika itu tumbang dek gelora singapura dengan jaringan 4-0 yang mana penjaga gol pasukan pasukan pahang ketika itu tidak lain dan tidak bukan adalah khairul azman..dengan jelas ketika itu aku lihat bagaimana bola yang ditendang selemah pondan tu tidak mampu diagak mahupun ditampan oleh khairul azman sedangkan dia diantara keeper yang terbaik itu..saat itu aku menyarung jersi pahang dengan harapan pahang boleh menang piala malaysia, tetapi aku hampa..
..saat itu aku tidak lagi meminati liga malaysia yang rata-rata pemainnya telah disuapkan dengan sejumlah wang untuk menjual permainan, ramai pemain-pemain yang berbakat tenggelam dek isu rasuah ini, kedudukan bolasepak negara juga menjunam dengan teruknya walaupun sebelum itu kedudukan tertinggi negara ketika itu di kedudukan 75 dunia..susah payah dan jerih perit pemain-pemain 70'an hingga 80'an sebelum ini hancur dan musnah dengan generasi bolasepak 90'an yang terlibat dengan isu rasuah ini..walaupun aku dibangku sekolah rendah, namun isu itu tidak pernah padam dalam ingatanku..
..ketika itulah aku lihat apabila kita mahu naik semula dalam bolasepak, jalan yang dihadapi cukup berliku, bertahun lamanya, malaysia diperlekeh, diperbudakkan negara jiran yang dulunya mangsa belasahan, harimau yang dulunya mengaum garang kini bagaimana harimau yang hilang kukunya..pelbagai onak duri dilalui oleh pemain negara, dan ketika itu boleh dikatakan tiada seorang pemain pun yang berminat untuk menyarung jersi kebangsaan..dan orang merasa pelik ketika ada antara segelintir peminat yang menyarung jersi kebangsaan berjalan-jalan di sekitar bandar dan desa..
..namun, pasukan malaysia yang dulunya ku lupa, ku tinggalkan, ku perapkan, kini kembali bersinar dek harapan baru yang diwujudkan oleh generasi 2000'an ini..mereka yang menyarung jersi malaysia kini, terpaksa menangung seksa dan kesusahan akibat tinggalan generasi awal yang menyebabkan mereka terpaksa naik dengan oank dan duri..kini, hasilnya kita dapat lihat, walaupun masih banyak yg boleh diperbaiki, sekirang2nya kini negara jiran mula melihat malaysia dengan lebih serius kerana malaysia kini dalam landasan yang betul untuk kembali menjadi salah satu kuasa bolasepak di rantau asia tenggara dan tidak mustahil untuk rantau asia..
..kepada team malaysia, teruskan usaha kalian, buktikan pada dunia, kita mampu bangkit dari kekalahan, kita mampu bangkit dari kesusahan dan kita tunjukkan pada mereka bahawa kita bukan beromong kosong semata..tahniah pasukan malaysia, ku harap ku tidak akan melupakanmu lagi selepas ini..aku bangga aku bangsa malaysia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan