Play Crypto Mining Game

06 Disember 2008

~ Pantun 4 Kerat ~

Jangan mudah berkata senang
Belum tahu apa jadi
Tak usahlah dikata air tenang
Tidak boleh mematahkan kemudi

Jangan jangan berbesar hati
Dimana-mana boleh bebas
Timbang baik budi pekerti
Lihat baik pati dan hampas

Jangan senang hendak mendahulu
Kalau belum faham jalan
Periksa baik kuala dahulu
Mana pelabuhan mana pengkalan

Jangan selalu memandang keatas
Segala simin habis dilanggar
Telur tidak mesti menetas
Jangan halaman dibuat pagar

Jangan murah ubat dikata
Sebelum dicuba atau dimakan
Mesti lihat pandang nyata
Barulah boleh menyalah membetulkan
Jangan kata sebelum membuat
Timbang fikir peluh menitik
Menunjukkan pandai dipandang meluat
Tak mengenal enggang dan itik

Jangan kata kapal besar
Tidak takut gelombang ribut
Bukan mesti ikan di pasar
Ada kalanya seekor rebut

Jangan mudah menaruh tumah
Kepada sahabat kawan rakan
Ramah mesra di pandang ummah
Budi yang baik jangan dihapuskan

Tiada ulasan: