Play Crypto Mining Game

07 Disember 2008

~ Sistem Pemerintahan Malaysia ~

a. Raja Berpelembagaan - menurut perlembagaan Persekutuan kuasa pemerintahan terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong. Namun Perdana Menteri dan kabinetnya yang menjalankan kuasa eksekutif atas YDPA - YDPA merupakan lambing perpaduan dan tonggak kekuasaan Malaysia. Baginda mejalankan tugas-tugas simbolik - YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk i. melantik Perdana Menteri ii. memperkenan atau tidak, permintaan membubarkan Parlimen iii. menitah utk mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-raja utk membincangkan isu-isu tentang kedudukan, keistimewaan dan kehormatan raja-raja Melayu iv. Ketua agama bg negeri tidak beraja v. berkuasa mengisytiharkan darurat jika keselamatan Negara terancam vi. memperkenan rang undang-undang yg dibuat oleh Parlimen.

b. Demokrasi Berparlimen - maksudnya pemerintahan secara perwakilan - rakyat melaksanakan pemerintahan Negara melalui pemilihan perwakilan dalam pilihanraya yang diadakan Setiap 5 tahun - ciri demokrasi berparlimen i. rakyat memilih ahli dewan perwakilan (Dewan Rakyat) dan kemenangan majoriti dalam kerusi Dewan Rakyat oleh parti akan menentukan jawatan Perdana Menteri dalam parti berkenaan ii. Kemudian, Perdana Menteri akan melantik jemaah menterinya dpd ahli-ahli dewan Parlimen.

c. Negara Persekutuan - pentadbiran Negara dibahagikan kepada 3 iaitu peringkat pusat (kerajaan pusat), peringkat negeri (kerajaan negeri) dan peringkat tempatan (kerajaan tempatan) - kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat dengan 13 buah kerajaan negeri - kerajaan pusat memerintah keseluruhan Malaysia melalui pentadbiran di ibu Negara Kuala Lumpur. Pentadbiran negeri dibuat oleh kerajaan negeri - kerajaan pusat melaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama - kerajaan negeri malaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Tiada ulasan: