Play Crypto Mining Game

15 April 2012

~ Catur ~

..istillah 'check', 'castling' dan ayat yang selalu didengari ketika bermain catur adalah 'checkmate' yang bermakna permainan sudah tamat dimana raja sudah mati dan perkataan yang jarang kite dengari dalam catur ialah 'stalemate' dimana raja tidak mati sebaliknya tidak boleh melakukan sebarang pergerakkan dan apabila keadaan in berlaku maka perlawanan tadi dianggap seri. 


..latarbelakang dan sejarah permainan catur adalah berbeza-beza mengikut negara dan kawasan. sila rujuk sejarahlatarbelakangcatur dan faktatentangcatur ..dalam permainan catur nama nama seperti fischer, karpov, botvinnik, kasparov, kramnik, anand & topalov adalah tidak asing dan perlu dikenali oleh pemain-pemain catur amatur mahupun professional. ini adalah kerana mereka adalah juara dan bekas juara dalam dunia catur moden. namun nama garry kasparov mungkin lebih dikenali kerana beliau adalah diantara manusia terawal yang melawan komputer ciptaan manusia yang dikenali 'deep blue' yang didalamnya telah disimpan segala taktik, teknik permainan catur dari semua juara dan bekas juara catur dunia. 


..ada orang mengatakan bermain catur ni membuang masa, namun bagi hemat saya bermain catur sangat bagus untuk mental yang sihat, dimana  kita akan senantuasa berfikir dan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah..kadang-kdang kita perlu berfikir diluar kotak dan catur adalah permainan yang sangat bagus dalam mengasuh  minda..ada artikel yang pernah saya terbaca menyatakan, ibu-ibu yang mengandung yang bermain catur dan membuat penyelesaian matematik akan melahirkan anak yang sangat pintar dan cerdas..


..kepada yang baru berjinak jinak mahu mempelajari permainan catur ni bolehlah ke laman sesawang berikut untuk belajar bermain catur.. okey semua..selamat mencuba .. layari chessdotcom ..

Tiada ulasan: