Play Crypto Mining Game

21 April 2012

~ Tentang Perasaan ~

 Kadang-kadang ku rasakan aku ini terlalu ego
Kadang-kadang ku rasakan aku ini panas baran
Kadang-kadang aku tak tahu mana yang penting
dan mana yang tidak..

Kerana bagiku semuanya sama sahaja, tiada bezanya..
bukan bermakna aku ego, aku ni hanya mementingkan diri
cuma kadang-kadang sifat buruk yang ada dalam diriku
sukar untuk ku kikis keluar..

Namun, ku akan belajar mengawal semuanya
terutamanya tentang perasaanku, tentang perassanmu,
kerana aku tak mampu hidup hanya dengan seorang diri,
aku perlukanmu walaupun ku tahu kadang-kadang
tiada orang yang memerlukanku..

perasaan ini bukannya boleh diagak,
bukannya boleh dirasai, bukannya boleh dirancang,
namun aku tahu kalian semua punya perasaan..


Jufrizan Sanusi
03072011

Tiada ulasan: